Tuesday 30 April 2013

dee kuat menangis..huhu

Hi everyone....

Dah pukul 12.40am, sekarang dekat rumah akak di sri gombak. Tumpang tidur sini sebab suami kerja. Esok pukul 8am baru balik.....huhu

Kenapa lah kan time2 dee tak sihat ni suami dee sangat busy. 16jam dah tentu kat tempat kerja. Kadang2 bila duduk sorang2 mengalir air mata ni....dee tahu, suami dee kerja cari rezeki tapi entah lah....dee ni tak kuat semangat. Dee perlukan lebih banyak masa bersama suami. tambahan pulak dalam keadaan dee yang kurang sihat.  Tapi, nak buat macam mana, kerja die dah ghupe itu!

Tadi menyembang dengan akak dee sambil layan masterchef selebriti dan meletop. Pastu akak buat kerja opis die...hai akak! sampai ke rumah ko buat kerja opis eh? Huhu...actually die kena siapkan segera coz next week die kena outstation ke indonesia. Anak buah dee 3 heroes ni dah lena dibuai mimpi indah. Adib bibik akak tidurkan. Adam dan ally tengok la tu :

Handsome boys

Btw, harini dee dah 37 minggu. Khamis ni check up di kk selayang baru dan 8hb check up di pmc. Atoiiii! Berapa banyak check up la.....Tak larat dah nak ke sana ke sini. Baby dah betul2 dee rasa berada di bawah. Tunggu masa je ni....rasanya pergi salah satu je la. Oppssss! Baby mama kick mama la....si comel belum tidur lagi rupanya...ke bermimpi. Hehe....

Bila teringat baby nak lahir ni. Baru dee boleh positifkan diri dee. Bak kata suami : mama kena kuat semangat! Tak de siapa boleh tolong kite. Hanya kite je yang tolong sesama kite. Papa busy kerja untuk anak jugak. Nanti nak buat kenduri potong rambut dan aqiqah memerlukan duit. So, kuatkan semangat ye papa busy ni sebab kerja bukan sebab lain. 

Tula kan kalau suami terlalu manjakan isteri. Suami busy pon menangis. Suami pergi kerja pon rindu. Ermmmmm....ape lah dee ni! Kena matang sikit. Nanti dah ada anak lagi macam2 kan.....dee ni sensitif dengan suami je. Dengan orang lain sikit tak heran....lantak pi la...

Agaknya mula2 tu mesti huru hara sikit kan bila ada anak. Almaklum lah, pengalaman pertama bergelar papa dan mama. Nanti lama2 okey la kan....hihi. so sweet....yang penting! seronok sama2, jaga pon sama2 ye papa. Ni warning awal2 ni...ekekeke...

Okey la korang, dee nak tidur dulu. Sebelum tu nak dengar suara mr.mucuk dulu. Hehe...buat ubat tidur. Tata and good nite! 

Monday 29 April 2013

yeah! home...im coming

Salam semua,

Alhamdulillah 29.4.2013, pukul 6pm dee keluar hospital. Selama lebih kurang 8 hari betapa di pmc bangsar, finally dapat juga pulang ke rumah. Seronok betul rasa...macam dunia ini ana yang punya. Mana taknya, rindu sangat dengan bantal busuk! Pastu rindu sangat dengan moment2 sebelum tidur dengan suami. Sebab sebelum tidur, kami akan spend time 10-15 minit borak2 tentang sepanjang 1 hari tu apa yang berlaku, sesi luahan, maaf bermaafan dan sebagainya. Melihat wajah suami sebelum dan selepas bangun tidur, satu nikmat yang tak terhingga bagi dee. Tu yang dee excited sangat nak balik :) walaupon service di pmc memang terbaik tapi, di rumah juga yang paling terbaik. Rumahku, syurgaku lah katakan...hihi

Actually, semalam suami dee kerja 16jam. Dari pagi sampai malam. So, die tak dapat ambik dee. Alhamdulillah kebetulan akak dee cuti dan mak dan adik dee datang melawat dari kampung. Seronok betul bila dapat tengok wajah mak. Tenang sungguh....terus rasa sihat. Ayah tak dapat datang, cuma kirim salam je....alaaaa ayah ni, kirim salam je ke? Duit tak kirim? Hehe.....just kidding. Dee faham ayah sibuk dekat kedai. Terima kasih mak datang dari jauh...kesian mak dah tua masih juga nak datang tengok anak menantu. Sebab tu mulanya tak bagitahu mak....tapi dah lama sangat dee kat hospital tu, so suami cakap bagitahu lah....bukan apa, tak nak mak susah hati. Faham keadaan mak jalan jauh sikit lutut dah sakit2. Apa2 pon, love you mak!

Adik dan anak buah

Pesan doctor idris : you boleh balik, tapi dengan syarat....jangan buat kerja rumah, jangan keluar jalan2, no shopping, cuma makan tidur dan rehat secukupnya. 2 minggu je lagi....dalam hati dee, 2 tahun tunggu baby, takkan dalam 2 minggu ni dee tak boleh ikut cakap doctor kan! Okey doctor.....terima kasih.

Tapi bila sampai je rumah, ya ampun! Ini rumah ke tongkang pecah??? Huhu.....dalam hati ni rasa nak marah ade, tapi bila fikir2 balik. Suami dee terlalu busy. Mana taknye, kerja 16jam...lepastu habis kerja terus datang hospital teman dee sampai 10.30 malam. Pastu balik rumah terus tidur, esok paginya nak bangun pergi kerja. Bil2 rumah pon tak sempat bayar lagi. Kelam kabut suami. Kesian suami dee.....keletihan dan tak cukup tidur. Terima kasih papa, pengorbananmu akan mama ingat seumur hidup. Semoga Allah merahmati hidupmu sayang......Amin!

Kadang dee cakap dengan suami, tak yah datang la kalau tak sempat. Papa tidur la rehat kat rumah. Tapi die cakap : mama tanggungjawab papa...dah! Jangan banyak fikir...papa nak mama tenang dan relax supaya cepat sihat. Baiklah!

Buat masa ni, bila suami dee kerja. Mak dan akak suruh suami hantar dee kat rumah akak. Bibik akak ade untuk jaga dee. Bila suami balik kerja, die akan ambik dee. Macam tu la sampai dee betul2 dah stabil. Sebab sekarang ni pon, badan lemah2. Pandang rumah pon tak mampu nak kemas. Suami dee tak bagi dee mengemas...biar je nanti die free, die akan buat....

Okey la korang, dee nak makan jap dengan suami tercinta. Tata

Tuesday 23 April 2013

admitted pmc bangsar 35 minggu 6 hari

Salam semua,

24 april 2013, 2.07am. Tapi dee masih belum tidur coz waktu siang dee tidur tak hengat! Lepas breakfast tidur pastu bangun lunch. Sudah kenyang sambung balik tidur. Huhu...macam mana la nak tidur malam kan! Dah la dee ni jenis yang susah tidur kalau bertukar tempat. 

Nyawaku, cintaku

Actually, harini hari rabu merupakan hari ke4 dee admit. Ahad lepas dalam pukul 1.00pm macam tu setelah pekena nasi goreng yang dee masak sendiri. Perut tiba2 sakit. Dee syak sebab masakan dee tu. Almaklum lah, nasi yang dee gunakan nasi semalam. Tapi biasalah kan buat nasi goreng guna nasi yang dah sejuk. Cuma, maybe sebab dee mengandung. So, jadi sensitif. 

Suami dee pulak kerja dan balik pukul 4pm. Dee tahu suami sangat letih sebab kebetulan die kena kerja 16jam dan hari sebelumnya die hanya tidur beberapa jam je. Tapi, sakit perut ni dah tak boleh dibendung. Takut apa2 terjadi. Tambahan pulak, pertama kali mengandung. Bukan tahu apa2 kan. Tapi, di atas sikap bertanggungjawab suami dee terhadap keluargnya. Die ketepikan rasa penat dan mengantuk yang teramat tu. Terus siap2 bawak dee pergi pmc bangsar. Memandangkan monthly check up dee dekat pmc bersama dr.idris. dee bawak sekali buku pink, beg dee dan beg baby. In case kan.....

Sampai je pmc di bahagian kecemasan. Dee bagitahu yang dee sakit perut. Tapi tak tahu lah contraction or salah makan. So, die terus panggil nurse dan nurse tu suruh dee naik wheelchair. Hahaha....lawak pon ade coz first time dee naik wheelchair. Die tolak  ke tingkat 2 iaitu di wad bersalin.

Dee dimasukkan ke labour room sebab nak check ctg. sister terus buat pemeriksaan. Setelah ctg dibuat sister kol dr.idris then bagitahu dee yang die nak check bukaan. Oh My God! Dee takkkk nakkk...sebab melalui pembacaan dee di google. Check bukaan sakit. So, sister tu kol balik dr.idris dan bagitahu yang dee kena drip dan admit disebabkan terdapat contraction. Oh tidakkkk! Dee dah mula rasa macam nak menangis sebab dee baru 35minggu, pastu dee nak kena drip, dan buat pertama kalinya dee admit. Macam2 dalam kepala hotak ni. 

Suami dee ke bahagian pendaftaran masa dee kena drip tu. Ya Allah! Sakitnya.....dee ni dah la tak biasa kena cucuk2 ni. Dulu masa mula2 mengandung tu ambik darah, siap peluk suami lagi. Tapi kali ni suami pulak tak de kat labour room masa tu. Mana nak cari kekuatan. Tapi, dee sangat puji layanan nurse2 kat pmc ni. Sangat baik dan supportive. 3 orang tenangkan dee, bagi kata2 semangat la dan buat2 menyembang la. Tapi, dee tetap rasa sakit sampai mengeliang liuk badan dee. Badan dee ni dah sememangnya manja dan suami manjakan dee sangat. Menangis jugak lah dee masa kena cucuk tu. Bila suami sampai je, die tengok tangan dee kena drip die terus senyum dan cakap : sayang papa ni kelakar lah! Dee tanya kenapa papa? Haha...suami dee tahu sangat isteri die ni penakut jarum. Die membayangkan dee masa kena drip tu. Pastu terus die peluk dan cium dahi dee dan cakap : kuat semangat ye, tak sakit pon...papa kan ada. Ya Allah, syukur padaMu Ya Allah, dikurniakan suami yang sangat penyayang, prihatin dan bertanggungjawab. Alhamdulillah!

Malam tu, kami bermalam di labour room. Nurse asik datang je tengok sebab ada contraction. Sampai pagi ctg tu. Dee nak tidur pon susah. Dee sangat kesian tengok suami yang kepenatan dengan mata yang merah tak cukup tidur. Tapi, tak mengeluh pon. Masih tersenyum bagi semangat pada isteri. Dalam hati dee, kenapa aku perlu susahkan suami. So, dee suruh suami dee balik tidur di rumah lagipon esok die kena kerja 16jam lagi. Tapi suami dee tak nak. Die nak temankan dee. Dan terus kol kawan die untuk ambik cuti emergency 1 hari. kami tidur di labour room. Dee di atas katil dan suami di atas kerusi. Pandang wajah suami yang tengah tidur tu mengalir air mata ni. Mana nak cari suami macam ni??? Aku lah insan yang paling bertuah. Ya Allah, jangan pisahkan kami. Aku tidak mampu hidup tanpanya. Aku tidak mampu hidup tanpa kasih sayangnya. Ku memohon kepadaMu Ya Allah.

Btw, drip tu untuk tahan baby dari keluar sebelum pada masanya. Keesokannya dr.idris datang check dalam pukul 9.00am. dee dipindahkan ke wad biasa 2 katil. Sangat selesa macam duduk hotel uols. Tak rasa duduk hospital pon. Tapi sakit kena drip tu sangat terasa. Haha....bye!

Friday 19 April 2013

satu badan dee gatal

hi korang!

harini dee kurang sihat la sebab malam tadi tak boleh tidur. almaklum lah suami dee kerja shift mlm dan ot sampai 4pm ni. dengan tiba2 badan dee jadi gatal2 sejak petang semalam lepas balik dari ssm dalam pukul 12tghr. dee rasa dee tau puncanya sebab lepas dee makan sejenis kerepek tu, tiba2 badan dee jadi gatal2 tak kira tempat. agaknya dah expired kot atau dee alergic dengan kerepek tu masa mengandung ni. huhu...kat belakang badan, kaki, tangan seolah2 menjalar je gatal tu. mencikkkk!

mengadu dengan suami masatu dah pukul 9mlm. die keluar sebelum solat jumaat ke petaling jaya, bangsar then kepong untuk menguruskan sesuatu dengan kawan die. so, dee tak nak kacau die. tengok die keletihan pastu nak siap2 pergi kerja pulak. so, tak sempat die nak bawak dee pergi klinik. tapi, suami dee sapukan ubat lotion baby kat belakang badan dee. boleh la rasa lega sekejap then gatal balik. huh!

dee menggaru la sampai merah2 kulit. tapi nasib baik kat perut tak gatal. mengenyam2 rasanya...nak pergi klinik sendiri kereta suami dee bawak pergi kerja. so, nak tak nak terpaksa la menahan kegatalan sampai suami dee balik kerja nanti. 

malam tadi dee sampai tak boleh tidur. dah pukul 5 pagi rasanya baru mata ni terlelap pastu terdengar orang atas menumbuk lesung batu die pagi2 subhi. agaknya nak buat nasi goreng kot. huhu....duduk rumah bertingkat macam ni la...terpaksa ku redha :) dah paksa, redha pulak ye? haha....cikgu mana ajar ayat macam ni ekekeke....

btw, new born quilt set dah sampai. aha! i loikeeeee....very like! ^_^ terbayang2 my baby golek2 atas ni.

newborn quilt set cars butterfly
quilt 30"x40"
2 pillow 13"x9"
2 bolster 18"x7"
RM 180.00

puas memilih yang mana satu untuk si comel. finally, dee decided untuk pilih yang ni coz sangat happening and colourfull gitu! actually, banyak lagi yang cantik2 tau. dee ade berkenan sangat dengan satu set quilt tapi untuk baby boy. dan ada yang latest owner baru update. kalu korang nak tengok lagi banyak pilihan, boleh la jengok2 laman web yang dee dah link kan kat atas atau melalui facebook die. 

sabar lah wahai hati, menunggu kelahiran anak yang dikandung. membesarlah anak dengan sihat dan sempurna di dalam rahim mama ini then nak lahir...sila kan sayang :) sebab kandungan dee baru 35 minggu. due date next month 22 mei 2013. 

semoga semuanya selamat. amin! love u baby....


tak suka orang masuk bilik tidur utama

Salan and hi everyone....

Tadi berborak dengan suami macam mana time dee berpantang nanti. Pasti dee akan rindukan suami selama masa  berpantang 44 hari di kampung dee. Almaklum lah, kami ni asik berkepit je ke sana ke sini. Time suami kerja je terpisah kejap. Lain2 masa kebanyakan kami bersama. Tapi, suami dee cakap setiap kali die off day, die akan balik tengok baby dan mama. Heeee....maknanya seminggu 2 hari sudah pasti. Bak kata suami : time bekerja kompom suami dee busy dengan kerja, ot dan side income yang baru nak mula ni. Dan time off day adalah masa bersama isteri dan anak. Alhamdulillah! Itulah yang sepatutnya...(untung dapat suami yang penyayang dan bertanggungjawab) hihi...

Alaaaa papa, mama tau.....rindu dekat anak dulu kan pastu baru mama. cian mama dah jadi no.2 ekeke....apa yang penting, macam mana papa manjakan mama sebelum ni, dah ada anak pon nak sama jugak tau! Kami kan 2 ratu papa. So, kena adil dan saksama. Haha...barulah dikatakan king yang awesome!

So, tengah bincang2 pasal saat2 berpantang tu. Dee terpandang sesuatu yang terbengkalai kat rumah ni. Frame2, cermin, almari baju baby dan buaian baby yang belum pasang. dee mintak jasa baik suami dee untuk pasang semua yang berkenaan semasa dee berpantang nanti. 

Actually, buaian dan almari baju baby tu dee yakin suami dee boleh buat sendiri. Tapi yang bab drill untuk pasang frame2 dan cermin dee tahu suami dee takkan mampu lakukannya tanpa pertolongan kawan die. Hehe....sebab apa? Sebab die pernah buat sebelum ni, tapi usaha suami dee gagal coz die memang tak de bakat langsung untuk drill mendrill ni. So, dee cadangkan agar suami mintak tolong kawan die drill kan cermin dan frame2 tu. Dee nak semua siap sebelum baby balik ke rumah.

Suami dee cakap : okey, nanti papa mintak tolong kawan. Lagipon, diorang tak de lah segan nak datang rumah bila mama tak de dekat rumah. Almaklum lah! Orang bujang. 

Okey papa but Mans only! Women not allowed! Dee faham sangat yang kawan2 bujang die susah sikit nak datang rumah orang dah berkahwin sebab segan. So, boleh la datang rumah time dee berpantang nanti dan kalau nak tidur kat rumah pon tak pe. Asalkan tak menyepah atau kalau dah termenyepah tu, sila la rajin2kan tangan bersihkan balik ye. Kang, hijau pulak jadinya dee ni! hihi dan yang paling penting jangan sesekali bagi orang masuk bilik tidur utama kita sesuka hati dan  kepantangan dee kalau orang landing atas katil. Bukan dee tak sediakan bilik tetamu kan......

Ha! Yang ni mintak maaf ye dee memang tak suka dan no kompromi. hanya dee dan suami sahaja yang berhak ke atas bilik utama kami. Sebab bagi dee, bilik utama atau lebih tepat lagi katil di bilik utama adalah sangat privacy. Tempat kita suami isteri bersama, bermanja, bermesra, dan sebagainya. Segalanya bermula di sini. Lain orang, lain pantangnya. Tapi, bagi dee...ini adalah sangat kepantangan dee! 

So, tolong HORMAT perkara ni. Ada orang jenis yang tak ambik kisah. Tapi dee sangat kisah. Sedangkan mak dee masa datang rumah dee. Dee suruh mak tidur atas katil dee (sebab mak dan ayah kan...yang dah melahirkan dan menjaga kita). Mak tolak sekerasnya dan lebih rela tidur di bilik tetamu kerana menghormati bilik utama adalah privacy suami isteri. 

Mak dan ayah tak masuk sesuka hati bilik utama kami. Dee yang suruh masuk bila mak nak bersiap. Yela kan....bilik tetamu tak de cermin. Itupon, mak tak duduk atas katil. Nampak tak yang mak sangat menghormati. Walaupon dee ni anak die...sama juga kalau mak pergi rumah adik beradik dee yang lain. Dan adik beradik dee pon bukan jenis yang sibuk nak masuk bilik orang. Agaknya dah diajar dengan mak dan ayah macam tu.

Bila di fikir2 balik. Yes! Memang itu lah sepatutnya....lain lah kalau tuan rumah sendiri yang suruh. Lain orang, lain cara. Dan ini adalah salah satu sikap dee yang suami dee kena faham. Die mungkin jenis yang tak kisah. almaklum lah lelaki. Bukan ambik pusing sangat tapi dee sangat kisah. Cara die dididik dan dibesarkan dengan cara dee dididik dan dibesarkan tak sama. So,  kena la saling memahami. Apa yang dee tak suka dan apa yang die tak suka. Jangan nanti ajak kawan2 pulak tidur dalam bilik kami dan di atas katil kami. Bukan kawan2 jela, siapa2 pon. Oh tidak! Pelis papa....

Btw, kadang2 kena bebel jugak dengan dee sebab sepahkan rumah. Haha....tu yang die suka panggil dee pengawas. Sorry la papa, mama terima kekurangan dan pendirian papa, papa terima kekurangan dan pendirian mama ye. Penat la mama, hari2 nak mengemas walaupon duduk dua orang je. Dengan perut yang semakin memboyot ni. Tapi, walaupon suami dee kurang membantu membersih dan mengemas rumah. Die tahu tanggungjawab die membuang sampah dan mencuci bilik air. Hihi...ini memang tugasan suami dee yang budiman. Tq mr.mucuk! Love u! ^_^

Ah! Penat lah membebel. so, moral of the story is adab berkunjung ke rumah orang tu kena la jaga ye....kalau tak, orang pon tak suka. btw, bukan dee tak suka orang datang rumah. Dee sangat suka dan mengalu2kan kedatangan sebab setiap orang yang datang ke rumah tu membawa rezeki. pesan mak dee : kena layan tetamu dengan baik dan kena siapkan makan minum tetamu. Baiklah mak, anakmu selalu ingat....

Dee cakap dengan penuh keikhlasan dari hati. Apa yang terkandung dalam fikiran dee itulah yang dee tulis dalam diari cyber ni. Terpulang pada korang samada setuju atau tidak. Hak dan pendirian masing2. Cuma bagi dee, hormatilah hak dan pendirian orang lain. Sekian...

video baby dee & ej

salam and hi everyone!

apa khabar? dee sihat alhamdulillah. tengahari tadi keluar dengan suami dee pergi ssm kat mall pwtc tu. ada hal sikit. mall tu tengah renovate rupanya, so kosong je. yang ada pon cuma beberapa kedai yang boleh di kira dengan jari. nasib baik ssm tu still bukak. kalau tak kena la cari tempat lain.

2 hari lepas, dee sangat teringin nak minum ice blended kan. dan suami dee sangat busy. so, tak sempat nak belikan untuk dee. balik kerja pon dah pukul 12 malam. esok pagi bangun pergi kerja. kesian suami dee. so, harini die off satu hari. tu yang kami keluar uruskan apa yang patut. 

kebetulan pulak, kat mall tu ada starbuck. apa lagi, terus suami dee belikan mocha ice blended sebab dee dah teringin sangat. terliur betul dibuatnya. bila satu sedut je...pergghhhh! nikmat betul rasa masuk ke tekak :)


eh! mama yang teringin ke, baby ni? hihi...baby mama suka ice blended ye? tak mahu yang kat tepi jalan lak tu. nak yang mahal je. habis la mama dan papa cani. hihi...

btw, dee nak share dengan korang video anak dee dan ej. video ni di ambil masa kandungan dee 32 minggu di klinik fauziah, ampang. ada 4 tapi dee share satu je ye :)



comel kan saya? hihi.....masa ni saya tegah tidur dengan nyenyak sekali. berbantalkan lengan uols! 

dee dan suami selalu tengok video baby kami. rasa rindu yang teramat sangat. bila tengok die gerak2 sambil buat memek muka tu rasa nak gigit2 je pipi die yang gebu tu. hehe.... love u anak! muah...:)

Thursday 18 April 2013

rindu kuala terengganu

selamat petang semua!

petang2 ni kalau lepak tepi pantai sambil makan kepok lekor sedap jugak ni. abam! teh o beng se, kepok leko seriya. haha teringat dee kuala terengganu di mana tempat dee melanjutkan pelajaran di kusza / unisza dalam diploma bahasa arab dengan pendidikan. selama tiga tahun di sana, perkara yang paling best ialah makanan die! ahaks...(dee memang kuat makan) . btw, almost 7 years hokey! dee tak menjejakkan kaki di sana. 

lepas je dapat result SPM, angah dee yang alim tu bersungguh2 nak dee sambung dalam bidang bahasa arab. agaknya nak adik die jadi ustazah kot. memandangkan subjek bahasa arab tinggi, syariah dan alquran dee cemerlang. so, die sangat excited nak dee masuk kusza sebab bagi angah dee kusza sangat bangus untuk menimba ilmu agama ni. huhu.....dee ikutkan je la. padahal dalam hati ni dee nak sambung dalam bidang matematik sebab juga cemerlang. apa kan daya....ku turutkan jua walau terpaksa. but then ni la hasilnya...haha. macam ni jugak. ekekeke....(jadi diri sendiri lebih baik)

bila baby dah lahir nanti, dee cadang nak ajak suami holiday terengganu la. tujuan utama ialah mencari makanan2 yang lazat di sana. haha...boleh tak macam tu? banyak yang nak kena makan ni bila dah sampai sana coz apa yang anda rasa di negeri lain, takkan sama seperti yang anda rasa di sana. eceh! promote terengganu la pulak kan :)

*ikan / sotong / udang goreng tepung (dee selalu pergi tepi pantai dekat airport kt)
*keropok lekor (losong menjadi tumpuan)
*nasi lemak ikan aye + kangkung
*nasi dagang
*nasi kerabu
*otak-otak / sata
*nasi air (kat sini macam bubur)

antara senarai nama makanan di atas la yang akan di terjah nanti bila sampai terengganu. hihi...nasib baik mak buyong tak mengidam ni. jauh tu kl ke terengganu. so, boleh la pergi nanti bila baby dah lahir sambil holiday kan....mudah2an ada rezeki bawak baby bercuti. amin! :)

Wednesday 17 April 2013

kandungan dee sudah 35 minggu

Salam semua,

Korang dah daftar untuk mengundi belum? Dee dah, suami dee pon dah. Tapi tempat mengundi dee di n9 manakala tempat mengundi suami di perak. So, achaner tu? Hihi....mak buyong nak balik sorang2 memang tak la kan :) 

Malam tadi dee tak boleh tidur sebab sakit kepala. Nak makan ubat tak boleh. So, dee minum air zam zam dan letak minyak cap kapak kat kepala. Mula2 tu lega juga, pastu jadi balik. Puas pusing kiri, kanan, kejap2 bangun buang air, serba tak kena. Suami dee dah sampai london. Dee tak nak kejutkan die sebab kesian suami dee penat. Dee tertidur sekejap dan bangun pukul 6am tu still sakit lagi. Pastu suami dee dah risau...tengah die siap2 nak pergi kerja tu sempat die picitkan kepala dee. Tq papa!

lepas suami dee pergi kerja dalam pukul 7.10am. Mulanya ingat nak sambung tidur sebab kepala still sakit. Tapi, baby dee dah bangun awal kejut solat subuh. Hehe...kompom2 si comel lapar. Tu yang dee breakfast dulu. Simple je roti, kurma dan soya. Then terus tidur dengan si comel sekali tidur :) Hambik! Sedar2 je dah pukul 12.30pm. 

Bangun mandi, masak bubur untuk lunch. Kesian comel mama lapa ye. Maaf sayang, mama terlebih tidur. Tapi die anak yang baik....sangat memahami mama tak sihat kan. Papa pon kol mama duk risau sakit kepala dah ok ke belum. Alhamdulillah sakit hilang cuma kondisi badan dee lemah je. Nak buat kerja tak larat. Ape2 pun tq Allah sembuhkan penyakit hambaMu ini.


Bila masuk kandungan 35 minggu ni. Tangan dan kaki membengkak. Sampaikan nak genggam pon tak boleh. Tapi bengkak yang masih diperingkat awal. Maksud dee, tak teruk sangat. Bengkak manje gitu! 

Menurut sumber dari http://www.babycenter.com.my/a1042750/bengkak-pada-tangan-dan-kaki-oedema bengkak tangan dan kaki ni dipanggil oedema. Ia terjadi kerana badan mommies mengandungi kandungan cecair berlebihan. Untuk keterangan lanjut, boleh la refer kat laman web tu ye.

selain tu, simptom yang berlaku pada mak buyong setelah kandungan mencecah 35 minggu ni seperti :

*baby kurang bergerak berbanding sebelum ni. rasanya baby lebih banyak tidur
*punggung dan pinggang dee selalu sakit. kadang2 nak berjalan pon tak boleh. nak duduk lama2 sakit dan nak tidur pon tak selesa. nasib baik suami tolong urutkan..lega sikit. hehe tq papa mucuk!
*berjalan sangat perlahan. nak bawak diri sendiri pon dah tak larat hehe
*cepat penat. berpeluh2 macam mendaki gunung kinabalu
*terlalu kerap ke toilet buang air kecil. tak kira masa siang atau malam.
*kadang2 sesak nafas.
*kulit dee menjadi agak gelap. bak kata suami dee : baby ambik semua seri mama ni. hehe...almaklum lah baby girl :)

22hb ni dee check up lagi. Harap2 semuanya ok. Dee nak drive pon dah tak larat. walaupon kereta auto tapi memerlukan pemerhatian yang lebih. dee bawak kereta sekarang memang tak fokus. kenapa entah! Tapi nasib baik check up dekat kk selayang baru ni je. Dekat dengan rumah. Check up dengan my gynae di pmc pon 22hb ni. Tapi dee tak pergi sebab suami kerja dan jauh dari rumah. Kena postpone la nampaknya. Tunggu suami dee free. 

Okey la korang, macam lapar lagi pulak. Dee nak makan jap k. Ape2 pon, dee doa semoga korang semya sihat hendaknya. Daaaaa

Monday 15 April 2013

steak house sri gombak sedap!

Heylo ols!

Panasnya dee rasa harini. Pasang kipas sampai 5 pon still berpeluh. So, kena la pasang aircond + kipas...baru lega tapi asik nak membuang air kecil je la. Nak buat macam mana, orang mengandung memang selalu nengalami masalah yang sama iaitu kepanasan tahap maksimum. 

Cakap pasal panas ni, kalau dapat pekena tutti frutti ni perghhhhh.....tetiba terliur kan. Haha...btw, semalam dee teringin nak makan tutti frutti. Suami on je dan ajak cari di sri gombak. Pastu dee cakap dengan suami supaya pergi makan dulu then baru makan tutti frutti coz dee rasa tersangat lapar dan nak makan western food.

Steak house di sri gombak

Dee : grill chicken chop
Mr.ej : lamb chop

Licin sebab memang sedap!

Ais kacang with manggo + longan

Kekenyangan masing2. Sedap pon sedap. Tempat selesa dan yang paling penting...semua ada kat sini. Korang teringin nak makan ape? Order je coz kedai ni sangat besar dan bukan tertumpu pada western food saja.

Disebabkan kekenyangan, cancel tutti frutti. Lagipon dee dah order ais kacang. Next time la nampaknya :)

Perut kenyang, hati senang....weee~


Sunday 14 April 2013

kebersihan perlu diutamakan

Salan and Morning everybody!

Pastikan anda mulakan pagi anda dengan senyuman. Mudah2an murah rezeki hari ni ye...but solat subuh jangan tinggal :)

Rumah sewa dee

Suami dee baru je pergi kerja. Dee dah makan obimin dan calcium tablet yang doctor bagi. Rumah dah kemas pon...actually, dee ni memang tak suka tengok rumah bersepah. Sakit mata dan hati ni kalau rumah bersepah. So, sebab tu hari2 dee menyapu dan selalu mop lantai. Walaupon sekarang ni kami berdua je pon. Bak kata kawan dee yang pernah datang rumah : ko nak kemas apa lagi dee? Rumah dah kemas pon..huhu. 

Disebabkan dee ni memang tak suka rumah bersepah. So, dee akan make sure before masuk tidur dee kemas rumah dulu supaya bila bangun pagi....nah! Menjamu mata dengan kecantikan dan kebersihan rumah...kan best tu? Hehe. Selain tu, before keluar rumah jugak. Memang dee akan kemas rumah, letak sesuatu pada tempatnya semula, pinggan mangkuk dah basuh, katil kompom2 bangun tidur terus kemas, dan sebagainya supaya bila balik rumah. Bukak je pintu......nah! Dalam hati berkata2 cantiknya dan bersihnya rumah aku...hehe. kan best tu menjamu mata dengan sesuatu yang cantik dan bersih. Hati pon tenang, jiwa pon senang ekekeke.....

Tapi tula kan...bak kata suami dee. Sekarang mama boleh la macam pengawas sekolah. Papa, jangan sepah2. Papa, letak balik kat tempatnya. Papa, itu, papa ini. Nanti anak dah ada...haha boleh ke nak jadi pengawas. Sekali anak punya barang mainan pastu die tolong mama kemas rumah lagi. Baru tau.....hihi

Ala papa ni saje je tau menguji tahap kebersihan mama....kalau mama dan papa pembersih. Insya Allah anak pon ikut pembersih. Kalau kita jenis yang dah sedia pengotor atau tak kisah dengan keadaan rumah yang tunggang terbalik. So, faham2 je la kan....anak ni kena ajar dari kecik papa...ha! Kan dah kena tazkirah free. Hihi....

Bila anak kita dah habis main, kita ajarlah die supaya kemas balik barang mainan die. Put it back! Insya Allah...:) usaha tangga kejayaan. 

Bukan apa, dee perasan sangat terutama masa zaman belajar dulu. Dee rasa korang pon pernah alami. Kawan2 kita kalau keluar berjalan bukan main cantik, wangi, bersih je tengok. Tapi sekali tengok tempat tidur atau bilik die. Masya Allah! Boleh ye ko duduk dalam keadaan macam ni? Orang macam ni bagi dee...kehidupan die serabut dan pemalas! Jangan bagi macam2 alasan la untuk kemas dan bersih. Kalau anda tu seorang yang pembersih, pasti anda akan make sure keadaan rumah bersih. Tapi, kalau dah pengotor atau jenis yang tak kisah. Faham2 je la kan...macam2 alasan. Eeeee! Sangat tak suka orang macam ni...huhu

Okey la korang, pagi2 dah membebel. Hehe. Bukan apa, tadi dee tengok stor dee tu macam dah mula bersepah balik. Sakit pulak mata ni! Nampak gayanya jap lagi nak kena kemas balik. Rasanya dah dekat 3,4 kali kemas stor sejak pindah sini yang baru 2 bulan. 

Kebersihan satu amalan yang mulia. Didiklah diri supaya sentiasa utamakan kebersihan k. Love uols...:)

Saturday 13 April 2013

baby cot untuk our ratu

Hi everyone!

Ahad yang dingin ni korang buat apa? Suami dee kerja dari malam tadi kol 12 malam then kena sambung ot sampai pukul 4 petang. So, maknanye....dee dengan baby duk kat rumah diam2 sambil layan tv. ape boleh buat, suami kerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Semoga dimurahkan rezeki suami dan diberi kesihatan yang berkekalan.

Btw, semalam sebelum suami dee pergi kerja, sempat die pasang baby cot. Dah lama kami beli di camy babyland sunway giza, kota damansara. Tapi, baru semalam suami dee ada masa untuk pasang. Baby cot ni datang dengan tilam jenama bumble bee. bewarna putih dan boleh laras. Maksudnya boleh tinggi dan rendahkan pengahadang tepi. Selain itu, tilam juga boleh tinggi dan rendahkan. Ini bermakna, secure la untuk baby kan dan boleh pakai lama.

Baby cot white colour,
 complete with baby mattress
Rm 589.00

Sebenarnya baby cot ni ada roda, tapi suami dee tak sempat pasang habis lagi dee dah snap gambar. Hehe...excited la katakan! Terasa macam baby dah ada je :)

Suami dee juga sebenarnya dah siap belikan kelambu untuk baby cot ni. Tapi dee rasa terlalu awal nak pasang coz nanti takut berabuk pulak. Dah la dee berpantang di kampung. Sabar ye papa....tunggu baby in the house! ^_^

7pcs embroidery crib set
Bumblee bee
Rm 489.00

Dee decided nak letak baby cot sebelah katil kami supaya senang nanti nak bangun malam bila baby nak susu kan. Hehe...

Kalau korang perasan, dalam baby cot tu ada embroidery crib set berwarna hijau dan putih. Ia mengandungi comforter, cot bumper 2pcs, fitted sheet, pillow, bolster and diaper stacker. 100% cotton dari bumble bee. 

Actually, suami dee teragak2 nak beli set ni sebab mahal sangat. Die prefer beli yang murah je tapi di atas godaan dee terhadap dirinya. Haha....akhirnya die ikutkan je la kehendak isteri tercinta die ni. Ekekeke....

1st time dee tengok set ni terus jatuh cinta. So, mana mungkin dee beralih kepada yang lain kan...kiranya macam cinta pandang pertama la. Lagipon, dee suka colour nya yang sangat tenang dan sejuk. Sesuai untuk anak mama yang bakal lahir tak lama lagi sangat suci dan bersih :) 

Mama dan papa sangat teruja menunggu kehadiran ratu hati kami *_^

Thursday 11 April 2013

33 - 34 minggu check up

salam semua,

pada 8 april lepas dee buat check up di Pantai Medical Centre, Bangsar dengan my gynae dr.idris ahmad. nanti bersalin pon dengan die. so far, sangat selesa dan sangat lah fatherhood. cuma cas die agak mahal la walaupon scan sekejap sangat dan masiih menggunakan scanner lama yang gambar hitam putih tu. huhu.... 

dee pilih dr. idris coz according from my research pasal best gynae kat pantai ni. selain dr.idris ialah dr. idora yang sangat bagus memberi info kepada mommies aspecially for pertama kalinya mengandung.  tapi dee dah dimaklumkan awal2 lagi yang dr.idora outstation pada bulan 5 nanti. dah tentu lah due date dee 22 mei kan. 

sumber dari pengalaman mommies di google, dr.idora sangatlah lembut orangnya dan die akan terangkan dengan detail masa check up tanpa perlu kita tanya. almaklum lah, 1st time mengandung...nak tanya apa pun kita tak tahu kan. dan bila di LR service sangat bagus. begitu juga dengan dr.idris, die sangat sabar melayan kerenah mak buyong yang tengah bertarung nyawa melahirkan anak tercinta.

dee tanya pendapat suami dee, dan die izinkan. tq mr.mucuk!

btw, masa check up aritu dr.idris cakap kandungan dee kurang 2 minggu. check up sebelum tu pon sama. maksudnya macam ni : check up masa kandungan dee 30 minggu, ukuran janin 28 minggu, berat baby 1.281kg dan masa check up masa kadungan dee sudah 33 minggu, ukuran janin 31 minggu, berat baby 1.804kg. dr.idris tanya samada betul ke tarikh last day period dee. oh! yang tu im not sure la doctor. sebab dee  memang jarang catit, nak ingat apatah lagi. orang yang akan selalu kira dan ingat sudah semestinya suami dee. hehe. tapi, bila tanya balik suami dee, die pon dah macam ragu2 je kiraan die. hahaha....

tapi, dr.idris cakap perkembangan bayi bagus, sama seperti yang sepatutnya cuma mungkin dee tersalah beri tarikh last period. setakat ni memang tiada masalah...alhamdulillah! baby mama anak yang baik. kita saling tolong menolong antara satu sama lain. 2 minggu sebelum tu duduk melintang, sekarang dah pusing kepala kat bawah. good girl! love u baby....

ada satu lagi kemusykilan. okey! pada usia kandungan dee 32 minggu. dee buat 3D & 4D scan di klinik fauziah, ampang. ukuran janin dan kandungan adalah sama iaitu usia kandungan dee 32 minggu, ukuran janin 32 minggu dan berat baby 1.767kg. 

so, macam mana check up aritu dengan dr.idris, die cakap lain pulak. oh! fining kepala mama dan papa. haha....ala! nama pon manusia dan mesin kan. semua pon ada buat silap. so, apa yang penting. baby mama sihat dan kuat. cukup sifatnya, celik akalnya dan comel....hehe. amin!

actually, dee pergi juga klinik kesihatan di selayang baru. 9 april lalu dee pergi check up dan usia kandungan dee baru masuk 34 minggu. alhamdulillah semuanya baik. berat dee dah naik 65kg, urine dan gula ok. tekanan darah 112/76, hb 12.3, tinggi rahim 34, kedudukan baby cplh, jantung baby 142. nurse tanya samada dee buat tak kiraan tendangan baby dari pukul 9am sampai 7pm. alhamdulillah setiap hari pon cukup 10x tendangan baby. kadang2 tu terlebih pulak :)

so, bila kandungan dah 34 minggu ni. nak kena lebih alert. jangan la fikir yang bukan2. just relax je bak kata kawan dee. insya Allah banyakkan doa semoga semuanya selamat. kalau kita banyak fikir, nanti baby pon banyak fikir. cian pulak baby mama ye... okey sayang! mama serah pada Allah SWT. semoga Allah perkenankan doa mama dan papa. mudah mama bersalin nanti, baby mama sihat hendaknya, bijak, sempurna, penyeri hati kami berdua, comel......amin! 



Tuesday 9 April 2013

buat apa nak ambik kisah kata orang

di keboringan ini aku tuliskan sebuah pantun khas untukmu lappyku!

hari ini malas masak,
esok pulak ke pasar selayang,
baru beli sudah rosak,
nak ku campak terasa sayang.

*nasib baik ade warranty lagi. huhu...

entry kali ni agak berbeza sikit. dee mendengar luahan kawan dee. die mengadu pada dee : buat baik salah, buat jahat salah. kenapa ada je orang tak puas hati.

jawapan dee senang je : ignore cakap orang. buat apa nak ambik pusing dengan kata2 orang. die bukan boleh bantu ko dapat duit, kebahagian, rumah yang besar pon. so, just ignore! buat la apa yang ko nak buat kerana hanya ko sahaja yang tahu siapa diri ko dan ke mana hala tuju hidup ko. as long as ko tak ganggu hak orang lain. itu je! simple kan....

Tapi ye la, dee tahu bukan semua orang macam dee ni yang memang jenis tak pernah ambik kisah dengan kata2 orang. kecuali dengan 3 orang dee kalah iaitu mak, ayah dan suami dee.

dee tanya kawan dee tu, mana die tahu perkhabaran yang mengguris hati die tu? sumber dari internet ke, kawan2 ke dan sebagainya? then die bagitahu dari fb. kawan die suka update status macam baik sangat tapi sebenarnya perli dan cemburu dengan die.

ya ampun! hal macam ni pon nak serabut2. so, dee cakap dekat die : kalau ko unfriend orang tu, nampak macam kejam sangat kan sebab musuh ko tu pon pernah jadi kawan. so, dee suggest kat kawan dee supaya unfollow je status2 die. tak perlu baca atau tengok pon profile die. so, ko tak kan tahu apa2 dari die dan hati pon tak sakit. mudahkan? Tapi yang dee pelik, dah tahu member tu musuh kenapa la sibuk nak jengah profile die??? itu namanya saja cari masalah. dah tahu anda tu sensitif...huh!

macam pengalaman dee. dee memang tak tahu samada friendlist fb dee tu semua suka dee atau tidak. tapi dee tak pernah rasa apa2 pon. bagi dee semuanya ikhlas nak kawan dengan dee sebab tu mereka still follow fb dee. tiba2 one day, ada sorang kawan lama, my schoolmate inbox dee kat fb bagitahu yang ade some friend dari sekolah lama dee sibuk talking bad tentang dee. ha! biar betul? mula2 baca msg kawan dee tu, dee senyum je sebab apa tau?? sebab rupanya dee ni sedang dicemburui oleh kawan2 sekolah lama dee. hahaha.....pendek cerita, kira dee ni kategori wanita anggun yang femes gitu! ahaks :) (puji diri sendiri)

Dee bagitahu suami dee dan suami dee cakap "you are my princess, my wife. so, just ignore them. dorg jeles la tu" suami dee pon jenis yang tak suka semak2 kan kepala dengan benda2 remeh macam ni. dan sampai sekarang, dee tak tanya pon kawan dee tu siapa mereka2 yang buat ketupat pasal dee. sebab bagi dee, itu langsung tak penting dan buat apa dee nak semakkan kepala dengan benda2 macam tu.

yes! dee memang jenis yang tak pernah kisah apa tanggapan orang terhadap dee samada baik atau buruk. sebab bagi dee, manusia ni semua nya tak sempurna. setiap orang pon mesti ada buat salah. kalau ada yang menilai kita dengan sesuatu perkara yang buruk atau negatif. biarkan je la sebab mereka hanya menilai melalui nafsu dan akal. mereka tidak berada di tempat kita. perjalanan setiap orang tidak akan sama.

dan dee sangat tenang dan bahagia dengan kehidupan dee sekarang bersama suami yang sangat penyayang dan bakal cahaya mata yang comel ni :) sebab tu status dee kat fb semua hanya berkaitan dengan dee, suami dan kehidupan kami seharian. sebab hanya itu yang sentiasa bermain di fikiran dee. soal kebaikan, agama, spirit dan sebagainya yang berkaitan dee tak pernah nak bagitahu orang. sebab bagi dee kalau bagitahu orang, dah jadi dee tak ikhlas......biarlah hanya Allah saja yang tahu.

btw, ada satu lagi kisah, dee cerita ni sekadar nak share pengalaman dee. sebab ramai manusia yang terlalu ambik pusing dengan tanggapan dan kata2 orang terhadap diri die. takut nanti orang cakap "aku jahat, aku tak baik, aku ini, aku itu. for what? merugikan diri sendiri je kan sebab hanya Allah saja yang boleh menilai siapa hambaNya.

pernah ade sorang hamba Allah ni, kawan sekolah lama pon. die cakap kat dee yang dee ni banyak dosa. dee cakap : yela ustaz memang banyak pahala dan confirm masuk syurga. senang je jawapan dee kan...hmmmm buat apa la nak ambik kisah penilaian orang.

satu lagi, dee dan suami lambat dapat anak. 2 tahun kahwin baru dee mengandung. insya Allah tahun ni dee dan suami bakal menjadi mama dan papa. alhamdulillah!

Ada seorang makcik sebelah suami, memerli dee tak subur sebab masih belum mengandung. sedangkan kami dah pergi jumpa doktor pakar di kpj. check serba serbi dee dan suami dan yes! resultnya memang dee tiada masalah dan subur begitu juga suami. period dee regular, dee tiada masalah period pain dan sebagainya. semuanya normal. alhamdulillah!

tapi, adakah makcik tu tahu yang dee dan suami disahkan subur dan normal? tentunya tidak tapi die bercakap menggunakan nafsu dan fikiran yang negatif. betul tak? orang macam ni jenis yang suka menilai sesuatu perkara dari sudut yang negatif berbanding positif. dari mana datangnya fikiran ini? tentunya dari hati. ini bermakna, hatinya bersih ke kotor? hehe....walaupon bertudung labuh dan bergelar hajjah. die terlupa bahawa rezeki, jodoh, ajal semua atas kehendak Allah.

dan untuk pengetahuan korang, masa dengar live makcik tu cakap depan orang ramai. dee tak terguris pon malah dee tetap layan die dengan baik memandangkan die tetamu hari raya kami. bila dee cerita dekat kawan dee, die cakap kenapa tak sound je makcik tu? dee jawap : mula2 terkejut juga tapi atas sokongan suami dee terus okey. buat apa nak buat benda yang menunjukkan sikap tidak bermoral kan. mereka hanya melihat atau berfikir tentang kekurangan atau keburukan dee tapi hanya dee yang merasa ketenangan dan kebahagian! korang faham tak maksud dee? :) sebab tu dee tak pernah kisah dengan kata2 orang. bukan senang nak rasa tenang dan bahagia. inilah nikmat yang tidak semua orang dapat. syukur alhamdulillah!

entry dee ni sekadar memberi pandangan atau pendapat dari fikiran dan pengalaman dee sendiri. bukankah setiap orang punya pendapat masing2. so,terpulang lah kepada korang. kepada kawan dee yang tengah sentap tu hehe... : relax la yunk....enjoy with your life k! (nasib baik die tak de blog, haha)

simple kan ^_^ sekian.........

Saturday 6 April 2013

dataran merdeka with love

Salam and hi!

Korang sihat? Buat ape tu? Dee sorang kat rumah sebab suami dee kerja. Nasib baik baby teman mama. Die kick mama banyak kali harini sampai perut mama senget2. Hihi.....tq darling coz teman mama, borak2 dengan mama. Siap bagi respon lagi...beautiful girl! :)

Moment2 macam ni, hanya orang yang mengandung saja akan rasa. Alangkah indahnya moment ini. Tahun ni tahun ke3 perkahwinan kami. Alhamdulillah! Allah perkenankan doa dee dan suami nak menimang cahaya mata hasil perkahwinan kami. Lama juga kami menunggu saat2 indah macam ni. 

Bagi yang belum mempunyai cahaya mata, bersabarlah sayang dan banyakkan berdoa. Insya Allah satu hari nanti pasti akan ada. Yang paling penting, sama2 beri kekuatan antara satu sama lain. Ignore cakap negatif orang dan teruskan berusaha. Allah itu Maha Penyayang! 

Btw, dee nak share gambar2 semalam kami lepak kat dataran merdeka. Saje dating berdua mengimbau kembali masa belum berkahwin dulu, lepak dengan mr.ej kat situ sambil makan kuaci. Haha....

Papa nak peluk mama, 
tangan dah tak sampai :)

Mak buyong bersiap,
Candid by mr.mucuk





Kandungan dee dah 33 minggu. Semoga anak mama sihat dan selamat hendaknya. Aminnn!

Friday 5 April 2013

borong perfume

Hi everyone!

Dee baru balik dari ukur jalan with my mucuk hehe....sangat2 penat dan mengantuk. Nampaknye misi nak pasang baby cot malam ni terpaksa di tangguhkan. 

Lepas solat jumaat, suami dee ajak keluar. Mulanya kami tak plan pon nak pergi mana2. Mungkin setakat keluar cuci mata sambil cari pot best untuk mencekik. Mencekik means makan ye kawan2. Hehe....

Tiba2 terbaca satu keratan surat khabar ada jualan lelong perfume original dan cosmetic di Hotel Pearl International. Sale sehingga 70% tu! Suami dee sangat obses dengan perfume. Tapi pastikan yang original....so, kami pon plan nak pergi cuci mata kat situ.

Actually, sale bermula 3, 4 dan 5 april. Ini bermakna kami pergi last day. Sampai hotel tu pon dah pukul 5.30pm. FYI, jualan ni akan tutup pada 6.30pm. So, barang2 perfume dan kosmetik yang ada tinggal saki baki je la. Masuk je dekat ballroom 2, memang macam2 jenama perfume ada. agak rambang mata jugak lah...

So, kami try semua yang ada. bila dah banyak sangat, kepala mak buyong pon dah fining. Haha....so, suami dee tanya. Mama tak nak ke? Pilih la mana2 yang mama suka, papa belanja 2. Hamboi papa! Mentang2 sale gile2....hihi harga sebenar 2, 3 ratus jadi tak sampai 100. Memang rugi la kalau tak ambik peluang ni. Bukan selalu ada kan....

Banyak jugak yang dah habis stok. So, kami grab je apa yang ade. Tapi beli sikit jela...banyak sangat memborong, banyak pulak duitnya. Btw, perfume2 ni semua original ye...

Dee
Banana republic alabaster
RM 79.00, 50ml

Mr.ej
Banana republic slate
RM 79.00, 50ml

Mr.ej
Fcuk friction him
RM 79.00, 100ml

Dee
Paul & joe
Projective fluid foundation & face powder
RM 55.00 + 37.00

Ini saje yang kami sambar. Total RM 329.00. Berbaloi2 sangat. Dee rasa, kami lah yang paling sikit memborong tadi, yang lain penuh satu plastik besar. 

Okey lah korang, kesimpulannya....rajin2 lah tengok paper ye kot2 ade sale besar2an macam ni. Alert dengan promotion yang ade. Kalu tak.....korang akan menyesal. Hahaha...

Mata pon dah mengantuk tahap gaban. Nite uols :)

Thursday 4 April 2013

puding kastard koktail berkuah

selamat petang semua,

dee mengidam nak makan ni, tapi nak cari tak tahu kat mana. lastly dee try buat sendiri.



bahan2 puding kastard

1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1 cawan susu cair
3/4 gula

cara2

-campurkan semua bahan dan masak di atas api perlahan
-apabila bahan hampir pekat tuang di dalam acuan atau loyang
-kemudian sejukkan

bahan2 kuah

1 tin susu cair
1 tin air
1 cawan gula

cara2

-gaulkan bahan tersebut dan masak di atas api supaya gula tadi larut
-kemudian sejukkan dan masukkan koktail buah2an

Ni cara yang paling simple. Dan dee terlupa nak letak sikit asen vanilla. Haha. Tapi, ape2 pon rasa tetap sama. Mungkin tak sesedap korang buat. Kalu siapa2 yang sudi share dengan dee cara yang paling ohsemmm pllz let me know ye. TQ :)

*mengidam

Tuesday 2 April 2013

33 minggu kandunganku

Salam....

Dee dah masuk 33 minggu. Ini bermakna ada lagi 3 minggu untuk sampai ke 36 minggu iaitu 9 bulan, dan 7 minggu untuk sampai ke 40 minggu iaitu tarikh jangka lahir si comel (edd). 

Perasaan sangat nebes tapi sangat happy coz tak lama lagi dapat tengok, pegang, rasa anak yang di kandung ni. Ya Allah, terima kasih di atas nikmat dan rezeki kurniaanMu. Dee dan suami sangat bersyukur. Bulan 9 tahun ni, genap usia perkahwinan kami 3 tahun. 

Btw, raya ni kami bertiga la kan...hehehe. seronoknya! Macam mana la gaya dee dan suami bergelar mama dan papa. Kompom mula2 tu agak huru hara sikit sebab nak biasakan diri dengan sesuatu yang baru. Tq baby! Semoga menjadi insan yang penyayang macam papa dan comel...hihi. anak yang baik juga hamba Allah yang solehah. Aminnnn....

Bila dah masuk 3rd trimester ni, pergerakan baby semakin kuat dee rasa. Kadang tu rasa ngilu dan sakit. Maybe sebab siku baby duk gesel2 kat perut mama. Hihi...tapi, mama suka coz mama tahu si comel sihat dan kuat. Love u darling!

Persiapan pulak, dee dah siapkan semua keperluan baby. Cuma tilam yang dee order menerusi online belum dapat lagi. Dah lebih 3 minggu order rm 180. Harap boleh dapat cepat coz kita tak tahukan bila baby akan lahir. Sebab berpantang nanti, dee akan berpantang di kampung dee, n9. cian pulak baby mama tak de tilam...sob sob

Selain tu, tungku untuk dee belum sempat nak beli lagi. Ada yang kata pakai batu sungai btter. Tapi, mana pulak nak carikan time2 macam ni. Nak beli online senang tapi dee rasa kalu beli terus dekat kedai lagi senang kan. Tak de lah nk cas pos penghantaran. Cuma masalahnya, dee tak tahu kedai mana yang ada jual tungku herba untuk mama.

Yang lain2, semua settle. Doakan dee dan baby selamat. Kalau boleh dee nak bersalin normal. Tapi semua ketentuan Allah. Dee berdoa semoga Allah permudahkan. Amin!