Thursday 14 February 2013

baby bergerak terasa ngilu (hb)

Salam,

Dah lama tak bukak cerita tentang perkembangan terbaru kandungan dee. Sejak baby bergerak sangat aktif sampai perut dee bergelombang ke kiri dan ke kanan. Dee dan suami asik duk rakam video je. Hehe...buat kenangan. Nanti baby dah besar boleh tunjuk kat baby macam mana si comel masa dalam kandungan mama. :)

Tapi, kadang2 dee terasa sakit sikit dan kadang2 rasa ngilu di ari-ari. Kenapa ye? Risau jugak. Adakah sebab dee buat kerja berat seminggu ni. Almaklum lah dalam proses nak pindah dari penang ke kl. Bertungkus lumus bersama suami sampai nak patah pinggang dibuatnya. Esok kami akan ke kl survey rumah sewa kat sana. Kalau jumpa dan berkenan terus booking dan bayar deposit. 18hb boleh terus angkut barang...

Tapi rasa ngilu tu tak selalu. Kadang2 je terutama bila baby bergerak dan dee tahan shishi. So, dee pon google cari apakah punca masalah ini? Adakah ianya normal? Dan bagaimana cara mengatasi.....

hasil carian dee jumpa di sini : 


Kontraksi Braxton's Hicks (BH)

Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan

Monday 11 February 2013

mengidam buah tembikai merah

salam and morning uols, selamat hari selasa.

sejak dapat tahu nak pindah ni, busy sikit mak buyong. tak sempat nak update blog hari2. operasi mengemas hampir 80% siap. dah packing cantik dalam kotak. tinggal barang yang besar2 je macam katil, almari dan sebagainya belum bukak lagi. iyelah kan....nanti mak buyong nak tidur kat mana pulak. ekeke

sebelum dee lupa, nak tahu tak perkembangan terkini baby dee? si comel dalam perut dee ni semakin bijak tau. die sekarang aktif sangat2. bergelombang perut dee tak kira masa. suami dee bukan main teruja lagi bila tengok perut dee bagaikan dilanda tsunami. hehe. alhamdulillah! baby mama growing well....:)

oh! actually dee nak cerita pasal buah tembikai. dah tiga hari dee teringin sangat nak makan tembikai. ya Allah! dee rasa ini betul2 dinamakan keinginan terlampau. haha (ayat tak boleh bla)....

sebab dee rasa macam terbayang2 setiap masa buah tembikai yang merah dan cantik. siap tengok kat google gambar2 tembikai merah pastu telan air liur. pergghhhh! sampai macam tu sekali.....

bukan suami dee tak cari. tapi raya cina ni mana ade kedai buah yang bukak. macam kita semua tahu, kebanyakan kedai buah orang cina yang jual. dee pulak, time diorang sibuk raya, time tu la teringin buah tembikai merah dan cantik sangat tu...(tangan letak kat bahu, mata pandang atas...hihi) 

dee memang suka makan buah. setiap hari dee mesti akan makan buah. ini bermakna kat rumah dee akan ade stok buah macam tembikai susu, jambu batu, epal, anggur, pelam, kiwi dan macam2 lagi la. tapi bukan semua ada dalam satu masa. selama dee preggy ni, baru dee perasan. belum pernah lagi dee beli buah tembikai merah buat stok kat rumah. patut la keinginan terlampau tiga hari lepas. haha...

so, semalam misi mencari buah tembikai secara besar2an pon bermula. suami dee free. kami pon survey dulu di beberapa kedai buah berdekatan rumah kami tapi memang sah tutup. suami dee pon ajak cari di tesco alma tapi hampa sebab clear. then suami ajak pergi jusco perda. dee cakap tak payah la sampai ke jusco. kita cari esok je sebab esok ada pasar malam. tapi bila dee tengok wajah kesayangan hamba tu, jelas di wajahnya yang die tak nak kecewa kan dee dan baby. suami dee tetap tekad nak cari jugak watermelon untuk baby die ni. kan dee dah cakap, untuk baby....lautan api sanggup direnangi. hehe....

otw nak ke jusco, tiba2 dee teringat mall yang berdekatan iaitu carrefour bukit minyak. dee ajak suami terus ke sana. dan yes! misi berjaya....tapi mulanya dee sedikit hampa sebab tembikai nampak macam dah tak elok dan tak banyak pilihan. lama dee fikir, nak beli atau cari di tempat lain sebab tengok tembikai yang dah belah pon isi2 semua tak elok. kecewa sikit di situ tapi akhirnya dee ambik jugak sebab dah teringin sangat. 

bila sampai je rumah, tak sempat nak tanggal tudung dan salin pakaian terus je belah buah tembikai. ya Allah! merahnya isi buah tembikai ni, cantik pulak tu, biji pon tak de. bila masuk ke mulut.....manisnyaaaaaaaaaaaaaaaa! sedap sangat2! inilah dikatakan nikmat dunia. hehe.....syukur alhamdulillah tertunai jugak hajat dee nak makan buah tembikai yang isinya merah, cantik, manis dan sedap macam ni. tiba2 dengar suami dee cakap : 

mr.ej : nasib baik buah ni elok dan macam yang mama nak. kalau tak, sekarang jugak kita pergi cari lain. papa sanggup demi mama dan baby.
dee : masa nak ambik buah ni, mama berserah je dan yakin dengan pilihan mama macam mama yakin menjadi isteri papa. eceh! ayat power...tak tahan...haha
mr.ej : yela tu....bukan dulu mula2 mama tak suka papa ke?
dee : Allah tentukan semuanya dan papa lah yang terbaik untuk mama. bertuah mama menjadi isteri papa. bersyukur pada Allah.
mr. ej : mama lah permaisuri hati papa dan baby kita adalah ratu papa....
dee : terima kasih papa! (terharu)

btw, gambar ni dee ambik dari google sebab semalam tak sempat nak snap. dah teruja sangat makan sorang2 sampai setengah suku biji. bak kata suami dee, macam ni rupa orang mengidam bila dapat apa yang die nak. tak pandang kiri kanan dah. haha....


hamboi! bukan main panjang lagi entry dee ni. padahal cerita pasal buah tembikai je. sebelum terlupa. masa nak bayar buah tembikai ni dekat kaunter. suami dee cakap kat dee :

mr. ej : mama, magnum! nampak tak?
dee : mana? (dah dapat tembikai, tak nampak ape dah...hehe)
mr. ej : cuba tengok ade tak magnum classic yang mama suka tu
dee : bukak peti ais dekat kaunter tu. cari punya cari yang ada perisa lain. act, dee sangat suka magnum classic. sumai dee pulak suka magnum almond.
mr. ej : cari magnum classic dekat ruangan khas barangan sejuk dan jumpa macam gambar kat bawah ni.

suami dee terus ambil dan bayar. khas untuk mama sebab mama suka magnum ni kata suami. ya Allah! suami dee ni memang suka buat dee terharu. dah la dapat buah tembikai, pastu dapat pulak magnum classic. terima kasih suami ku! semoga Allah sihatkan tubuh badanmu dan murahkan rezekimu. amin ya rabbal alamin!

dengan ini, habis la sudah cerita dee untuk kali ni. haha.....semoga kita semua sentiasa bahagia di samping insan2 yang kita sayang. bukan harta kekayaan yang menjadi ukuran. tapi kasih sayang dan kebahagiaan.

mrs ej...love!

Sunday 10 February 2013

selamat tinggal penang

salam and good evening...

korang dah minum petang? sempena raya cina ni nak wish selamat tahun baru cina. siapa yang tak tau nak bagi ang pau tu kat sape. boleh la hulur2 kan mak buyong ni. ekekeke.....

sunyi je taman dee ni. al maklum la raya cina. semua pon cuti. ada yang sambut tahun baru, ada yang ambik kesempatan ni pergi holiday, balik kampung dan macam2 la. btw, dengar kata psy gangnam style nak datang penang. ermmm....kompom2 sesak gile penang. so, jangan la cuba2 nak masuk island. nanti menyesal tak sudah tersadai tepi jambatan. hehe

almost 3 years dee dan suami merantau di penang. kami duduk di seberang prai selatan. selama hampir 3 tahun mencari pengalaman di sini memang tak dapat dinafikan makanan kat sini memang sedap2. sebab tu la berat badan dee dan suami semakin naik. hehe.....

selamat tinggal penang dan selamat datang kuala lumpur. pasti dee akan merindui :

- nasi kandaq
- laksa penang
- char kuew teaw
- mee kuah
- rojak tonggek

percayalah, pasti suatu hari nanti dee dan suami akan datang bercuti di sini. lepas tu nak makan semua makanan2 ni. hahaha.....*memang kuat makan

Wednesday 6 February 2013

sakit pinggang packing barang

Bismillahirrahmanirrahim......

Salam and hola!

Pagi tadi dapat berita gembira. Finally dapat jugak kami berpindah ke kl. Insya Allah 20hb ni suami kena lapor diri di sana. So, kami ada masa lebih kurang 2 minggu untuk cari rumah sewa, booking lori, packing barang dan sebagainya.

Harini memang hari yang memenatkan bagi kami suami isteri. Dari tengahari ke petang duk bukak mudah.my nak cari rumah sewa yang berdekatan dengan kepong sebab tempat tugas suami di tnb kepong. 

Dee siap salin semua rumah2 sewa yang berpatutan harganya dan terus buat panggilan. Rata2 rate harga sekarang kalau apartment antara rm650-850 di area kepong dan damansara. tapi, kebanyakan agen atau tuan rumah mintak kami datang tengok rumah dulu. Errmmm.....nampak gayanya suami dee kena mintak cuti 2 hari untuk survey rumah sewa di sana.

Lepas tu kami keluar pergi beli kotak di pasaraya depan rumah kami. Harga satu kotak ialah 0.20sen. Boleh tahan banyak juga la kami beli. 17 kotak kesemuanya dan bersaiz besar.


Malam pulak kami gotong royong mengemas barang2. Dimulakan dengan mengumpul dan melabel segala fail, buku2, surat menyurat dan seangkatan dengannya. 2 plastik hitam yang harus dibuang dan 2 kotak besar yang harus disimpan. 

Setelah selesai satu bab, kononnya nak sambung lagi satu bab. Tapi, Ya ampun! Mak buyong terasa kesakitan yang amat di pinggang dan punggung sampai tak boleh banyak bergerak. Macam mana lah nak packing semua barang2 rumah ni kalau macam ni gayanya?? Huhu....

Suami dee pon sakit pinggang, inikan pula mak buyong kan :). Suami dee dah mula risau dan dia suruh dee berehat je. Lepas ni biar die buat sorang. Errrmmmmm.....papa, dont worry okey. Mama boleh buat cuma perlahan2 la....lagipon macam pinggan mangkuk tu mama je yang tahu macam mana nak packing. Kita buat sama2 tapi slow2 okey! Hehe......

Setiap barangan dalam kotak mestilah sama fungsinya dan di labelkan. Supaya nanti senang kita nak cari balik barang2 ni. Yang kaca pula, mesti di balut dengan surat kabar agar tidak mudah pecah. So, esok kami akan mengemas di stor pulak. Barang2 rumah ni banyak yang tak pakai dari yang pakai. Tu yang semak sangat. Ikutkan hati ni, nak je lelong atau beri pada orang. Tapi, kalau tanya suami....semua pun die pakai. Hehe.....

Malam ni tengok rumah dah macam ape je. Sana kotak, sini kotak. Meja bersepah, rumah bersepah. Hatoiiiii! Fening kepala dee kalau tengok rumah bersepah ni. Nak tidur pon tak senang. Pastu mula la mulut ni membebel. Bak kata suami dee, mama ni macam pengawas la haha.....sorry papa, bukan papa tak tahu isteri papa ni. Sebelum mengandung 2hari sekali mesti mop lantai. Sapu dah tentu hari2 walaupon kami duduk berdua je. Tengah mengandung ni yang kadang2 sakit pinggang la, punggung la. Still juga menyapu hari2 tapi mop seminggu sekali. bukan nak jadi pengawas tapi untuk keselesaan kita juga :)

aduhhh! Sakit sangat dah ni punggung dee. Kesian baby mengemas tadi ye. Kadang2  mama terangkat yang berat2. Sorry sayang....

Okey la korang, dee nak berehat dan tidur dulu ye. Gotta look fresh and energetic tomorrow. 

Nite ols!

Tuesday 5 February 2013

deep fried kai lan

salam and hye friends,

korang dah tidur ke? dee malam ni maybe tidur lewat sebab nak tolong mr.mucuk cari bahan untuk assignment die. harini suami dee kerja malam. so, why not dee gunakan masa ni untuk membantu suami dee kan. eh! bukan dee sorang je yang tolong tau, si comel pon tolong jugak. die siap kick mama lagi. mudah2an anak mama dan papa menjadi seorang yang sangat cintakan ilmu......amin! dee pon bercita2 nak sambung belajar lagi. tapi belum ade rezeki. insya Allah suatu hari nanti.

subject kali ni agak tuff jugak iaitu continuity and change in contemporary business. baca soalan je pon kepala dah fening. hehe...so, sebelum dee mula menelaah, dee update blog dulu. ekeke.. 

btw, sejak selera makan dee menjadi2 ni. asik fikir tentang makanan je. mula la teringin macam2. dan harini dee sangat teringin nak makan deep fried kai lan.

sumber dari google

last year, dee makan ni dekat sri gombak. masatu dee dan suami berkunjung ke rumah akak dee. akak ajak kami dinner kat luar. die bawak kami makan dekat sebuah restaurant muallaf yang terletak di sri gombak. perghhhhh.....! makanan kat situ memang sedap2. harga pon sedap jugak la kan....hihi. dan yang paling dee suka ialah deep fried kai lan ni. rangup je bila masuk dalam mulut. suami dee pon berselera je makan. 

habis je makan, masing2 kenyang perut suka hati. anak2 buah dee, 3 orang hero tu makan sampai nasi jatuh kat lantai. hehe....siap jamu meowww lagi. abi diorg cakap : ini perkara biasa waktu makan hehe....pastu, bila nak bayar, bertolak2 dengan akak dee. dee nak bayar, die ambik duit tu suruh dee simpan untuk baby. pastu dee nak bayar half2. die tetap tak nak. rupanya die memang niat nak belanja kami makan. ala akak ni, malu la kami. dah la tumpang tidur kat rumah. breakfast and lunch di taja, dinner pon nak taja jugak ke? ape2 pon terima kasih. mudah2an dimurahkan rezeki akakku sekeluarga. amin!

setakat ni belum pernah lagi dee jumpa restaurant melayu atau thai yang buat menu macam ni. biasanya hanya terdapat di restaurant cina. tapi, tak tahu lah kan, kalau2 dee yang tak tahu.

sekarang dee boleh control lagi la keinginan dee ni. tapi nanti bila dah tak boleh, kena ajak jugak mr.mucuk ke kl. lagipon boleh balik kampung dee terus di n9. yahooooo!.....rindu pulak masakan mak. emmmm....kena tunggu masa yang sesuai. sebab suami tengah sibuk sekarang. cuti pon nak kena simpan jugak sebab nanti baby nak lahir. dah tentu mr.mucuk nak spend time dengan si comel lama2 kan. 

okey la korang, dee akhiri entry dee ni dengan serangkap pantun :

gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati.

tata titi tutu.....mrs ej a.k.a dee ana

Monday 4 February 2013

virgin coconut oil -tropika

Hola!

Hari yang bahagia ni dee nak ucapakan selamat hari isnin. Hehe.....bagi yang bekerja jangan malas2 ye..ekeke. 

Bangun je dari tidur tetiba macam teringin caramel puding. Dah lama tak makan dan misi mencari masih belum ketemu. Nak buat boleh tapi kalau dah banyak sangat nanti membazir sebab suami dee tak suka.

Sumber dari google

Suami dee ajak lunch mee kuah. Dee ikutkan aje. So kami pergi makan di omar mee kuah machang bubuk. Kat sini memang sedap gile! Tak caya, korang boleh try.


Lepas kekenyangan, suami dee tanya nak pergi mana lepas ni? Dee tak de idea. dalam hati nak ajak balik je sebab macam nak hujan. Tiba2 suami dee cakap, jom kita tengok wayang....dah lama tak tengok wayang. okey papa.....


Sementara nak tunggu lagi sejam. Kami pon pusing2 kat kulim landmark ni. Tengah duk pusing2, tetiba rasa macam perut dee ni gatal sesangat. So, ternampak la satu kedai jamu. Try tanya akak kat kedai tu ubat yang bagus untuk hilangkan gatal di perut. Then akak tu suggest ni...

Rm 29.90 - Perisa blackCurrant

Terdapat banyak khasiat minyak kelapa dara ni. Antaranya ialah : 

- menyembuhkan bakteria yang menyebabkan kurap, athletes foot dan ruam lampin bayi
- memberi sumber nutrisi untuk tenaga segera, meningkatkan tenaga dan stamina
- meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh dan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan
- mengurangkan kadar kolestrol dan ia adalah alternatif terbaik berbanding minyak-minyak lain yang mengandungi kadar kolestrol yang tinggi
- mengawal kencing manis, pankreas lebih efisen mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah dan keperluannya
- awet muda, antioksida semulajadi di dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas
- melebat dan mencantikkan rambut, menghilangkan kelemumur serta menguatkan akar rambut, sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan yang maksima
- kulit menjadi lebih lembut, licin dan halus kerana minyak kelapa dara mempercepatkan proses penggantian sel-sel kulit yang mati dengam sel yang baru selain melindungi kulit dari sinaran ultra violet
- merawat dan membantu menyembuh penyakit ekzema dan dermatitis

Dan macam2 lagi. So, jom la sama2 kita amalkan ye. Hehe....

Cara minum :

- Maksimum 1 sudu teh, 2 kali sehari iaitu pagi dan malam
- mesti menggunakan sudu plastik

Selamat mencuba! ^-*

Sunday 3 February 2013

simptom semasa mengandung -dee

Bismillah, salam......

Kali ni entry dee sekadar nak mengisi masa je. Disebabkan suami tak sampai lagi dari KL. So dee pon menggoogle pemakanan yang bagus untuk baby dalam kandungan. Dee kurang suka tengok tv melainkan show atau apa2 siaran yang dibuat secara live dan english movie. Cerita2 melayu atau indon bersiri memang sumpah dee tak suka. Malaysia sekarang kan sibuk dengan adam dan hawa la, samarinda la, sinetron la dan sebagainya. Sorry la dee memang tak pernah tengok dan tak berminat. Dah tak suka, nak buat macam mana kan..hihi. paling dee suka english movie tentang penyiasatan. cerita terbelit2 dan pelakon tak famous pon dee sanggup tengok sampai habis. kadang suami dee tanya, kenapa mama suka tengok cerita macam ni? (Sebab suami dee tak suka). Dee cakap, inilah namanya budak kelas sains tulen papa.  Berfikir banyak menggunakan otak kiri secara logik dan kritis. Mama tak pandai jiwang2 ni. Sebab tu dee paling menyampah tengok cerita cinta. Hahaha...(sebenarnya tak de kena mengena pon, saje bergurau dengan mr.mucuk).

Btw, according to my research. pemakanan yang bagus untuk mommies dapat lah disimpulkan bahawa makan makanan yang berkhasiat, sayuran dan buahan. Dee rasa semua mommies pon tahu kan....But then untuk menu tambahan pula boleh la diamalkan seperti susu, kurma, kismis, air zam2, yogurt, pati buah delima, jus oren dan sudah tentunya supplement seperti obimin dan calcium tablet.

Eh! Lari tajuk pulak dee ni. Tula mukaddimah selalu tersasar. Sebab dee selalu tulis apa yang terlintas di fikiran. Okey, di sini dee nak share dengan korang pengalaman dee mengandung selama 6bulan ni. Tinggal lagi 3 bulan je baby nak lahir...yahoooo! Tak sabarnye mama to be ni...:)

Trimester pertama ( 1 - 3 bulan ) :
- dee tak alami morning sickness macam muntah, pening (suami dee yang alami)
-  kurang selera makan bermula minggu ke 8 - 15
- tak suka berhias atau make up (sebiji macam mak jemah)
- muka banyak jerawat dan keluar bintik2 merah yang gatal di belakang badan dan kepala (doc bagi losyen, suami tolong sapu)
- rasa malas (rumah dah macam tongkang pecah)
- cepat rasa mengantuk dan mudah tidur. Letak je kepala confirm lena
- naik kereta je pening dan sakit pinggang bermula minggu ke 8 - 15
- lesu dan mudah letih
- berat turun 3kg

Trimester kedua ( 4 - 6 ) :
- sangat berselera dengan makanan. 
- rajin dan sangat aktif ke sana ke sini (tapi untuk long distance suami tak bagi)
- diawal trimester kedua dee demam dan muntah tapi lepas tu ok
- sakit2 pada peha dan punggung
- sukar tidur malam
- kadang2 rasa ngilu kat ari2
- sangat sensitif. Cepat je air mata nak mengalir padahal tak de ape pon (nasib baik suami penyayang dan penyabar)
- berat mencecah 60kg

Itulah antara simptom2 yang dee alami setakat ni. Masuk trimester ketiga nanti dee akan update lagi ye. Sekadar berkongsi pengalaman. Lagipon nanti bila anak dah besar. Boleh baca balik entry ni. Pengalaman pertama mengandung setelah 2 tahun menunggu....

Setiap orang punyai pengalaman yang berbeza2. Mudah atau sukar pengalaman setiap individu itu jangan dikuatiri. Korang patut bersyukur sebab merasa sendiri pengalaman seperti ini. Just go with the flow. Enjoy with your pregnancy ! :)

Saturday 2 February 2013

mak buyong sakit peha

Salam and morning,

Walaupon dah dah nak masuk tengahari...hik3.

Harini dee sorang kat rumah. Suami dee pergi KL ada kelas. Die naik bus pukul 11.30pm malam tadi. Dalam pukul 4.30am suami dee msg die bagitahu dah sampai. Alhamdulillah! Selamat sampai dan semoga selamat pulang. 

Kesian suami dee sampai awal, kelas start pukul 10am. Terpaksa lah menapak di pudu. Dee mintak jasa baik suami call kawan die yang dekat KL tu ajak teman. Tapi suami tak nak susahkan orang. So, die carilah mamak atau kfc sementara nak tunggu kelas start. Dalam hati dee ni, tak putus2 berdoa semoga suami dee selamat kat sana. Dan dipermudahkan segalanya. Amin! (Isteri mana yang tak risau kan...)

By the way, semalam dee pergi klinik. Sebab peha kanan dan kiri dee terasa sakit sangat. Bukan sebelah dalam peha, tapi sebelah luar. Sakit ni akan datang time dee tidur je. mungkinkah itu efek tidur mengiring? Tapi, bukan kah itu cara tidur yang terbaik bagi mommies yang mengandung. Bagus untuk bayi dalam kandungan terutama mengiring ke kiri sebab bayi akan mendapat lebih oksigen. 

Dee mula rasa sakit ni sejak seminggu ni je. Bila tidur ke kiri dalam sejam mula la peha terasa sakit. Pastu nak bergerak ke kanan. Ya Allah! Sakitnya rasa nak menangis. Ini ade kaitan dengan urat ke? Atau kaki dee cramp? Dee pon tak pasti. Begitu juga sebaliknya dalam sejam je tidur ke kanan peha akan mula rasa sakit. So, macam mana nak tidur? Kanan sakit, kiri sakit. Tidur melentang doc tak sarankan sebab kandungan dah semakin membesar. Tu yang dee selalu sukar tidur malam.

Disebabkan kesakitan semakin menjadi2. So, dee ajak suami pergi klinik. Suami dee ajak terus ke kpj jumpa pakar tapi dee tak nak dengan alasan mungkin ini masalah normal bagi ibu mengandung. Buat ape nak bazir duit kan....hehe. padahal takut kena admit. Faham2 je lah kalau dah admit kompom2 kena cucuk. Oh! Tidaakkkkkkkkk....

Haha.....suami dee dah faham sangat dah perangai mak buyong yang takut jarum ni. So, die pon ikutkan aje. Bila check, doc cakap tak de masalah yang serius. Cuma terdapat sedikit saja kencing kotor. Tapi itu bukan punca kenapa peha dee sakit. Sebab sakit ni bukan di sebelah dalam iaitu di kelengkang tapi di sebelah luar. Doc suggest dee tidur dengan lebih banyak bantal. Letak di kepala, belakang badan, perut dan tinggikan kaki. Hamboi! Bukan main banyak lagi bantal....kalau dah banyak camni. Agak2 mr.ej tidur jatuh katil tak? Hehe.....katil dah la queen size je :)

So, malam tadi di sebabkan suami dee ke KL. So, dee try buat macam yang doc cakap. Ini bermakna katil ini ana yang punya! Hihi....but then, sakit tetap datang hokey! Sampai nak menangis rasanya. Nampak gayanya ni nak kena jumpa doc pakar perbidanan jugak la.....

Pukul 10.30am pagi tadi mak dee kol. Risau agaknya....yela kan, kat sini kami tak de sape2 nak refer. maaf susahkan hati mak je. Insya Allah tak de pape. Cuma mintak mak doa untuk cucu mak yang ke-16 ni ye....:) 

Sebelum terlupa, act ada jual bantal khas untuk mommies yang preggy. Tapi mahal sikit la....nanti nak try survey. Kalau harga berpatutan boleh la sambar satu. Kalau mahal sangat pakai je la bantal yang ade. 

Panjang lebar dah ni. Sebelum mengakhiri pot pet dee untuk entry ni. Dee nak share ketam goreng kunyit yang superb. Sebab sebelum pergi jumpa doc. Sempat lagi singgah makan kat restaurant kari kepala ikan. Tapi kali ni tak order kari, dee cuma meratah ketam je. Isi yang banyak dan manis.

2 ekor - Rm27.70

ok, setakat ini saje ye. selamat makan tengahari semua! Jangan lupa doa makan....:)

Friday 1 February 2013

nasi arab qasar hadramawt

Salam and afternoon ols,

Semalam bila suami balik dari kerja, die tanya dee nak makan ape? Dee cakap mama tak kisah. Pastu suami dee tanya lagi. Cuba mama bagitahu papa, tekak rasa nak makan ape? Dee tetap jawab sama, tak kisah mama ikut je selera papa.

Then, lepas solat magrib suami dee tanya lagi.

Mr.ej : last question, harini papa nak belanja mama makan sedap dan apa yang mama teringin?
Dee : selalu pon papa dah belanja sedap. Okey la papa, senang macam ni. Harini ada pasar malam. Kita makan laksa nak? (Laksa merupakan fav dee. Laksa yang dekat pasar malam tu sangat pekat dan sedap. So, biasanya kami akan makan laksa makcik tu siap tambah lagi...hihi)
Mr.ej : betul? Tak nak makan dekat d'pauh ke? 
Dee : ermmmmm....dah selalu sangat makan kat situ. Kita tukar selera pulak la (pot pet dalam hati)

So, kami pon bersiap sambil masing2 berfikir. Suami dee dah siap then tros hidupkan enjin kereta. Dee pulak, baru nak gosok shawl. Tengah duk gosok tetiba teringat yang minggu lepas suami dee ade cakap die nak makan nasi arab dekat perda. Tapi, kami tak pergi sebab ada hal lain. So, why not dee cakap je nak makan nasi arab kan....

Nasi arab kat qasar hadramawt memang original dari arab. Masak nasi pon kat bawah tanah. Kebanyakan pekerjanya dari arab. Dan melangkah masuk je kedai ni, korang akan rasa seperti berada di negara arab. Hehe.....tak payah susah2 nak naik flight. Kat malaysia je pon ade.

Taraaaa : 
Luar kedai - sempat lagi tu

Menu -pilih je

Lupa nama nasi2 ni

Setiap kali pergi makan dekat sini, kami mesti akan order air limau. Pergghhhh....rasanya memang sangat sedap! Selalunya kami order satu je nasi dan share sebab untuk yang single saje pon dah banyak. Boleh makan untuk dua orang. (Agaknya orang arab memang kuat makan..hehe). Tapi, kali ni entah macam mana boleh teroder sorang satu. Disebabkan dee tak makan daging, so dee order ayam. Suami dee order daging. Hambik! Masing2 x habis, siap tapau bawak balik. 

Otw nak balik tu, suami ajak jalan2 dekat aeon perda saje nak dating dengan mak buyong. Dekat je pon kedai tu dengan aeon dalam 2 minit je. Dee tengok jam dah pukul 9.30pm. so, dee suggest ajak jalan2 dekat uptown perda je. Suami dee okey je asalkan dating dengan isteri tercinta katanye....:) 

Pusing2 dekat uptown, ha! Nampak pulak rojak tonggek penang. Ini boleh try ni coz tempat lain tak de. Hanya di penang saje. So, kami pon menonggek sambil makan rojak..haha. rm5 juga la, secucuk 50sen. memang sedap! Korang boleh try....

Kalau datang penang, tak try nasi kandaq, rojak tonggek, mee kuah, buah pala, laksa penang. Maka, tak lengkap lah destinasi korang. Selamat mencuba! Hihi......



bedong modern untuk si comel

yeay!

dah kenapa dee ni happy sangat? haha.....sebab abang posmen naik van pos laju datang rumah. die datang dengan satu bungkusan. bungkusan berisi apa? untuk siapa?

hehe....bukan untuk dee, tapi untuk si comel yang tengah kick mama ni. suami dee order bedong modern. hari rabu bank in, jumaat sudah sampai. alhamdulillah!


sekarang semua nak moden. bedong pon main zip je. act, dee ada tengok bedong macam ni dekat facebook menerusi wall persatuan ibu-ibu comel mengandung. tapi, belum terlintas lagi di fikiran dee nak beli. cuma like je la kan. eh eh! tiba2 hari rabu lalu, suami dee balik je dari kerja die bagitahu dee yang die ada tengok dekat facebook bedong moden ni. die terus cakap yang die nak beli untuk si comel then terus suami booking. 

hamboi papa, untuk baby apa saja papa sanggup ye....bertuah la anak papa ni! :)

ala tomei2 tecik je....macam mana la si comel ni kena bedong nanti ye? kite tungguuuuu....hehe. 

okey la, lapa la pulak....tata titi tutu.

berangan rumah impianku

salam,

korang dah lunch? dee dah tapi makan biskut jacob's + air milo + jambu air cicah kicap. bukan tak nak makan nasi. tapi x best la makan sorang2. kalu suami ade baru syok. nasi putih berlauk ikan bilis pon menjadi sedap ya amat. hehe....

semi D double story -berangan tak salah..hehe

actually dah lama dee dan suami berangan nak ada rumah sendiri. rumah impian kami ialah semi D double story yang terletak di kuala lumpur atau selangor. untuk bercita2 memiliki sebuah rumah banglo tu. kalau setakat kerja makan gaji tak mungkin tercapai. lain lah kalau ada yang menyeponcer. tak ke gitu? hihi. ada 4 bilik tidur, 3 bilik air, 1 stor dan ada balcony. tepi rumah tu biarkan rumput menghijau sebab nanti boleh lakukan aktiviti petang besama suami dan anak2. parking pulak boleh letak 2 biji kereta. wah! berangan tak habis dee ni....:)

dee berminat juga kondominium tapi suami kurang berminat sebab maintainance yang tinggi katanye. tambahan pula, bila bukak pintu rumah tak nampak kereta dan motor. tapi bagi dee tak kisah la ape pon jenis kediaman kita macam apartment, single story, kondo, semi d, double story dan sebagainya as long as ia selesa, selamat dan environment yang bagus. dee dah bersyukur sangat. dalam keadaan ekonomi sekarang ni. suami dee sorang je yang bekerja. sebenarnya kami sudah mampu memiliki rumah sendiri tapi bukan rumah impian la. ia tidak mungkin akan tercapai. ia memerlukan usahasama kami suami isteri. 

setakat ni, apa yang kami miliki adalah hasil usaha suami dee seorang. ala....tak ade apa pon yang kami ada. cuma sebuah kereta honda civic dan sebuah motor lc. itu pon dee dah banyak bersyukur kepada Allah di atas rezeki ini. nak harapkan dee??? langsung tak de ape2. anyway, dee sangat kagum dengan suami dee. memiliki segala yang kami naiki, pakai, makan dan sebagainya dengan hasil usahanya sendiri. 

bagi dee, sesiapa yang memiliki sesuatu dengan bantuan pihak tertentu, itu dikira sangat beruntung. Allah telah memberi rezeki yang lebih kepadanya. memiliki sesuatu walaupon dengan usaha yang sedikit berbanding mereka yang memiliki sesuatu dengan usaha yang banyak. bersyukur lah! kamu adalah golongan yang bertuah. tapi, jangan takbur kerana semua yang kita miliki itu adalah dari Allah. bila2 masa sahaja Dia akan tarik. sama2lah kita berdoa semoga sentiasa dimurahkan rezeki. amin!

ermmmm...dah meleret pulak entry dee ni. haha. okey, back to basic. bila ada rumah sendiri, kita akan rasa puas walaupon kecil asalkan ianya selamat untuk didiami. pastu boleh la kita deco2 rumah dengan citarasa kita. biasalah kalu orang perempuan ni. kompom2 la excited sangat nak deco dapur dan bilik tidur. dee bercita2 nak deco dapur dengan cabinet yang moodern dan buat macam bar. dee ni, masak nya belum tentu lagi. tapi citarasa tinggi. haha...tak pelah kan, dah namanya angan2. jangan angan2 mat jenin dah la ye. dah la jatuh dari pokok, ditimpa pula buah kelapa....mintak dijauhkan. nauzubillah!

kat bawah ni contoh dapur impian dee : *sumber dari google

untuk ruang yang kecil

untuk ruang yang kecil

untuk ruang yang besar

untuk ruang yang besar

hai! kalau duk google semuanya nak, semuanya cantik. siapkan jelah duitnya. ada duit semua pon boleh dapat. :) cantik2 design cabinet dapur sekarang kan? buat kan dee rasa berkobar2 lepas habis pantang nanti nak kerja sambil berniaga. nak mintak nasihat ayah dee cara nak mulakan perniagaan. ayah dee tu walaupon businessman kampung tapi die lah yang paling hebat bagi dee. kami 7 beradik setakat ni belum ada sorang pon yang ikut jejak langkah ayah. insya Allah i will be....amin!

untuk bilik tidur pulak, dee nak make sure bilik tidur utama tampak simple but nice. maksud dee, tak serabut dengan perabut pakaian dan sebagainya. biar ada katil je. yang lain tu di letak di sebuah bilik khas. pastu bila bangun tidur je, selak langsir errmmm....nyaman je :) 



bedroom design pon sama memang semua cantik2 dan menenangkan. yang penting bilik air dalam bilik utama macam ni : *sumber dari google

transparent gitu! :)

kat bawah ni pulak, contoh ruang tamu yang dee suka : *sumber dari google

colour memainkan peranan yang penting

hamboi! bukan main panjang lagi entry dee ni. sekadar berkongsi angan2 dan impian. semua orang pon punya angan2 kan. tak salah nak berangan. tapi, tanpa usaha angan2 tidak akan tercapai. yang penting sumbernya mestilah halal. so, sama2lah kita berusaha agar segala impian menjadi kenyataan. amin ya rabbal alamin! ^_*

ikhlas,
dee ana a.k.a mrs ej