Thursday 30 May 2013

part 1 - labour room experience

Beautiful life, precious, thankful

Kandungan dee pada usia 38 minggu 3 hari.

9 May 2013, khamis. Malam tu dalam pukul 9, dee dan suami makan bihun dan mee sup yang kami tapau dari kedai. Lepas makan, kami layan tv. Dee pon tak ingat cerita apa masatu. Tapi, yang paling dee ingat. Suami dee asik la pegang perut dee dan cakap2 dengan si comel supaya cepat keluar coz papa dah tak sabar nak jumpa si comel. Dengan nada memujuk sambil cium2 si comel, papa cakap : cepat lah sayang jumpa papa. Nanti papa bawak sayang jalan2. Papa dah tak sabar nak jumpa anak papa....

Dalam hati mama : papa ni! Biarlah si comel berada dalam rahim mama sampai 40 minggu. Due date pon cantik 22 May 2013. Sama tarikh dengan papa 22 Februari.

Suami dee kerja pada malam tu. Masuk pukul 12am dan balik pukul 8am. Actually, petang lagi dee dah ada rasa sakit perut tapi pada tahap yang sangat minima. So, relax je lah....siap boleh keluar jalan2 cari makan. Tengah suami dee bersiap2 nak pergi kerja. Suddenly, dee rasa sakit perut yang agak kuat tapi masih boleh bertahan. Dee keliru samada sakit perut disebabkan pemakanan tadi atau contraction. Sakit pun suam2 kuku. So, dee biarkan saja suami dee pergi kerja pada malam tu. Suami ada pesan, if sakit berlarutan, cepat2 kol die. Die akan segera balik. Mujurlah tempat kerja suami dan rumah tak jauh. 

Okey, bermulah detik2 indah itu........

2.00am - dee rasa sakit semakin kuat dan on off dalam jarak yang dekat. Tapi dee tak pasti selang berapa minit. So, dee decided untuk kol suami dan ajak pergi hospital segera. Dalam 15 minit suami dee sampai sebab malam jalan tak jammed. Kami terus ke pantai hospital kuala kumpur.

Setibanya di unit emergency, dee di tolak naik wheelchair ke wad bersalin di level 2 dan terus dimasukkan ke labour room. Staff nurse yang jaga dee masa dee admit 2 minggu lepas nampak dee terus cakap : you.....mardhiana rite? (Siap ingat nama lagi hokey! ^_^) Yeah...OMG! You still remember me? Haha.....siap pegang2 tangan lagi macam bff pulak. Nampak tak betapa famous nye dee kat wad bersalin tu. Bukan sorang je, majoriti nurse2 kat situ semua kenal dee. Bahkan cleaner jugak. Huhu....btw, majoriti nurse2 di wad bersalin ialah berbangsa cina dan india dan mereka sangat lah baik dan best....service tip top!


Naik atas katil dan ctg dipasang. Suami duduk di kerusi memerhatikan isteri tercinta sambil senyum kegembiraan mungkin sebab dapat mengagak anak kesayangan nya bakal dilahirkan dalam masa terdekat. Dalam 30 minit lepas tu, datang nurse dan bagitahu contraction dee kuat dan selang 4 minit. Tapi, dee tak rasa sakit sangat pon. Siap boleh borak2, gelak2 dengan suami. Then nurse masukkan ubat kat dubur untuk buang air besar. Sangatlah berkesan! Dalam beberapa saat je terus dee berlari ke toilet. Huhu.....

Bukaan di check. Sudah 3cm rupanya...so, nurse cakap maybe esok pagi puan akan bersalin. Then ctg di pasang kembali sampai ke pagi. Kerap juga nurse datang jengok  dee kat labour room tu siap cakap : you masih boleh bertahan? I tengok contraction you tinggi. Kuat semangat you, siap boleh senyum lagi.....huhu. memang dee tak rasa sakit sangat. Dee pon pelik jugak sebab akak dee cakap masa die nak bersalin anak first, bukaan baru 2cm die dah tak tahan siap mintak epidural. Dee yang jenis badan manja ni pon masih boleh bertahan...hairan bin ajaib!

6.30am, bukaan baru 4cm. Then dee sambung tido. Breakfast pon sampai. so, dengan perut yang kelaparan, dee habiskan wantan mee tu dengan jayanya. Haha....

9.00am dr. Idris ahmad iaitu my gynae datang untuk check bukaan. Masa doc nak check bukaan memang agak kelakar sikit coz  dee terkepit2. Susah doc nak check dan akhirnya dapat jugak doc seluk tapi tak dapat nak pastikan berapa bukaan coz keadaan dee yang masih lagi terkepit2. Sorry lah doc....saya ngilu! Huhu...Suami dee kat sebelah siap pegang tangan dee, bagi semangat lah konon, siap ajar teknik 'tarik nafas....hembus' huhu...then doc cakap saya tak rasa kepala baby. Terlalu jauh.....sepatutnya kepala baby dah dekat bawah dan you dah boleh bersalin. So, saya hantar you untuk buat MRI.

Actually, kena seluk tak sakit pon coz die dah letak jelly. Tapi tak tahu lah kan condition badan masing2. Dan mungkin dee bernasib baik coz tangan nurse dan doc tu ala tomei2 je. mungkin sebab tu tak rasa skit.

Sampai je di bilik x-ray untuk buat MRI. Tetiba rasa nak nangis. Kenapa entah...mujurlah suami bagi kata2 semangat. Nama dipanggil dan Fuhhh! Scary okey duduk dalam tu. Dah rasa macam duduk dalam kubur. Dee langsung tak bukak mata. Nasib baik sekejap je dalam 10minit.

40 minit kemudian, doc idris datang bagitahu yang dee tak boleh bersalin normal. Sebab tulang pelvis dee kecil, ini bermakna laluan untuk baby keluar sempit. Terkejut dee mengeletar lutut. Tak sangka dengan ketinggian dee 158cm dan punggung yang agak urmmppphhh tapi tak boleh bersalin normal. Even dee tunggu 3,4 hari sekalipun, tetap juga kena operate. Huhu......then doc cakap after solat jumaat dalam pukul 3 dee akan dibedah.

Doc suruh suami dee follow untuk tunjuk keputusan buat MRI tadi. Kembalinya suami ke labaour room. Die bagi kata2 semangat pada dee. Kata2 yang membuatkan dee berasa cukup tenang menghadapi situasi seperti itu. Itulah pentingnya suami sentiasa berada di sisi dan memberi kekuatan kepada kita dalam apa jua keadaan. Tq papa!

Tak lama lepas tu, datang pulak doc pakar bius menerangkan pada dee tentang suntikan epidural. Sebenarnya, dee memang tak berani nak lalui sesi pembedahan tu dalam keadaan sedar. Tapi, dee tahu...suami dee sudah lama menunggu untuk melihat sendiri detik2 indah menyambut kelahiran si comel. Dee dapat melihat keterujaan suami dee sejak di awal kehamilan dee. So, demi suami tercinta. dee decided untuk ambik epidural separuh. Walaupon dalam hati ni hanya Tuhan je yang tahu betapa takutnya dee....

to be continue....

ishkkk! geram pulak dengan bibik ni

Harini dah 20 hari dee berpantang. Okey! Bukan nak cerita pasal berpantang. Tapi nak lepas geram sikit.

Bibik kat rumah mak ni memang lah rajin. Buat kerja tak berhenti. Tuan rumah suruh rehat pon die tak nak. Malam nanti katanya...okey! Kau memang rajin.

Tapi, aku bengang betul kalau buat kerja cincai.

Kepantangan betul aku kalau baju2 baby ko basuh atau sidai sekali dengan baju2 lain. Ini kan pulak ko sidai stokin yang adik aku bawak pergi main futsal sekali dengan baju baby. Memang nak kena maki dengan aku!

Ada orang jenis tak kisah. Tapi aku kisah! 

Tu sebab kalau boleh biar aku yang buat sendiri. Tapi tak boleh. Mak tak bagi. Suruh orang pulak tu yang bukan jenis pembersih. Kalau tak, tak de lah ko nak campurkan baju baby dengan baju2 lain kan.... Inikan pulak stokin! Siotttt je....

Sorry la, aku ni memang cerewet + banyak complain. Kalau tak, tak de lah laki aku gelarkan aku pengawas kan! 

Ni satu lagi aku nak bagitahu..

Hampir 3 tahun menunggu si jantung hati. Sentap lah jugak bila tak boleh nak direct breastfeeding anak. Tapi, nasib baik lah ada breast pump. So, dapat jugak lah anak minum susu mama. 

Tapi sorry to say okey!

Aku tak kan suka atau benarkan siapa2 pon breast feed anak aku! Anak aku, hak aku dan suami aku. 9 bulan aku mengandungkannya. Korang nak bandingkan susu orang dengan susu formula mana lebih baik. Silakan.......

Aku tetap tak kan benarkan orang lain bf anakku selain aku! Tak cukup susu aku, susu formula ada. Dont worry!

Pendirian masing2. So, suka hati aku lah....

Aku tak hidup dek puji, tak mati dek keji.

Sekian! (Bila tengah marah, semua pon aku marah) 
*badmood


Thursday 23 May 2013

i am officially a mama ^_^

Salam and hi !

Dah lama dee tak update blog. My baby boo baru je selesai menyusu dan tengah lena tidur. Sejak kelahiran si comel, hidup ini terasa sangat indah dan sempurna. Btw, dee masih lagi dalam tempoh berpantang, baru 13hari berpantang and sesi berpantang ni sangat lah syiokkkkkkk! Haha...(ayat sedapkan hati). Biasalah orang kuat makan, bila semua dah kena control...rasakan! Hihi..nasib baik sebelum bersalin suami dah penuhi semua permintaan. Tq mr.mucuk! :)

Pada 10 May 2013, tepat 3.47pm di Pantai Hospital Kuala Lumpur. Dee selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.88kg secara pembedahan. Dee tidak boleh bersalin secara normal kerana memiliki tulang pelvis yang kecil di mana laluan untuk bayi keluar adalah sempit. Walau bagaimanapun, dee dan suami sangat bersyukur di atas kurniaan ini dan semuanya selamat. Alhamdulilah!

kelahiran si comel mengingatkan dee akan perngorbanan mak dan ayah dee pada kami adik beradik. Baru tau ye....hehe. Nanti dee buat satu entry panjang berjela tentang moment2 indah melahirkan si comel... baca la sampai muntah! Hihi

Sesungguhnya, menjadi seorang mama kepada anak yang dikandung selama 38 minggu adalah sangat mengujakan. Dan dee yakin, korang pon tentu rasa perkara yang sama. Tapi perasaan kami mungkin terlebih sedikit kerana setelah hampir 3 tahun berkahwin, akhirnya lahirlah anak tercinta hasil semaian kasih antara kami  (dee & ej). Keterujaan inilah yang membuatkan dee lebih cerewet dan berhati2 dalam menjaga anak. 

Hidup ini indah bersamamu......

Ratu Alana binti Mohd Rizal


Our Queen Our Soul

Tuesday 7 May 2013

jalan2 cari makan

Heyloooo......

3.04am,

Terjaga dari tidur dan terus tak boleh tidur. Ini lah selalu menjadi masalah pada dee. Pastu pagi esok tidur tak hengat la kan....hihi. bila anak dah lahir nanti, tau la nasib ye.....kompom tak cukup tidur.

By the way, siang tadi suami dee ajak keluar. Almaklum lah, sejak keluar hospital haritu. Mana ada dee keluar kecuali ke klinik dan rumah akak. Suami dee mc 2 hari coz tak sihat. Musim hujan memang mudah kena selesema kan....

So, die ajak dee keluar ambik udara sikit katanya. Asik terperap je dekat rumah. Dan dee pon dah semakin bertenaga. Dah larat lah mengemas rumah....walaupon pagi tadi rasa sakit perut manja2 gitu....dee cakap dekat suami : kalau dah masanya pon takpe, barang dan buku pink dah ready dalam kereta. In case rasa contraction yang kuat masa keluar nanti, kita terus je lah ke hospital. Lagipon kandungan dee dah masuk 38minggu. Alhamdulillah!

Suami decided nak cuci mata sambil jalan2 cari makan di kl festival. 

Pak john yong tao foo

Kami ambik set ni rm6.90. Ada macam2 lagi. Tapi, di sebabkan hari hujan, so dee pilih yang sup ni. Memang sangat sedap.....! Nanti nak try yang lain pulak.

French butter croissant
Rm 4.50

Fav dee french butter croissant tu yang sebelah kiri. Manakala yang sebelah kanan pilihan mr.mucuk. lupa apa namanya....sedapppppp! Pekena pulak dengan horlick smoothie yang dee beli di chatime's....fuuuhhhh! Layan habes...ekeke

Bila perut sudah kenyang, teman suami cari white t-shirt. Die nak guna khamis ni. Then gunting rambut mr.mucuk di ground floor, kwik cut. Hoho...sampai sakit kaki mak buyong. Jalan pon dah macam siput. Cakap dengan suami : ini lah last mama ikut papa jalan2 sebelum bersalin. Memang dah tak larat tahap maksimum. After pantang, jeng jeng jeng.....tau lah nasib papa....hihi

Otw balik, suami teringin nak try makan dekat adam lai chinese food di sri gombak. Tapi disebabkan mak buyong dah kepenatan. So, suami tapau je bawak balik. Kami order nasi putih 2, air tembikai 1, two combination kailan small, fish asam small, salted egg crab small. Total : rm80.00. Huhu......ni 2 orang punya makan daaaa...

Salted egg crab small
Rm 36.00

Hambik ko! Godang lak ai...kus semangat. 3 ekor je pon. Tapi, memang sangat sedap! Korang boleh try....memang tak rugi. Makan hingga menjilat jari uols.....:)

Tq mr.mucuk bawak mama jalan2 cari makan. Bak kata suami : nak makan apa bagitahu je ye, nanti dah bersalin, kena pantang betul2 k. Baiklah papa! (Tau lah kita dah gebas gebus) huhu....

Perut kenyang, hati senang....sekian! *nak sambung tidur, 3.41am. 

Monday 6 May 2013

oh tidak! stretch mark berleluasa

Good evening everybody!

Dah dinner? Dee tadi makan mcd delivery je. Suami kerja dari pukul 8am sampai 12am. Untuk breakfast and lunch suami dah siap belikan before pergi kerja pagi tadi. Untuk dinner, dee kukus paw tapi masih jugak lapar. Memandangkan  stock makanan dekat rumah tak de. So terpaksa call mcd, tu je yang paling senang.....huhu

Btw, sepatutnya dee pergi rumah akak harini. Ada orang nak uruskan makan dee. tapi disebabkan malam tadi dee tak boleh tidur sampai ke pagi. Memang tak larat dan mata dah berat sangat2 saat suami bersiap2 nak pergi kerja. So, dee decided untuk duduk saja di rumah. Hambik kau! tidur tak hengat punya.....

"Seronok kalau pergi rumah akak dee. melayan kerenah anak buah dan tengok telatah diorang kalau ibu die ada tergelak2 dee. Suara akak dee tu diaaaa....sampai n9 boleh dengar. Haha....almaklum lah semua boys dan kecik2 lagi. Faham2 jelah lasaknya macam mana. Akak dee cakap : jangan pukul anak2 masih kecik, suara kuat tak pe. And dee memang tak pernah tengok ibu atau abi cubit atau pukul anak2 diorang. Tapi anak2 lebih mendengar kata dan rapat. Mungkin sebab rasa sayang kepada ibu dan abi bukan rasa takut. So, dee nak jadikan contoh la....tak nak la anak takut dengan kita. Tapi nak anak hormat, sayang dan macam kawan2 je dengan kita. Kan seronok tu.....insya Allah!"

Actually, Dee pernah check up sekali dengan dr. Asmah yun di pusrawi. Masatu kandungan dee 32 minggu. Doc tengok je perut dee terus cakap : cantiknya perut awak! pakai losyen apa? Dengan pipi kemerah2an menahan kebanggaan dee cakap : saya tak pernah pakai apa2 pon sebab takut efek kat baby. Alhamdulillah la tak de stretch mark ^_^ eceh! Poyos pulak ayat tu...ekeke

Dan masa kandungan sudah 36 minggu, dee ada tunjuk dekat akak dan mak. Mak cakap : macam mak dulu, 7 orang anak tapi tak de stretch mark. Dan FYI perut mak dee memang sangat cantik even dah lahirkan 7 orang anak yang comel2 dan bijak2 ni. Hihi....tapi, akak dee tak macam mak after melahirkan 3 orang hero. Habis......hehe mungkin sebab die kecil, kurus dan masa mengandung perut sangat2 lah besar. Nak buat macam mana kan, dah pakai macam2 pon still macam tu. Tak pe la kak, janji anak2 ko handsome2. Haha.....(ke situ pulak)

But then bila kandungan dee masuk je 37 minggu. Taraaaaaaa! Tu diaaaa....suami dee pon perasan dengan tiba2 terdapatnya stretch mark di kiri, kanan dan depan perut. Sangat jelas kelihatan. Oh tidak......! Huhu. hati dee ni mula la runsing memikirkan cara untuk mencantikkan semula kulit perut. Hari2 cakap dengan suami suruh cari the best losyen or whatever la untuk cantikkan semula. Tapi, suami dee tak bagi pakai apa2 masa mengandung ni. Takut efek pada si comel. So, die akan belikan masa berpantang nanti. Ermmmmm....okey la! Janji back to normal k...

Nampaknya anak mama ni semakin membesar dengan sihat dan kuat. alhamdulillah! Good job sayang :) cant wait to see you honey! Love u so much....

Friday 3 May 2013

sedih tak dapat balik mengundi

Sob sob....hi everybody!

Korang mesti dah sampai kampung halaman masing2 kan? Atau masih dalam perjalanan menuju ke destinasi? Al maklum lah! Esok 5.5.2013 kan hari mengundi pru13 bagi rakyat malaysia.

Korang ni dah daftar ke belum sebenarnya? Huhu.....rugi lah pada siapa yang masih belum berdaftar dan lagi rugi pada mereka yang sudah berdaftar tapi tak dapat tunaikan kewajipan macam dee ni. Huhu....sob sob

Dee daftar di kampung dee iaitu di jempol n9, manakala suami pulak di langkap perak. Achaner tu? Nak balik mana satu? Heeee.....malam tadi suami dee cakap : mama, kita tukar tempat mengundi kat sini nak tak? Supaya lain kali dua2 pon boleh mengundi. Errmmmm....bukan tak setuju cadangan papa tu. tapi......rasanya lebih baik kita bantu kampung kita kan dan sekaligus dapat jumpa family tersayang. Kiranya menyelam sambil minum air la. Kat kampung dee time pilihanraya ni memang sangat meriah. Family dee antara yang aktif juga dalam berkempen. Kalau papa nak rasa pengalaman berkempen, jom ke kampung mama. Hihihi.....(goda suami supaya balik kampung dee)

Btw, kami tak balik mengundi bukan sebab sorang n9, sorang perak. Tapi sebab suami dee tak boleh cuti. Die kena kerja dan dee pulak tengah tunggu hari je ni nak deliver. Buatnya tersadai tepi highway kang, tak ke 'nur highway' pulak nanti :) Opppsss! Nauzubillah.....

Pagi2 lagi akak dee dah msg tanya balik kampung ke tak? Akak dee pon tak balik coz suami die berdaftar di kl dan akak dee punya nama tiada dalam senarai mengundi. Huhu.....sangat pelik! Sedangkan die daftar sama dengan dee. Sentap je akak tak dapat balik mengundi. Die suami isteri dah la kuat politik. Nampaknya kena tunggu next election la ye.....

Rindunya suasana di kampung. Mesti meriah gile dengan bendera dan sepanduk parti masing2. Tahun ni, angah dee tak tercalon dalam partinya. Tahun2 sebelum ni, angah dee pernah menjadi calon adun dan parlimen pas. Die ketua pemuda pas dan isteri ketua muslimat pas tapi di dun yang berbeza. Alaaa...kenal masa election ni la. Huhu....Tapi angah dee tak berjaya dalam pilihanraya. Memandangkan bn sangat berkuasa di n9. Bagaimana pula tahun ini? Kita tunggu saja keputusannya nanti....

Sebab tu dee cakap family dee sangat aktif berpolitik dan berkempen. Setiap hari akan ke markas. Kadang kala pergi merayu undi. Pernah dulu ayah ajak kami sekeluarga berarak memegang sepanduk dan pergi mendengar ceramah politik. Huhu.....seronok!

Apa2 pon, siapa pon pilihan anda, berbeza idealogi sekalipon. Kita tetap bersaudara. Jangan pula menjadi musuh sesama kita selepas ini. Undi kan adalah rahsia! Buatlah pilihan yang tepat. Selamat mengundi uols......

si comel sangat kurang bergerak

2.16am

Coretan mama ini untukmu anakku yang bernama RAMR (tak boleh bagitahu sekarang, tunggu sayang lahir ye....:)


Mama terjaga dari tidur yang lena. OMG! mama tertidur awal? Ajaibnya sebab selalu mama sangat sukar untuk tidur malam kerana anak yang di kandung ini sangat aktif di malam hari. 

Mama mula berfikir sejenak "anakku juga tidur?" Betul ke ni? Lalu mengusap2 perut dengan harapan dapat merasa gerakan si comel. 

Dengan pantas mama bangun melihat jam....huh! Rupanya baru pukul 1.50am. Ingatkan sudah pagi. Lantas bercakap2 dengan si comel : anak mama tidur ke sayang? Dari siang tadi sayang kurang bergerak. Ingatkan malam sayang akan aktif seperti selalu. Adakah anak mama keletihan sehingga tidur yang panjang. Walaupon, siang tadi papa mengganggumu tidur dengan memanggil2 namamu sambil mencium perut mama dan menggoncangkannya. Oh ye! Papa sangat suka bermain denganmu sayang. Di tepuk2 perlahan perut mama, di cium2 dengan penuh perasaan perut mama, di goncang2kannya perut mama sambil bercakap denganmu sayang....kerana papa sangat terhibur dengan respond yang akan sayang berikan kepada papa seperti menendang perut mama sehingga senget perut mama ke kanan dan ke kiri, mengeliang liukkan badanmu dan sebagainya. Tapi, kenapa sayang? Dari siang tadi sampai malam sayang tetap kurang bergerak tidak seperti selalu.

Ya Allah! Risaunya hati mama ni. Lalu menghantar pesanan ringkas kepada papa yang sedang berkhidmat mencari rezeki untuk kita. Sebenarnya papa kurang sihat hari ini...panadol sudah ditelan 2 biji tapi masih belum baik kemudian soluble. Kesian papa......Papa menenangkan mama agar berfikiran positif dan menunggu sehingga hari esok. Jika masih kurang gerakanmu, papa akan hantar ke hospital untuk check. Hati mama mana yang tak gelisah jika situasi sebegini berlaku. pulak tu, anak yang dikandung selama 37 minggu ini merupakan anugerah pertama dari Allah setelah hampir 3 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Mama memanggil2 mu lagi sayang sambil menggoncangkan perut mama. Tiba2, teringat mama akan bacaan mama di google. Pasangkan muzik kerana pendengaran baby sudah sempurna. Suluhkan cahaya kerana fungsi mata juga sudah sempurna. Baby akan bergerak apabila mendengar sesuatu yang kuat atau cahaya yang mengganggu dirinya.

Sepantas kilat mama memasang lagu 'rapuh' dan 'zikir terapi' dengan kuat, lalu meletakkannya dekat dengan perut mama. Alhamdulillah! Syukur padamu ya Allah, anak mama mungkin baru terjaga dari tidurnya yang panjang. Bergerak sangat aktif seperti selalu. Hati mama sangat gembira dan tenang. Biarlah mama tak boleh tidur kerana terganggu dengan gerakan2mu yang kuat sehingga kadang kala terasa sakit dan ngilu. Apa yang penting, mama tahu anak mama yang comel ini sihat seperti biasa. Alhamdulillah!

Tapi esok, mama tetap akan ajak papa ke klinik untuk mendengar heartbeat mu sayang. Baru puas rasa hati mama ni....

Mama dan papa sangat menyayangimu sayang......love!

Thursday 2 May 2013

check up 37 minggu

Salam and hi !

Okey, pagi tadi dee pergi check up di kk selayang baru. Sampai klinik pukul 10am dan habis segala urusan pukul 12.30pm. Dee dah tak larat nak drive, so suami dee hantar. 

Sampai je kk letak buku dalam bakul di kaunter. Then nurse suruh pergi kencing dulu untuk tengok urine samada okey atau tidak and alhamdulillah okey. Dalam 15minit lepas tu nurse panggil untuk timbang berat dan yes! Berat dee naik lagi 68.5kg. Sungguh bam bam nampaknye mak buyong :)

Nurse suruh dee masuk bilik mesyuarat untuk ambik darah. Nasib baik tak sakit....sebab leka duk berborak dengan nurse2 yang kat dalam bilik tu pasal isu "isteri peluk suami hapus dosa, suami peluk isteri dapat pahala" lebih kurang macam tu la...siap gelak2 lagi. Tu yang dee tak perasan bila masa nurse cucuk. Huhu....kalau tak, mesti bergenang je air mata....

Then kena hantar sendiri sample darah ke makmal. Berjalan la mak buyong ke makmal yang jauh nun di hujung klinik. Tunggu dalam 2 minit je sebab dee sorang je. Dapat result kembali semula ke klinik ibu dan anak. Huh! Berpeluh mak buyong....:) nurse bagi nombor, so tunggu jela nombor dipanggil untuk berjumpa dengan nurse di dalam bilik 1.

Lebih kurang 15minit, nombor dipanggil. nurse check blood pressure dee and heart beat baby serta ukur tinggi rahim then bagitahu result darah okey, hb 12. So, semuanya okey. Alhamdulillah! Dee tanya nurse tu, air ketuban tu macam mana? Nurse cakap : agak keruh tapi tak berbau. Kadang2 ada bunyi pop dan kadang2 tak sedar pon. Tiba2 je dah basah kain. So, segeralah ke hospital. Selain tu, bila ada tanda keluar darah atau contraction yang kerap bila baby mengeras. Details nurse bagitahu info dekat dee. Tq ye nurse yang comel :)

Keluar bilik 1, pergi kat kaunter ambik nombor untuk jumpa doctor pulak coz doc nak scan. Tunggu punya tunggu.....finally! Masuklah dee ke dalam bilik doctor. Bila scan, dee tanya samada baby dah engaged ke belum? Doc cakap sudah.....then dee tanya lagi. Girl ke boy? Air ketuban okey ke tak? Berat baby berapa? Haha.....bertalu2 soalan dee. Doc cakap....i boleh bagitahu baby you okey, semua okey but weight and gender, tak boleh bagitahu. 

Dalam hati dee...pulok??? Scan apakah ini? Doc cakap gov memang takkan bagitahu yang tu coz ada isu. Errmmmm....ok la doc tq so much :) As long as dee tahu baby dee sihat lega rasanya....:)

Next check up 8hb. Dah jadi seminggu sekali. Huhu...

Simptom di usia 37 minggu kandungan dee :

-perut rasa sangat berat dan penuh di bahagian bawah. Rasa macam nak jatuh
-baby kerap mengeras. Kadang2 rasa sakit bila baby mengeras
-terasa gerakan baby di kelengkang
-sakit di peha, betis, punggung dan pinggang
-berjalan sangat perlahan dan cepat penat. Nak kemas rumah pon dah tak larat
-selalu sesak nafas terutama bila nak tidur
-duduk terkangkang sebab tak boleh kepit2 lagi dah
-kerap sangat shi shi dan poo poo. Penat la asik nak berulang ke toilet je
-kerap buang angin. Nasib la ye orang sebelah...hihi
-tidur kanan tak selesa, kiri tak selesa, melentang lagi la kan...sob sob
-mood sangat tak stabil. Nasib baik suami faham. Tq ye :)

So, hope baby tunggu dulu ye sayang. Mama sanggup menahan segala sakit ni demi kebaikan anak mama. Dah 38 minggu ke atas, nak keluar silakan....tapi, kalau baby dah tak sabar sangat nak keluar....tak pe, mama dan papa terima  dengan gembira kehadiranmu sayang. Sebab doctor cakap kandungan dee dah 38 minggu ke atas baru boleh bersalin. Masatu baby dee dah matang. Apa pun, berserah saja pada Allah.

Doakan dee dan baby selamat dan dipermudahkan ye......amin! Papai uols....

Wednesday 1 May 2013

ramli sarip....i lap u lah!

Hi everyone!

Petang ni dah pekena cendol lom? Hihi....dee makan kuih keria vs milo ais. Perghhhh sedapnya, nikmat dunia la katakan. Waktu sihat ni, nak makan apa....silakan! Nanti dah sakit semua pon tak selera. Kadang tu selera ada tapi tak boleh makan...huhu

Ramli sarip, papa rock

Sambil minum petang, dee layan konsert metro kat tv3. Actually dee memang sangat suka tengok konsert. Dulu sebelum kahwin, selalu tengok konsert live kat shah alam, istana budaya dan macam2 tempat la. Kebanyakan tiket di sponser..hahaha...so, memang tak lepaskan peluang la kan.....selain konsert, dee suka tengok teater muzikal. Pon sama juga, memanjang lah dapat tiket free. Tu kelebihan berkawan dengan ramai orang yang bermacam2 perangai. Ekeke...dee ada kawan penari di istana budaya tapi lelaki la. So, memang selalu info dan tiket dapat dari die. Tq lah eriq! Suami dee pon pernah jumpa die sekali, kebetulan terserempak di old town. 

Dalam banyak2 artis kat malaysia ni. Dee hanya suka pada sorang je iaitu Ramli Sarip, papa rock hokey! Dee memang minat gile dengan die. Suara die, lagu2 die, performance die memang mantap! Kalau tak tegak bulu roma dengar die menyanyi, memang tak sah. I lap u lah papa rock!

Suami dee cakap : ramli sarip tu dah tua la mama, pon minat ke? Pastu die orang singapore. Heyloooo papa, tak kisah lah tua ke muda janji mama suke gile dengan papa rock even though die berasal dari singapore tapi die menyanyi dan berkhidmat di malaysia. Hehehe....lain la papa, minat shahir...tak kelassss langsung.!  Bad taste....Muahahaha......puiiii! 

Tapi kan yang sedihnya, dee belum pernah lagi tengok live konsert ramli sarip. Dulu ada konsert ramli sarip di dataran merdeka. Tapi, suami dee tak minat dan kebetulan pulak die kerja. Ermmmm....terlepas peluang! Lain kali dee nak ajak kawan je. Huhu. papa tinggal kat rumah. Hihi....

Papa, cuba la papa tunaikan sekali hajat mama ni....pelis papa! Heeeee 

Okey lah korang! Dah nak masuk magrib ni. tata titi tutu...:)