Thursday 13 June 2013

suntikan hepatitis B (2nd dose)

Salam and morning....

Dah 4 hari my baby boo check up untuk sebulan. Baru harini mama dee nak story mory...
Sempat lagi posing b4 ke klinik
Mama dan ratu alana

Sebelum tu nak cakap : comelnyeeeeee anak mama dengan one set mini and mickey dress! Hehe. You are my pretty girl sayang...so cute! Myqueen mysoul.

Busy dee sejak ada anak ni. almaklum lah pengalaman pertama menjadi mama. Serba serbi nak kena belajar. Sementara masih berpantang di kampung. Mak tempat dee rujuk. Nanti dah balik kl. Bak kata mak dee : pandai2 lah korang laki bini menguruskan anak. Hihi. Mula2 tu kompom tunggang terbalik dee dan suami. Nak setting masa dan sebagainya. Macam mana lah agaknya ye..hihi

Ratu Alana check up untuk sebulan pada 10 jun 2013, hari isnin. Eh! Sekejap je dah sebulan kan...rasa macam baru je melahirkan sayang. Betapa cepat masa berlalu. Nanti sedar2 je anak dah boleh berjalan :)

mak dan kak ipar dee yang teman ke kk coz suami dee kerja dan berada di kl. Hari selasa baru die balik kg. Sampai kk, first sekali misi nak check urine mama dee. Alhamdulillah ok. Lepas tu, check berat...huhu yang ni dee tak puas hati coz rasanya bukan main susut badan dee ni tapi turun 8.5kg je! Mesti penimbang kk ni rosak. Hahaha...

Sebelum bersalin, berat dee 68.5kg. So, sekarang 60kg. Semua orang yang jumpa dee cakap dee dah kurus tapi kenapa berat lagi? Ermmm...mungkin sebab perut dee yang masih sangat besar. Macam ada baby sorang lagi dalam perut ni. Nak buat macam mana kan....orang bersalin czer. Take time la nak selim melim :(

then check tekanan darah dan ambik darah untuk hb. Alhamdulillah semuanya okey. Btw, masa dee check up. My baby boo, mak dan kak ipar dee yang uruskan. Ratu alana ukur ketinggian, lilit kepala, timbang, pendengaran dan penglihatan. Syukur semuanya normal. Cuma berat ratu alana naik sikit je. Masa lahir 2.88kg. Now, 3.39kg. 

Dee risau dan banyak sungguh soalan untuk misi. Jawapan misi senang je. Kena balik batang hidung dee. Puan breastbfeed anak tak? Hokey! Memang dah tak dan memang salah aku. Huhu. Memang rasa menyesal tak bersungguh bantu ratu alana breastfeed. Tapi, nak buat macam mana....

Sekarang my baby boo minum susu formula enfalac a+. Di sebabkan mama dee tak dapat nak breastfeed. Mama dee mahukan ratu alana minum susu formula yang terbaik. Mahal tak pe, yang penting perkembangan anak bagus, badan sihat, otak cerdas, fizikal cergas. Tak de lah mama dee ralat sangat. Papa pon setuju....tq papa! Semuanya demi anak tersayang...:)

Then masa untuk suntikan hepatitis B kali kedua. yang pertama di pantai hospital kuala lumpur selepas ratu alana selamat dilahirkan. Sebenarnya dee tak sanggup nak tengok my baby boo kena cucuk. Tapi, kuatkan jugak semangat ni. Masa ratu alana kena cucuk, bukan main kuat lagi die menangis. Tak pernah dengar die menangis sekuat tu. Kesian my baby! Rasa macam nak kasi sebijik je dekat misi tu. Huhu....tapi, suntikan tu untuk kebaikan ratu alana juga. Lepas je misi cabut jarum, dee terus peluk erat my baby boo. Dan serta merta die senyap. Terus dee bagi dekat mak dee dan mak bawak masuk dalam kereta untuk bagi susu coz dalam kk tak boleh bagi susu botol. Dee pulak jumpa misi untuk tahu details tentang ratu alana.

Papa dan ratu alana

Dan tiba2, hari rabu my baby boo demam. gelabah dee bila mak bagitahu ratu alana demam. Terus ajak suami dee pergi klinik. Tapi, mak cakap jangan risau sangat sebab ini perkara biasa baby demam selepas kena cucuk. Ada yang demam dan ada yang tidak. Lagipon, tak panas sangat cuma dedar je.

So, dee tampal cool fever. pastu lap2 badan ratu alana dengan kain basah. Dan yang paling dee perasan masa ratu alana demam. Die kuat minum susu. Alhamdulillah harini, hari jumaat my baby boo sudah sihat. Syukur.....

Sekian.....

0 comments: