Friday, 19 April 2013

satu badan dee gatal

hi korang!

harini dee kurang sihat la sebab malam tadi tak boleh tidur. almaklum lah suami dee kerja shift mlm dan ot sampai 4pm ni. dengan tiba2 badan dee jadi gatal2 sejak petang semalam lepas balik dari ssm dalam pukul 12tghr. dee rasa dee tau puncanya sebab lepas dee makan sejenis kerepek tu, tiba2 badan dee jadi gatal2 tak kira tempat. agaknya dah expired kot atau dee alergic dengan kerepek tu masa mengandung ni. huhu...kat belakang badan, kaki, tangan seolah2 menjalar je gatal tu. mencikkkk!

mengadu dengan suami masatu dah pukul 9mlm. die keluar sebelum solat jumaat ke petaling jaya, bangsar then kepong untuk menguruskan sesuatu dengan kawan die. so, dee tak nak kacau die. tengok die keletihan pastu nak siap2 pergi kerja pulak. so, tak sempat die nak bawak dee pergi klinik. tapi, suami dee sapukan ubat lotion baby kat belakang badan dee. boleh la rasa lega sekejap then gatal balik. huh!

dee menggaru la sampai merah2 kulit. tapi nasib baik kat perut tak gatal. mengenyam2 rasanya...nak pergi klinik sendiri kereta suami dee bawak pergi kerja. so, nak tak nak terpaksa la menahan kegatalan sampai suami dee balik kerja nanti. 

malam tadi dee sampai tak boleh tidur. dah pukul 5 pagi rasanya baru mata ni terlelap pastu terdengar orang atas menumbuk lesung batu die pagi2 subhi. agaknya nak buat nasi goreng kot. huhu....duduk rumah bertingkat macam ni la...terpaksa ku redha :) dah paksa, redha pulak ye? haha....cikgu mana ajar ayat macam ni ekekeke....

btw, new born quilt set dah sampai. aha! i loikeeeee....very like! ^_^ terbayang2 my baby golek2 atas ni.

newborn quilt set cars butterfly
quilt 30"x40"
2 pillow 13"x9"
2 bolster 18"x7"
RM 180.00

puas memilih yang mana satu untuk si comel. finally, dee decided untuk pilih yang ni coz sangat happening and colourfull gitu! actually, banyak lagi yang cantik2 tau. dee ade berkenan sangat dengan satu set quilt tapi untuk baby boy. dan ada yang latest owner baru update. kalu korang nak tengok lagi banyak pilihan, boleh la jengok2 laman web yang dee dah link kan kat atas atau melalui facebook die. 

sabar lah wahai hati, menunggu kelahiran anak yang dikandung. membesarlah anak dengan sihat dan sempurna di dalam rahim mama ini then nak lahir...sila kan sayang :) sebab kandungan dee baru 35 minggu. due date next month 22 mei 2013. 

semoga semuanya selamat. amin! love u baby....


0 comments: