Monday 17 June 2013

my baby boo tak sabar nak balik kl

Throwback

My super duper pretty girl
Ratu Alana binti Mohd Rizal

Hi everyone, buat ape tu? Saya Ratu Alana. Saya sedang tidur...eh! Tengah tidur pon boleh berblogging ke? hehe....

Okey, mama take over entry ni. Sayang tidur nyenyak2 ye....^_^

Lebih kurang seminggu saja lagi kami akan balik kl. Yehaaaa! Papa dah excited sangat tu. Tadi papa kol bagitahu, buaian lektrik done, almari baby done, baby cot done, rumah done, eh! pendek cerita, semua done la....punya lah semangat nak sambut baby boo die ni. Tq papa....

Semua colour putih! Almaklum lah, suami dee peminat tegar warna putih. Dee pon dah terikut2...sejuk je mata memandang. Kalau ada rumah sendiri ni...best main deco2. Tapi, tak pelah....belum ada rezeki.

Comei mama ni manja...nanti dah besar nak jadi apa? Doctor, model, engineer? Hehe....dee bercita2 nak hantar ratu alana smart kids atau english school. Lepastu nak galakkan die join apa2 aktiviti macam kelas renang ke,  kelas tarian, pementasan dan sebagainya.

Doakan dimurahkan rezeki...amin!

Daaa....


Thursday 13 June 2013

suntikan hepatitis B (2nd dose)

Salam and morning....

Dah 4 hari my baby boo check up untuk sebulan. Baru harini mama dee nak story mory...
Sempat lagi posing b4 ke klinik
Mama dan ratu alana

Sebelum tu nak cakap : comelnyeeeeee anak mama dengan one set mini and mickey dress! Hehe. You are my pretty girl sayang...so cute! Myqueen mysoul.

Busy dee sejak ada anak ni. almaklum lah pengalaman pertama menjadi mama. Serba serbi nak kena belajar. Sementara masih berpantang di kampung. Mak tempat dee rujuk. Nanti dah balik kl. Bak kata mak dee : pandai2 lah korang laki bini menguruskan anak. Hihi. Mula2 tu kompom tunggang terbalik dee dan suami. Nak setting masa dan sebagainya. Macam mana lah agaknya ye..hihi

Ratu Alana check up untuk sebulan pada 10 jun 2013, hari isnin. Eh! Sekejap je dah sebulan kan...rasa macam baru je melahirkan sayang. Betapa cepat masa berlalu. Nanti sedar2 je anak dah boleh berjalan :)

mak dan kak ipar dee yang teman ke kk coz suami dee kerja dan berada di kl. Hari selasa baru die balik kg. Sampai kk, first sekali misi nak check urine mama dee. Alhamdulillah ok. Lepas tu, check berat...huhu yang ni dee tak puas hati coz rasanya bukan main susut badan dee ni tapi turun 8.5kg je! Mesti penimbang kk ni rosak. Hahaha...

Sebelum bersalin, berat dee 68.5kg. So, sekarang 60kg. Semua orang yang jumpa dee cakap dee dah kurus tapi kenapa berat lagi? Ermmm...mungkin sebab perut dee yang masih sangat besar. Macam ada baby sorang lagi dalam perut ni. Nak buat macam mana kan....orang bersalin czer. Take time la nak selim melim :(

then check tekanan darah dan ambik darah untuk hb. Alhamdulillah semuanya okey. Btw, masa dee check up. My baby boo, mak dan kak ipar dee yang uruskan. Ratu alana ukur ketinggian, lilit kepala, timbang, pendengaran dan penglihatan. Syukur semuanya normal. Cuma berat ratu alana naik sikit je. Masa lahir 2.88kg. Now, 3.39kg. 

Dee risau dan banyak sungguh soalan untuk misi. Jawapan misi senang je. Kena balik batang hidung dee. Puan breastbfeed anak tak? Hokey! Memang dah tak dan memang salah aku. Huhu. Memang rasa menyesal tak bersungguh bantu ratu alana breastfeed. Tapi, nak buat macam mana....

Sekarang my baby boo minum susu formula enfalac a+. Di sebabkan mama dee tak dapat nak breastfeed. Mama dee mahukan ratu alana minum susu formula yang terbaik. Mahal tak pe, yang penting perkembangan anak bagus, badan sihat, otak cerdas, fizikal cergas. Tak de lah mama dee ralat sangat. Papa pon setuju....tq papa! Semuanya demi anak tersayang...:)

Then masa untuk suntikan hepatitis B kali kedua. yang pertama di pantai hospital kuala lumpur selepas ratu alana selamat dilahirkan. Sebenarnya dee tak sanggup nak tengok my baby boo kena cucuk. Tapi, kuatkan jugak semangat ni. Masa ratu alana kena cucuk, bukan main kuat lagi die menangis. Tak pernah dengar die menangis sekuat tu. Kesian my baby! Rasa macam nak kasi sebijik je dekat misi tu. Huhu....tapi, suntikan tu untuk kebaikan ratu alana juga. Lepas je misi cabut jarum, dee terus peluk erat my baby boo. Dan serta merta die senyap. Terus dee bagi dekat mak dee dan mak bawak masuk dalam kereta untuk bagi susu coz dalam kk tak boleh bagi susu botol. Dee pulak jumpa misi untuk tahu details tentang ratu alana.

Papa dan ratu alana

Dan tiba2, hari rabu my baby boo demam. gelabah dee bila mak bagitahu ratu alana demam. Terus ajak suami dee pergi klinik. Tapi, mak cakap jangan risau sangat sebab ini perkara biasa baby demam selepas kena cucuk. Ada yang demam dan ada yang tidak. Lagipon, tak panas sangat cuma dedar je.

So, dee tampal cool fever. pastu lap2 badan ratu alana dengan kain basah. Dan yang paling dee perasan masa ratu alana demam. Die kuat minum susu. Alhamdulillah harini, hari jumaat my baby boo sudah sihat. Syukur.....

Sekian.....

Friday 7 June 2013

my baby boo bersunat

Salam and hi!

Dah solat? Harini hari yang ke28 dee berpantang. Ini bermakna, ratu alana dah 28hari melihat dunia. Adakah anak mama dan papa ni dah boleh nampak muka mama dan papa? Tak sabar rasanya nak melihat anak kami tersenyum atau ketawa bila di agah. Mesti cute gilerrrrzz kan! ekeke

Btw, darah nifas dee still ada lagi tapi dalam kuantiti yang sedikit. Oh! Sebenarnya dee tak pasti kuantiti sedikit atau banyak coz dee kerap tukar pad. Dalam sehari tu dari pagi sampai tengah malam. Ada lah 5-6 kali dee tukar pad. Bukan sebab darah nifas penuh dekat pad tu. suku je dari pad. Kadang2 setitik dua je. Tapi, dee tak selesa kalau terlalu lama pakai. So, sebab tu dee kerap tukar. Huhu

Anyway, hajat sebenar entry ni bukan nak cerita pasal darah nifas. Tapi nak cerita tentang hari bersejarah buat my pretty girl Ratu Alana yang sah menjadi anak dara pada 7 jun 2013 petang tadi. Hihi....

Ratu Alana selamat disunatkan oleh mok cek dee yang datang dari kampung. dee panggil cek jun. Cek jun memang bidan yang best. Die sangat2 awet muda even umur dah lima puluh lebih. Kebanyakan anak2 buah dee yang gugurl disunatkan oleh cek jun. So, memang sepenuh kepercayaan dee beri pada cek jun.

Actually, dee nyeri nak tengok masa my baby bersunat. Dee ni kan penakot! Huhu. So, dee tengok sipi2 jela. Dan suruh my cousin ambik video. Nak tunjuk dekat papa ratu alana nanti. Hehe...


Anak mama good girl! Die tak nangis pon masa bersunat. Lepas cek jun mandikan then ratu alana terus tido. I love u sayang! You are my super duper pretty girl....cup cup ^_^

Tak sabar nak tunggu papa balik. Nak tunjuk video anak dara papa bersunat. Hehehe. Dan satu lagi, lepas bersunat dan mandi tadi. Tengok raut wajah anak mama ni berseri2 bukan main. Cantikkkkk! Itukah rahsia bersunat? Hehe...

Okey la, tata titi tut....

Monday 3 June 2013

handphone atau handbag

Hi everyone!

Dah pukul 4am. Ratu alana dan papa baru tidur balik. Tadi alana poo poo dan menyusu. Papa pulak terjaga sebab mama borak2 dengan alana sambil bersihkan poo poo die. Hehe.....

But then, mama tak boleh tidur coz dah tidur awal malam tadi. Pukul 10pm hokey! Pastu siang tadi dee tidur tak hengat. Al maklumlah, mr.mucuk take over jaga alana. Tq papa :)

Entry dee kali ni sebab dee dalam dilema. Suami nak belikan dee iphone 5. Die asik la kutuk blackberry dee. Dah tak rare katanye. Okey papa, kalau nak belikan terima kasih. Mama tak kerja nak beli apa2. apa yang mama makan, pakai, semua pon dari pemberian papa. 

Tapi kan, dee terfikir. Daripada suami dee belikan iphone 5 untuk dee. Lebih baik die belikan dee handbag coach. Teringin jugak nak rasa pakai handbag riban. Heuheu....

Koleksi handbag2 dee semua dari guess. Yang paling mahal pon, rm500 beli dekat the garden masa anniversary kami. tapi bagi dee dah berbaloi2 dah tu coz bagi dee, itu kemampuan kami. Kena la dengan taraf kami ni yang sederhana. Daripada pakai LV tapi naik kereta bawah 100k, baju tak de brand. Macam tak kena je! Nampak sangat tak original. Haishhh! Malu aih....coach tu kira yang termurah la kalau nak dibandingkan dengan Chanel, LV, Gucci, MJ, Prada dan yang seangkatan dengannya.

Bagi dee la kan. Kalau nak pakai barang yang ada jenama atau yang mahal2 ni...make sure original. Ada duit, beli. Tak cukup duit, kumpul dulu sampai cukup. Jangan lah beli yang tak original. Nanti mulalah ini tak kena, itu tak kena. Tak puas hati kan...lain lah kalau kita beli barang yang bukan branded dekat uptown tu. Murah pon murah. hati tak sakit.

So, macam mana ni? Nak iphone 5 ke handbag coach. Aduh! Fining la dee...

Okey la...nak tido dulu. Kot2 ada petunjuk dalam mimpi. Hihi....nite ols!

Sunday 2 June 2013

part 2 - delivery in the operating room

2.00pm - sedang lena dibuai mimpi indah, tiba2 datang sister berbangsa cina dan agak tua, sedikit kelam kabut kejutkan dee supaya minum ubat yang diberi. Suami pulak pergi solat jumaat belum balik lagi. Then sister suruh dee baring atas katil coz dee akan di bawa segera untuk epidural. Dalam keadaan serabut tu...dee mintak jasa baik sister untuk tunggu suami dee balik. Tapi, die cakap nanti die akan call suami dee bagitahu di mana dee. Arghhhh! Serabutnya die ni......huhu

Okey, sampai je tempat nak cucuk epidural tu. Kena pindah katil. Tapi dee tak perlu bergerak. Nurse2 ada cara untuk pindahkan pesakit tanpa perlu turun dari katil. Then dee kena tunggu turn. Maka sampai lah suami di sisi siap berpakaian serba hijau. Dah macam doctor pulak.

Di ruang menunggu

Doctor mohd rizal

Muka dee sangat sembab dan nervous. Walaupon terukir senyuman di situ, tapi dalam hati.....Tuhan saja yang tahu. Doctor konon2 ni pulak punyalah excited nak jumpa anak kesayangan. Siap boleh peace di situ. Huhu.....

Tak lama lepas tu, dee di bawa masuk ke satu bilik khas untuk epidural. Manakala suami diminta untuk tunggu di ruang menunggu. Dalam 20 minit jugak lah dee terkebil2 sorang2 kat situ then datang 2 orang pembantu doc sorang lelaki dan sorang perempuan. Diorang siapkan apa yang patut. Kemudian datang doc pakar bius. Huh! Hati dee dah mula berdegup kencang. Ketakutan menguasai diri. Tapi nasib baik mereka bertiga sangat supportive. Dee di layan seperti adik manja....yehuuu!

Mulanya doc drip di tangan kiri. tak rasa sakit langsung! selalu kena drip merengek jugak dee. Sungguh halus kerja doc pakar bius ni....Then dee di suruh duduk. Arghhhh! Semakin berdegup kencang bila doc cakap dengan nada memujuk : mardhiana, saya nak masukkan ubat epidural ye. Tak sakit pon.....tarik nafas ye...huhu. pembantu perempuan tu berada di depan dee sambil memegang bahu dee. So, dee dengan selamber memeluk pinggang die untuk mencari kekuatan. Sebab suami masih belum dibenarkan masuk. Dengan bismillahirrahmanirrahim terasa something masuk di tulang belakang dee. Sakit jugak lah sampai merengek2 dee kat situ. Dengan tiba2 kaki terasa panas dan kebas. Kemudian, terus tak rasa apa2 dan dee dibaringkan....

Dalam 20 minit lepas tu......dee di tolak masuk ke bilik pembedahan.

Ya Allah, first time menghadapi situasi seperti ini bagaikan nak tercabut nyawa dari badan. Masuk je dalam bilik tu, perasaan bercampur baur. Ketakutan menguasai diri. Bilik itu sungguh luar biasa! Suhu bilik pembedahan yang sangat sejuk menyebabkan dee menggigil sampai tak boleh nak cakap. 

Dalam bilik tu ada dekat 5-6 orang. Siap berpakaian seperti zoro bewarna hijau. Tiub untuk saluran kencing dimasukkan. Tapi dee tak rasa apa2 pon. Cuma nervous yang melampau sampai monitor degupan jantung dee sangat lah kuat.

