Thursday 31 January 2013

bayi bau syurga

salam,

kali ni entry dee yang sangat ringkas dan pendek. sekadar nak berkongsi dengan korang tentang :

 "sabda Rasulullah S.A.W iaitu bau bayi itu berasal dari bau SYURGA (Al-Jami'u Ash-Shagril. Hal 164)"

bayi baru lahir yang baunya harum dan suci itu digambarkan sebagai bau syurga. bayi yang baru lahir itu suci, tidak berdosa. jika ia mati pasti akan masuk syurga. oleh sebab itu, keberadaan bayi baunya digambarkan sebagai bau syurga.

ya Allah, comel nye baby ni!


Tuesday 29 January 2013

keliru dengan EDD private vs gov

> 2.30am,

okey, dee masih belum tidur lagi. mungkin sebab kepuasan tidur malam dan pagi tadi. mana tak nye, malam semalam dee tidur kol 3am sampai 6am. pastu kemas2 rumah sambil tunggu suami balik kerja. disebabkan suami kena kerja 16jam. dia tersangat mengantuk dan kepenatan. so, pukul 10am suami pon nak tidur. dee? dee pon follow la mr.mucuk...haha. dee bangun pada pukul 1.30pm. memang kuat tidur betul mak buyong ni! hehe....mana la x bam bam.

actually, dee tengah baca pengalaman2 mommies bersalin normal. dan tengah duk syok membaca tiba2 terdetik "bilakah EDD sebenar dee?" sebab EDD yang klinik kesihatan kerajaan bagi dengan specialist hospital tak sama. dee pon dah confuse. so, dee belek2 semula buku pink dee. lol! dah 5 bulan, selama ni tak habis belek ke? padahal asik la duk bukak buku pink tu. haha....

dimuka surat hadapan buku pink, gov letak EDD dee pada 22 may 2013. disebabkan dee tak pernah buat scan ultrasound di gov so, dee sangat yakin yang EDD yang gov letak adalah dikira dari tarikh terakhir dee period. Bukan berdasarkan ukuran janin melalui ultrasound. Dan sebenarnya, masa nurse tanya tarikh last period dee ingat2 lupa. Dee pulak kadang catit kadang tak. So, dee main agak2 je la. manakala, tarikh yang doc specialist beri adalah berdasarkan ukuran janin.

dipendekkan cerita, pada 23.1.2013 yang lepas tempoh hamil dee yang ditulis oleh nurse di klinik kesihatan adalah 22weeks. manakala tempoh hamil yang ditulis oleh doc specialist adalah 21weeks. so, ini bermakna EDD dee jatuh pada 2 jun 2013. 

tapi dee tahu, kadang2 masa baby lahir tak sama dengan EDD. ada yang cepat dan ada yang lambat. dah nama pon tarikh jangka kan....cuma yang dee ni beriya sangat nak confirmkan EDD ni sebab bila orang tanya nanti tak de lah dee salah jawab. tak ke gitu? :) nak tahu yang sebenar kandungan dee ni dah berapa minggu. Kita tunggu next check up iaitu pada 20.2.2013. Dee dan suami pon dah tak sabar nak buat 4D scan hihi....

btw, ini gambar mak buyong pada 26hb lalu. sempat lagi posing depan cermin tu! suami dah keluarkan kereta, tutup pintu pagar bagai sebab kami nak pergi kenduri kahwin anak sepupu suami dee di ipoh. 

taraaaa~

ermmmm....baby pon dah kick mama bertubi2. so,mama berundur dulu la ye. mahu beradu bersama si comel. nite korang! < 3.00am


Monday 28 January 2013

apo nak di kato?

Holla!

Korang dah tido? Dee masih berusaha keras untuk tidur. Susah bukan main mata panda ni nak lelap kalau mr.mucuk keje malam. Baby teman mama ye sayang.....

tahap keboringan dee dari siang tadi dah sampai paras hidung. Pastu tiba2 suami kol bagitahu yang die kena sambung keje sampai esok pagi. Okey, foineeeee! 

Mood yang hampir2 nak happy bila tengok jam dah pukul 9 sebab duk kira dengan jari 3 jam lagi suami nak balik. Tiba2 bertukar jadi moody. Nak marah memang x patut sebab suami cari rezeki. cuma sebak + bengang sebab dah set kat kepala pukul 12 suami balik. Tu yang tangkap leleh bila cakap tak jadi. Ermmm....so, dee pon meluah perasaan di twitter.


Hehe......ape2 pon, semoga suami selamat di mana saja berada dan dalam apa saja yang dilakukan. Mudah2an murah rezeki baby ye. Love u papa mucuk! Dari mama dan si comel :) jupe papa esok pagi.....

Sunday 27 January 2013

hanya untuk kamu anakku dan suamiku

petang ini terasa sunyi sekali. suami ku bekerja seharian dari pagi sampai malam. demi mencari rezeki untuk kami sekeluarga. terima kasih suamiku di atas pengorbananmu. walaupon, keletihan semalam seharian berada di ipoh menghadiri kenduri kawin. tapi digagahi juga keringatnya untuk pergi mencari sesuap nasi. yakinlah suamiku, suatu hari nanti pasti isteri mu ini akan membantu mu mencari rezeki untuk keluarga kita. tidak akan ku biarkan dirimu kepenatan seperti ini lagi. aku akan membantumu. yakinlah!

aku hanya keseorangan di rumah. ditemani baby ku yang masih di dalam kandunganku. kadang2 terasa seperti aku sudah punyai kawan di sini bila babyku menendang2 perutku. indah sungguh pengalaman ini. sambil mengadap laptop, aku menggoogle segala yang berkaitan dengan baby. kadang2 menjengah sebentar di facebook sekadar iklan 5 minit kemudian kembali menimba sebanyak mana ilmu berkaitan dengan si comelku.

aku membuka blog ku dan cuba untuk bercerita kisah seharianku. sambil  jari-jemari ini laju menekan2 keypad di laptop. sambil itu jua lah aku dihiburkan dengan sebuah lagu dendangan hafiz yang bertajuk "untuk kamu". ku ulang2 bait lagu ini sehingga halwa telingaku puas mendengarnya. dan aku yakin, anak dalam kandunganku ini juga sedang mendengar lagu yang damai ini. maka, terlintas di benak fikiran ku untuk mendedikasi kan lagu ini buat manja mama dan papa tersayang. khas untuk mu sayang :

untuk kamu
Raut wajah…Mendamaikan…
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata…Mempersona…
Bagai gugur seluruh jantungku…
Aku Ingin engkau tahu…
Cinta aku satu…
Tercipta buat dirimu..
Hanya… Untuk kamu…
Huuu…Huuu…Huuu…
Huuu…Huuu…Huuu…
Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu…..
Tercipta buat dirimu…
Hanya untuk kamu…
menitis air mataku laju mengalir di pipi. sungguh tenang dan tersentuh hatiku. baru ku sedar lagu ini bukan sahaja ku tuju kan untuk anakku tersayang tetapi juga buat suamiku tercinta. ikhlas ku katakan, ini lah dua insan yang paling penting dalam hidupku. yang selalu mendamaikan hati dan perasaanku. yang selalu buat aku tersenyum gembira, yang tidak pernah lekang dari bibirnya mengucapkan "aku cinta padamu" dan menjadikan hidup ini lebih bermakna. kebahagian seperti inilah yang selalu ku impikan sejak kecil. syukur padaMu Ya Allah!

anakku, mama dan papa sentiasa menyayangimu. selagi hayat kami dikandung badan, insya Allah kasih sayang kami tidak akan pernah padam. kamu lah penyeri hidup kami. semoga kamu sentiasa sihat dari dalam kandunganku dan seumur hayatmu. we love you baby! ^_^

mama & papa to be

Thursday 24 January 2013

shopping baju baby part 1

salam and good morning ols,

wake up early morning then terasa sangat sejuk sampai ke tulang. rupanya hujan lebat malam tadi. dan sampai sekarang pon hujan still x berhenti. cuma renyai2 je. dee dah mintak jasa baik suami pergi kerja naik kereta. tapi die nak jugak naik motor sebab senang katanya. ermmmm....dee ni risau hujan2 jalan licin. so, nak make sure suami selamat sampai ke destinasi, agak2 dalam half an hour dee msg suami tanya dah sampai ke papa mucuk? alhamdulillah selamat sampai. tenang hati isteri...:)

suami pon dah pergi kerja. supplement dah makan, perut pon dah kenyang sebab makan yogurt dan biskut jacob's. apa kata dee update cerita semalam. hehe....cuti umum Maulidur Rasul. dee ajak suami pergi survey barang2 baby sebab hati ni meronta2 nak beli baju baby. walaupon, 2 hari lepas papa dah beli sepasang baju baby untuk dee tatap hari2 dee sebelum kami borong sakan bila kandungan dah masuk 7 or 8 bulan. tapi hati seorang mama ni sangat meronta2 nak beli sikit lagi. pelis papa sambil buat muka cute (cute la sangat). hihi 

papa pon cakap okey mama cemok. so, di sebabkan sebelum ni dah survey di queensbay. dee ajak suami cuci mata di aeon bandar perda pulak. lagipon, x jauh dari rumah kami. terdapat 2 outlet baby kat situ selain yang ada di dalam jusco. misi dee mencari baby love brand still belum jumpa. dee sangat berminat dengan bedding set baby love. suami pon suka coz sangat cantik dari katil, tilam, bantal bushuk dan sebagainya. nampaknya misi belum berjaya. takpe mama, masih ada masa lagi..hehe...

lebih kurang 2jam setengah di aeon, kami sambar beberapa helai baju baby. walaupon, kandungan masih awal iaitu 5 bulan setengah. papa cakap xpe la kita beli sikit je...sebab papa pon geram jugak bila dah tengok baju2 si comel ni. hehe...baru tau ye papa.....btw, pada entry yang lepas dee ada bagitahu yang doc cakap kemungkinan besar baby girl kan. so, dengan penuh keyakinan 100% kami pon memborong baju2 baby girl :)

taraaaaa~ awek's clothing :

disney - pilihan mama

disney - pilihan mama & papa

baby kiko - pilihan mama

disney - 1 set pilihan papa

tollyjoy - pilihan mama

total semua sekali setelah mendapat diskaun rm200. baju2 baby memang mahal2 kan....tecik je tapi mahal. hik3. boleh la mama dan papa melepaskan rindu pada baju dulu sebelum baby lahir. pastu masing2 duk imagine baby pakai baju2 ni. so cute! :)

*alhamdulillah! sepanjang tempoh 5 bulan lebih mengandung dee berasa cukup tenang. suami lah yang memberi 100% komitmen, support dan kasih sayang pada dee. melayan kerenah mak buyong yang manja + mengada2 ni dengan penuh kesabaran. suami a.k.a mr.ej x pernah sedikit pun memberi tekanan pada dee. dee lalui hari2 mengandung dee dengan penuh ketenangan. dan dee tahu, semuanya datang dari Allah. syukur padaMu Ya Allah. semoga suamiku sentiasa di dalam rahmatMu dan Kasih SayangMu. amin! :)

Wednesday 23 January 2013

scan untuk tahu jantina si comel

Salam dan selamat malam semua,

Korang dah tido ke belum? Dee belum lagi walaupon terasa ngantok sebab keletihan berjalan seharian tapi excited punya pasal sampai tahan mata ni nak update blog dulu hehe....

Pagi tadi dee sepatutnya ada appointment dengan dr.ramesh di kpj pukul 9.30am. Tapi terpaksa di tangguhkan ke pukul 2.30pm coz doc ade operation. Sebelum 2.30 dee dan suami dah terpacak dekat kpj sebab excited sangat nak buat check up dan scan harini. Mana tak nya, insya Allah dah boleh tahu jantina si comel. 


2.45pm doc ramesh pon sampai. Doc ramesh sangat friendly dan lembut je kalu check perut dee. Pastu setiap kali jupe die, x pernah lagi dee tengok die x senyum. So, sebab tu la kami memilih doc ramesh. Mula2 doc akan tanya : macam mana you and baby okey? Opkos la doc....so far so good. Ceh! Sambil tersengih2 dee macam kerang busuk. Pastu cek tekanan darah okey then timbang 60kg. 

Doc suruh baring atas katil coz nak scan baby. Hehe.....baby aktifnya kata papa bila tengok di screen baby asik gerak2 je. Alhamdulillah sempurna sudah sifatnya. Dee pon tanya boy ke girl doc? X clear, but most probably girl. Mama pandang papa, papa pandang mama. Selama ni dok ingat boy. Hihi......dee dan suami memang x  kisah boy ke girl janji baby sihat. Syukur alhamdulillah! Tapi doc cakap kalu nak lagi kompom tggu next month masatu kandungan dah 6 bulan. Total check up at kpj rm110. 

Pastu dee dan suami decided x nak beli barang2 baby lagi sebab nak bagi kompom dulu baru kami beli. Suami ajak pergi queensbay mall sebab dah lama x shopping katanye. Sempat la dee rembat jaket esprit rm299.90 dan suami beli seluar topman rm199. Dee x rancang pon nak beli jaket tu. tapi suami yang suruh beli sebab die dah berkenan dan dah niat nak belanja dee. Tq papa.....^_*



Pastu dee masuk 2 outlet baby. Kami just survey2 je dulu. Kebanyakan nya jual brand bumble bee. Dee cari babylove x de....emmm mana nak cari ye? Sebab dah berkenan sangat dengan set tidur babylove. btw, kami beli sepasang je baju baby warna putih dari anakku. Sebab dah geram sangat. Nak beli yang lain2 tggu next month bila dah kompom gender baby. Masatu baru syok shopping kan hehe.....


anakku


So, itu sajalah cerita untuk harini. Dee pon dah ngantuk. Bateri pon dah tinggal 15%. Nite everyone! Salam maulidurrasul. Love ya.....:)

Monday 21 January 2013

kena injection kancing gigi / ATT

sumber dari google

Harini dee menyerah diri di klinik kesihatan BTM. 21 januari 2013 merupakan check up dee yang pertama bagi tahun 2013. 23 januari 2013 pula check up dee yang kedua iaitu di KPJ. usia kandungan dee sudah 22 minggu iaitu 5 bulan. melangkah masuk ke klinik kesihatan BTM terus letak buku pink untuk pendaftaran. bila nama di panggil, buku pink satu lagi akan di attach sekali. itu bermaksud, sesi check up akan bermula. okey, first dee kena urine test dulu nak tahu samada urine kita bersih atau tak. then, kena cucuk dekat hujung jari untuk check darah. alhamdulillah semuanya okey walaupon hb dee semakin menurun ke 11.1 tapi pen still warna biru :)

lepas tu, kena pergi ke klinik ibu dan anak. nurse suruh timbang dan berat dee naik 1kg je iaitu 59kg. then follow nurse masuk bilik. die check tekanan darah dee, 120/80. sementara nurse kira bacaan tu sempat juga dee tanya macam mana cara nak naikkan hb sebab risau jugak next check up akan lagi menurun. so, better prepare dari sekarang. hihi...so, nurse suruh makan iron tablet sambil minum dengan jus oren. bla bla bla....nurse suruh baring coz die nak check kedudukan rahim. tinggi rahim 21cm dan heartbeat baby comel dee 14.9. so, dee tanya lagi, normal bacaan heartbeat baby berapa? nurse cakap 12 hingga 16. so, lega dee rasa coz baby comel mama dan papa ni sihat dan kuat. hihi....alhamdulillah!