Semua sudah siap! Tapi dr. Idris masih belum sampai. Kelewatan sedikit nampaknya YB dun ijok ni...huhu dan dee pulak ada lah dekat 10x tanya, mana suami saya? Nampak tak kat situ. Suami sangat2 lah diperlukan ketika itu. Huhu.....

Bila dr. Idris sampai je, suami pon dibenarkan masuk. suami dee duduk di sebelah kiri dee. Kain di diletakkan betul2 hampir dengan muka bagi menghalang dee untuk direct nampak proses pembedahan tu. Then doc tanya : ada rasa apa2 tak? Yes! Epidural tu memang sangat berkesan. Suami di sebelah menyembang dengan dee. Entah apa lah tajuk perbualan kami. Yang penting, dee tak fokus pada pembedahan tu. Almaklum lah, dee ni kan penakot!

doctor bius yang standby dalam bilik tu pon cakap : dah mula ye mardhiana.....ada rasa apa2 tak? Tak doctor dengan nada suara yang penuh pengharapan agar segalanya berjalan lancar.

Tak lama lepas tu, suami dipanggil untuk melihat proses mengeluarkan si comel dari rahimku. Punyalah papa excited....terus meninggalkan mama terkebil2 di situ. Papa mengambil beberapa keping gambar kelahiran anak yang di tunggu2 selama ini. Dan mama dapat mendengar suara tangisan  si comel. Ya Allah! Nikmat pendengaran yang sangat luar biasa dee dengar selama 28 tahun bernafas di muka bumi ini. Suara tangisan yang membawa sinar kebahagiaan, kegembiraan, kesyukuran. Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah.....tidak dapat diungkapkan dengan kata2 betapa suara tangisan itu membawa 1001 makna dalam hidup kami suami isteri.

Si comel di bawa berjumpa mama....pertama kalinya, dee dapat melihat anak yang dikandung selama ini dan mencium, menyentuh kulit mulus mu sayang. Hati mama bagaikan terhenti kerana sangat teruja melihat kecomelan mu. Sungguh comel dan putih anak mama! Sempurna sifat mu....alhamdulillah (papa sibuk mengambil gambar)

Moment indah

Selepas 5 minit, si comel dan papa hilang dari pandangan. doc memulakan jahitan. Suddenly, dee terasa sakit dan merengek kesakitan. Bukan sakit di tempat yang dipotong, tapi di bahagian perut. Dr.bius menenangkan dee dan memasukkan ubat. 

Dee separuh sedar masa dee ditolak keluar dari bilik pembedahan dan di bawa ke satu tempat. perkataan pertama yang keluar dari mulut dee ialah 'pedih'. Mulut masih lemah berbicara, mata juga masih belum boleh bukak sepenuhnya. Tapi pedih yang dee rasa di perut sangat terasa. Maka, nurse yang jaga dee masatu bagi dee tambahan pain killer. 

Setelah dee sedar sepenuhnya, dee pon di tolak masuk ke dalam wad single room. Tecari2 mana anakku? Mana suamiku? Dalam 5 minit lepas tu, suami dee datang bersama mak dan adik. Ku cium tangan mak, dan mak cium dahiku. Alhamdulillah semuanya selamat kata mak. Ku pandang wajah suamiku, bergenang air matanya bersyukur di atas segalanya. Alhamdulillah!

Ward single room

Papa tido di atas sofa tepi tingkap tu

Ratu alana sedang lena tidur

Pukul 12.30am terdengar pintu bilik di buka, ya Allah! anakku sudah sampai....Barulah mama dapat melihat dengan jelas anak mama setelah terpisah beberapa jam. Si comel sedang lena tidur dengan badannya di bedung erat. Terus suami dee dukung dan peluk cium anak kami. Kemudian suami beri pada dee. Buat pertama kali dalam hidup dee mendukung bayi. Anak sendiri pulak tu......sangat indah detik itu! ^_^ ratuku, nyawaku.

Ratu alana fresh tak sampai sehari lagi
Pipi ratu lebam sebelah kanan kerana proses bersalin. Sekarang dah okey....:)

So, sampai di sini saja pengalaman dee melahirkan ratu alana. Semoga anak mama dah besar nanti, bila baca coretan mama ni. Anak mama akan sentiasa kasih dan sayang pada mama dan papa. We love u so much darling! Ourqueen, oursoul ^_^

Nanti dee share gambar2 ratu alana dari awal kelahiran sehingga 1 bulan ye.

Total semua bil hospital mama dan ratu alana ialah 11k lebih. Yahoooo!

Ikhlas,
Mama ratu alana