so, setakat 5x check up ni semua pen biru. harap2 dapat la dee kekalkan sampai bersalin nanti. dee tak risau tentang diri dee, tapi dee risau akan si comel ni. btw, cerita dee kat klinik belum habis lagi tau.....continue >

Tadi dee kena injection kancing gigi atau dalam bahasa saintifik nya ATT (anti tetanus toxoid). Tujuan injection ini adalah untuk mengelakkan terkena kancing gigi semasa bersalin nanti. For your information, untuk ibu yang first time pregnant akan dicucuk 2x iaitu pada bulan ke 5 dan ke 6, manakala bagi ibu yang pernah pregnant sebelum ni hanya dicucuk sekali sahaja. Kata nurse tadi, hanya klinik kerajaan sahaja yang amalkan suntikan kancing gigi ni. Nasib baik lah dee pergi dua2, so tak de la terlepas peluang untuk suntikan ni.

Tapi kan yang tak best nya, sampai sekarang dee still rasa sakit. Bukan saja sakit di tangan kiri, tapi di pinggang jugak dan rasa tak best kat perut. mungkinkah itu efek yang normal? harap2 macam tu la. Nasib baik tak demam.....alhamdulillah! dah la tadi dee pergi klinik drive sendiri, bila kena cucuk tu kebas tangan sebelah kiri sebab cucuk di tangan kiri. Nasib baik kereta auto boleh jugak la memandu walaupon guna sebelah tangan je. 

Sebelum nurse tu cucuk dee bagitahu kat nurse tu cucuk pelan2 ye sebab saya tak tahan sakit. Nurse cakap injection ni akan rasa sakit sikit. So, dee dah mula cuak. Dee langsung tak pandang jarum, muka pandang pintu, mulut baca bismillahirrahmanirrahim berulang2 kali. masa nurse cucuk memang tak sakit tapi bila ubat tu masuk, pergghhhhhh.....terus rasa pedih dan sakit. Menjerit la dee sampai nurse pon gelak. Agaknye x pernah ada patient macam dee ni. Takut sangat dengan jarum. Hehe.

Balik rumah, suami dee tak de pergi kursus di island. Dee makan dulu pastu terus tido sebab dah ngantuk tahap gaban malam tadi tak boleh tido. so, nak tido kena lah mengiring ke kanan je sebab tangan kiri kebas dan sakit. Dalam sejam je dee tido pastu tersentak terus bangun. Hamboi....kejap sangat tido! dah la malam tadi tak tdo.  Harap2 malam ni boleh tido awal dan lena. Top up balik tido malam tadi. Hehe....

Bila suami dee dah balik, terus mengadu dengan suami. Suami dee senyum dan cakap : cian manja papa. Manja sangat tu yang terasa sakit sangat. Xpe, nanti lama2 okey la. Yela papa...okey memang okey tapi mama nak kena mengadap lagi sekali injection tu next month...huhu (buat muka sedih). papa cakap : alolo....sedih sangat muka tu, tak pe la janji baby sihat. baiklah papa, mama akan kuatkan semangat mama demi anak kita tersayang ye :)

Mungkin mommies relax je kena inject kan. tapi dee je yang sakit sangat sampai jerit. Hehe....dee memang jarang sangat2 kena cucuk. Bila pregnant ni asik kena je...selalu kalau nak kena cucuk suami ada. ni suami tak dapat follow so, agak terasa la kesakitannya. dah 2x dee nangis kena cucuk sejak pregnant ni. nak buat macam mana. Terima je la...walaupon! Hehe...

panjang lebar pulak entry dee ni. saja berkongsi pengalaman dee yang sangat penakot dengan jarum ni. mudah2an selamat semuanya. amin!

yang ikhlas,
mama dee ^_*

Sunday 20 January 2013

hb semakin menurun

Salam and very good afternoon :)

Harini dee check up di klinik kesihatan BTM. Bila check darah tadi nampaknya hb dee paras2 selamat je. Semakin lama hemoglobin dee semakin menurun pulak. Masa awal2 preggy dulu 13.5, 12.1, 11.9, 11.6, dan sekarang 11.1. Ermmmm, ni yang buat dee risau ni. So sementara tunggu turn nak jumpa nurse, dee google dulu cara2 nak tingkatkan hb.

Sumber dari bacaan dee di internet, ada mommies yang sarankan makan bayam, hati, dan jambu batu banyak2 tidak lupa untuk elakkan minum teh atau kopi. Ada juga yang berpendapat supaya sebelum pergi check up tu, make sure makan makanan yang mengandungi zat besi. Dan jangan lupa untuk makan iron tablet yang doc bagi. Penting tu!

Dee ada dapat iron tablet sebelum ni tapi tak pernah makan. nampaknya, mulai harini dee akan makan iron tablet tu then makan bayam dan jambu batu banyak2. Sebelum sticker putih bertukar warna...hehe! Btw, dee memang dari kecik x makan daging dan barang2 dalaman seperti hati, pedal dan seangkatan dengannya.

Alaaa...ramai pulak orang harini. Dah la malam tadi x boleh tidur. So, memang sangat mengantuk. Kena pulak dengan aircond + kipas memang buat mata dee nak tutup je. sebab tu la dee rajin bebenor mengapdate blog ni. Boleh hilangkan ngantuk dan secara tak langsung, boleh juga hilangkan nervous dee nak kena cucuk kancing gigi jap lagi. Almaklum lah, dee ni kan penakot! 

Tarikh untuk check up di specialist dee dah tukar pada 23hb ni. Sebab 25hb memang x dapat pergi, suami sangat busy. Yeay! X sabarnya mama dan papa nak tahu perkembangan si comel ni.  Tengah2 duk update ni pon, si comel gerak2 siap dengan wachaaa...flying kick barangkali :). Kadang2 rasa geli pon ada hehe....noty die sekarang, malam tadi dari pukul 3pg sampai subuh duk kick mama. Ajak main lettew....papa pulak pagi ni kena pergi kursus di island. So x mo kacau papa tido, main dengan mama je ye.....:)

Okey lah korang, ada tinggal sorang je lagi sebelum dee. Pasni kompom turn dee. So, tata titi tutu.....hihi

Saturday 19 January 2013

check up mama & baby

Salam dan selamat petang,


Semalam dee dan suami pergi melawat kawan yang baru melahirkan putera ke2. Baby boy yang lahir dengan berat 3.28kg secara normal sangat comel. So, dee x lepaskan peluang untuk tanya pengalaman kawan dee tu bersalin. Katanye 3,4x juga la push baru baby keluar. Siap kena gunting lagi sebab baby besar. Hehe....ngilu juga dee dengar tapi kuatkan semangat sebab dee bercita2 nak melahirkan anak dalam kandungan secara normal. Insya Allah, amin!

Minggu ni kandungan dee dah 22 minggu. Baby is growing well and very active in my womb :). Sejak dee preggy, papa x pernah lupa bagi pesanan ringkas kat baby sebelum pergi kerja. Kata papa : baby papa, manja papa buat ape tu? Papa pergi kerja dulu ye, kita jumpa nanti. Tinggal dengan mama jangan noty2 ye. Love u, muah! Pastu kalu dialog sebelum tidur pulak : baby papa, manja papa buat ape tu (doa tidur, surah alfatihah) gud nite sayang, muah!. sayang sangat papa kat anak comel die ni. Nasib baik fair dengan mama, lepas baby mama pulak. Hihi....So, tak de la mama majok dengan papa. Ekeke....

Sifat penyayang papa memang tak boleh disangkal lagi. Eh! Puji suami sendiri nampak dee ni haha...p/s : Puji suami sendiri dapat pahala tau. So rajin2 la puji suami masing2 ye hehe... Untung mama dan baby. Alhamdulillah! Papa, kami really loveeeeeeee u!

Btw, 21.1.2013 ni dee ada check up dengan klinik kesihatan BTM dan 25.1.2013 check up dengan specialist (KPJ). Dee memang pergi dua2 samada kerajaan mahupun swasta. Dua2 ada kelebihan masing2. So, 21hb ni dee kena suntik utk kancing gigi.  Aduh! selalunya kalu kena ambik darah atau kena cucuk suami dee ada bersama dee.  Sebab dee ni penakot! Tapi kali ni suami dee kerja. Xpe lah....dee pergi sorang je lagipon klinik BTM 3 minit je dari rumah dee dan try kuatkan semangat, bayangkan suami dee ada dengan dee. Harap2 tak sakit la...

Dan 25hb ni pulak, dee kena call specialist mintak awalkan atau lambatkan check up sebab suami dee kerja. Kalau pergi specialist memang suami dee akan ikut sebab die nak tengok anak comel die ni. Biasalah kan, kalau pergi private setiap kali check up, doc akan scan. So, dapat la papa menikmati moment2 indah melihat anak dalam kandungan mama ni. Pastu mula la mata papa berair sebab tersentuh hati dengan kuasa Allah swt. 

Insya Allah kata orang minggu ni dah boleh tahu jantina anak. then boleh la dee dan suami shopping barang2 baby dan barang2 mama berpantang nanti. Ya Allah, tak sabar nye....kompom setiap butik atau outlet baby kami akan singgah. First baby la katakan....:)

Anak adalah anugerah terindah. Ia terhasil atas usahasama suami isteri dan kekuasaan Allah. So, kedua2 wajib bertanggungjawab. Jangan serah pada isteri je, suami juga kena pikul tanggungjawab yang sama. Mudah2an sentiasa di dalam kebahagiaan. Amin! 

Baby! Papa dan mama sayang kamoooo sangat2.  Love! 

Wednesday 16 January 2013

survey jenama2 barangan baby

salam,

jam menunjukkan pukul 12.32am. dee x boleh tidur sebab petang tadi dah terjoin suami tidur. ekeke. suami dee pulak keje. so, dikesempatan ni dee tolong check assignment suami sebelum print sebab esok pagi die nak hantar guna pos laju. assignment ni dah siap 100% tapi kami masih lagi tak confident nak hantar selagi x check plagiarism. selalu kami check guna paperrater.com tapi tiba2 pulak dah x available. ermmmm....fining dan tension dibuatnya! 

tengah duk fining2, dee pon cuci mata barang2 baby. ha! baru sejuk hati ni, fining pon hilang. hehe.....actually, dee memang dah berniat dari awal lagi yang dee nak beli barang baby one set. tapi suami cakap barang2 baby ni terlalu banyak pilihan. nanti tengok brand A suka, tengok brand B suka, C suka kompom semua nak sapu. so, baik survey dulu betul2. okey la mr.mucuk, mama survey sampai lebam ye...hihi.

antara pilihan dee :

dee jatuh cinta dengan babylove sejak dee dan suami pergi expo mom & baby di PISA, penang last year. material yang digunakan memang berkualiti dan cantik. dee tertarik dengan warna2 soft yang digunakan. satu lagi, di babylove ni ada organic pillow dimana sangat bagus untuk baby. btw, ini lah satu2 nya outlet baby yang dee dan suami pernah kunjungi setakat ni. belum ada kesempatan lagi nak survey outlet baby yang lain. bila dah tahu jantina anak kami nanti, baru suami excited nak pergi window shopping merangkap shopping skali...hehe

yang ni pulak di survey dekat facebook. buat pengetahuan korang, dee sebenarnya x tahu jenama2 barang baby. so, dee google cari jenama2 barang baby. bila dah dapat, dee try tengok kat facebook sebab senang sikit dee nak tengok gambar dan komen2 mommies. wah! bumble bee ni memang best lah. sangat menepati citarasa mama dee. tengok la baby tu, comel x hengat kan.....gerammmmm je! so, secara x langsung ini jugak dah jadi aim mama terutama blanket. 

jenama ni pulak, dah lama dee tahu selain avent. tommee tippee ni pasti menjadi pilihan ramai mommies kan. sebab design botol susu yang sangat cantik. so, dee ada 2 pilihan samada tommee tippee atau avent. ape2 pon, tunggu bila kandungan dah masuk 8 atau 9 bulan. ini merupakan persiapan terakhir sebab dee cadang nak breastfeeding baby sepenuhnya. insya Allah!



dee tau, mesti banyak lagi jenama2 barang baby yang dee x tahu kan? so, boleh lah kiranye mommies kongsi dengan dee. btw, untuk set bersalin pulak, dee bercadang nak guna Nona Roguy. ni pon, suami dee yang cadangkan. so, why not dee try kan....according to my research ramai yang cakap bagus dan berkesan. tapi, pastikan dapatkan yang original. 


okey lah, dee nak usha sikit lagi barang2 baby, lepas tu tengok assignment semula buat apa yang patut dan tidur. mama sayang baby! love...

Tuesday 15 January 2013

paw papa lagi..yeay!

Hai everyone!

Dalam seminggu dua ni tekak dee rasa nak makan nando's. Tapi dee ignore je sebab x larat nak pergi shopping mall. Act nando's merupakan makanan fav dee selain steamboat. Masa zaman belajar dekat universiti lagi dee memang suka makan dua benda ni. Dulu masa belajar kalau teringin nak makan, dee guna duit ptptn hehehe.....lepas dah keje kerap la makan. Bila dah kahwin suami terpaksa ikut selera dee. Tapi sejak preggy, baru tadi dapat makan nando's. Steamboat belum lagi. Suami dee kurang suka steamboat. Tak pe, ada masa lagi nak paw papa....hehe. mama dah pakat dengan baby baik punya....:)

Nando's

Mineral water for me

Fav sauces garlic and hot peri-peri

Nice view

Licin papa kerjakan


Hari sabtu lepas, suami ajak pergi sunway carnival sebab nak tengok fear factor. Sempat jugak baby paw kenny rogers roaster hehe...papa pon cakap dah lama x makan kenny. So, okey la kan.....

Kenny rogers roaster

Dee suka mashpotato kenny. Sangat2 sedap.....tapi, muffin selalu x habis sebab dah kekenyangan. So, ade sikit pembaziran di situ :) 

Fear factor at sunway carnival

Papa sempat posing di situ. Nak jumpa aaron aziz katanye tapi xde. Huhu.....lom ade rezeki lagi. Suami dee jadikan aaroan aziz sebagai inspirasi sebab walaupon aaron aziz tu dah berjaya, handsome kompom ramai girls yang sendeng2 tapi die tak mudah lupa, tetap utamakan anak2 dan isteri. Keluarga diutamakan itu yang penting. Kalau suami dee dah cakap macam tu bagus lah....alhamdulillah! Sejuk hati isteri mendengarnya. Hehe.....

Semoga ikatan perkahwinan ini sampai ke syurgaMu....amin!



Monday 14 January 2013

fresh flower dari mr.mucuk

Salam and hola!

Sekarang jam menunjukkan pukul 1.50am. Dee dan suami still belum tidur. Bak kate suami malam ni kite over night sebab nak pulun siapkan assignment. Masa dah suntuk so kena kerja keras sikit. So, suami tengah fokus 100% tu, dee pon fokus 100% pada blog dee. Boleh ke macam tu? Hehe......baby dalam perut ni dari tadi gerak2. Papa selalu kacau die. Tengah duk pulun buat keje pon sempat lagi duk pegang perut mama pastu cakap2 dengan baby. Baby pon bila dengar suara papa bukan main aktif ajak main la tu...hihi comel mama dan papa ni....geram mama dengan die :) 

By the way, tadi dee baca magazine pa&ma edisi februari 2013. Dee memang selalu beli sebab info dalam majalah ni sangat bermanfaat dan baby2 pon comel2. Geram je mama dee tengok tau. Rasa x sabar pulak nak tggu anak comel dalam perut mama ni. Dengan kusyuk dee meneliti setiap helaian tibalah di ms 13 iaitu di ruang komuniti digital. Ruangan ni di petik dari komen2 mommies di facebook. Dee tertarik dengan status pa&ma tentang suami membuat kejutan dengan memberi bunga. Hehe.....bila baca je status ni dee terus di awang-awangan teringat moment2 indah mendapat bunga dari suami dee. Selama 2 tahun 3 bulan perkahwinan kami, dah 3x dee dapat surprise fresh flower. Sangat terharu bila dapat sebab cara suami dee bagi tu penuh dengan kejutan dan bunga merupakan sentimental value yang sangat romantik bagi dee.

Pacific prai 2011

Kami ke pacific sebab nak repair hp suami. Masa tu samsung service centre paling dekat dengan rumah dee di pacific tapi sekarang dah berpindah ke sunway carnival. So, lepas hantar hp kami tengok di ground floor ramai sangat orang. Rupanya ada pertandingan nasyid. Dee dan suami pon tengok persembahan tu. Sedang duk tengok, suami cakap die nak pergi toilet. So, dee cakap okey papa pergi la mama tunggu kat sini je. Lama jugak suami dee pergi toilet masatu tapi dee x fikir ape2 pon sebab mungkin ramai orang dan toilet full. X lama lepas tu, suami dee kembali semula. Dee ajak suami balik coz kepenatan. Suami dee cakap okey tapi jap lagi boleh, sebab papa nak tengok persembahan ni sikit lagi. Lebih kurang 15 minit lepas tu baru lah suami dee ajak balik tp die cakap dekat dee yang die ada nampak baju baby yang cantik masa nak pergi toilet tadi. Sebab dee memang tengah cari dress baby untuk diberikan kepada anak buah suami dee yang baru lahir iaitu airis. So, tanpa berlengah dee pon ikut suami dee. Otw, nak pergi ke kedai baju baby tu dee terbau something yang wangi dekat baju suami dee. So, dee pon mula la fikir bukan2. dee tanya die toilet dalam pacific ni wangi sangat ke? Dan bla  bla bla....tiba2 tengah pot pet lalu depan kedai fresh flower ni, datang sorang amoi dengan sejambak bunga dekat kami dan yes bau yang sama dengan bau baju suami dee. Amoi tu pon bagi bunga tu kat dee dan cakap fresh flower from your husband. Ya Allah! Dee sangat terkejut dan terharu terus rasa sebak. Terasa nak lompat lebih tinggi dan peluk2 suami dee. Tapi cover sebab ramai orang. Sumpah! Dee sangat terharu padahal bukan tarikh yang istimewa pon. Suami dee saje buat surprise dekat dee tanda cinta dan kasih sayang setiap masa katanye. 

Kuala lumpur 2012

Ini pon sama, bukan tarikh istimewa. Kami check in di hotel sebab suami dee ada kelas pada hari sabtu dan ahad. Dee tunggu di hotel sementara suami ke kelas. Hari ahad seperti biasa lah kan kita kena check out paling lewat pukul 1pm. Sedangkan suami dee habis kelas pukul 4pm. So, dee akan tu tunggu di lobi hotel bersama barang2 sampai suami habis kelas. Nasib baik lah lobi hotel sangat selesa dengan sofa, wifi, tv, minuman dan sebagainya. sedang leka dee bermain facebook menggunakan tab. Tiba2 datang dari belakang sekuntum bunga. Terkejut dee dan toleh kebelakangan rupanya suami dee. Hehe.....papa ni memang romantik! Kembang kuncup dee masa dapat bunga ni. X sangka suami dee buat surprise macam tu. I love u so much mr.mucuk yang comel....^_*

My birthday 21 julai 2012

Ini merupakan jambangan bunga yang paling besar dan kejutan yang sangat2 bermakna bagi dee. Sumpah dee langsung x tahu plan suami dee dengan kejutan ni.  Selain bunga ni dee dapat kad birthday, kek dan jersey. Pukul 11.30pm suami dee pergi kerja kebetulan pulak shift malam. So, sebelum pergi kerja tu suami dee dah wish birthday kat dee. Die cakap esok kita pergi makan best ye. Dee pon x kisah sebab cukup lah sekadar suami dee ingat birthday dee dan wish. Itu dah sangat bermakna. Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Brip brip dee dapat msg dari suami wish birthday. Belum sempat dee habiskan ayat untuk membalas msg suami. Tiba2 dengar ketukan di pintu. Dee rasa cuak dan takut. dari jauh dee tanya siapa tu? 30 saat lepas tu baru suami dee jawab papa ni. Dee terkejut dan bila bukak je pintu, suami dah siap dengan kek bersama lilin yang sudah terpasang dan sejambak bunga rose beserta kad birthday. Ya Allah! X dapat dee bayangkan macam mana perasaan dee masatu. Dee menangis dan terus peluk suami. Terima kasih papa di atas moment indah ini. Suami dee nyanyi lagu happy birthday dan dee pon tiup lilin tu dan potong. Dee suapkan suami dee kek dan die suapkan dee. Kemudian suami cakap dekat dee, mama tolong tutup pintu lupa papa nak tutup. bila dee nak tutup je pintu, dee nampak satu paper beg yang cute. Dee tau, ni mesti kejutan papa lagi. So dee ambil dan tengok dalam tu ada jersey. Suami dee memang pandai buat kejutan. Sebenarnya, beberapa hari sebelum birthday dee, dee ada publish dekat facebook yang dee sedang cari jersey real madrid or chelsea. X sangka pulak suami dee concerned. Hehe......alhamdulillah ya Allah, ku bersyukur di temukan jodoh dengan seorang suami yang sangat penyayang dan romantik. I love u so much papa a.k.a mr.ej :)


Bukan nilai barang yang menjadi ukuran. Tapi moment2 indah seperti ini yang tidak ternilai harganya dan dee sangat hargai. Sentimental value dalam sebuat ikatan perkahwinan mengukuhkan lagi kasih sayang antara pasangan. Jangan sebelum kahwin je romantik tapi terapkan lah ia selalu dalam perkahwinan hingga ke akhir hayat kalian. Dee doakan yang terbaik untuk korang dan bercintalah selalu bersama suami isteri ^_* semoga ikatan perkahwinan ini sampai ke syurga. Amin ya rabbal alamin! 

papa request roti cheese

Hye semua dan selamat petang.

Panasnye cuaca harini....kadang tu cuaca redup tapi terasa bahang. Lapisan ozon bumi kita kan semakin menipis. Sebab tu la agaknya. btw, malam tadi dee kepanasan ya amat..... orang kata time preggy memang akan rasa panas macam ni. Aircond dah bukak sampai 23 c tapi still panas. So suami dee pon ambik kipas berdiri tu dan pasang. suami dee kesian tengok dee kepanasan sampai x boleh tidur. Tapi die pulak yang beku kesejukan....pakai comforter pon die still rasa sejuk. Cian suami dee hehe......dee pulak baru boleh tidur, nyenyak sampai ke pagi :)

Korang yang bekerja confirm belum balik keje kan. Manakala yang x keje macam dee ni buat ape petang2 ni? Ha! Jangan cakap sedang syok dibuai mimpi ye sebab tidur waktu petang secara berterusan selama 44 hari boleh gila nanti. Nauzubillah....

Suami dee a.k.a mr.mucuk request roti cheese lagi. Suka sangat die roti cheese sejak dee buat untuk breakfast di awal perkahwinan dulu. Kadang2 tu tengah malam pon nak :) Ni die roti cheese yang dee buat : 

Roti cheese+kacang panggang+sosej

Ala....simple je kan. Celup roti dalam telur pastu masak guna planta. Kemudian letak cheese dekat tengah2 dan letak sekeping lagi roti yang telah dicelup dengan telur dan balik2 kan dan angkat. Suami dee sangat suka cheese, kadang2 die mintak letak 2 cheese. Perghhh....bila cheese tu cair dan melimpah ke tepi2 roti, bukan main selera die makan. Hehe.....

Lepas tu nak tambah menu lagi, korang boleh la masak sosej tu guna planta atau rebus je. Dee prefer untuk masak dengan planta. Dan kacang panggang tu korang just letak je dalam pinggan dan tuang sikit cili sos. Kot2 la korang nak bagi sosej tu rasa pedas. Ha! Senang kan......jangan lupa air panas tau. Terpulang la korang nk buat air teh 0 ke nescafe 0 ke. Baru tercapai misi hehe....

Senyap sunyi taman rumah dee ni. Iyela kan....orang belum balik keje lagi. Budak2 pulak agaknya tengah tidur. Dalam pukul 5.30 atau 6 baru diorg keluar main sebab cuaca pon dah redup. Bila anak2 comel jiran2 dee ni keluar main, memang meriah. Dengar suara diorg jerit2, menangis dan macam2 la. Semua kaum ada....melayu, cina dan india. Kadang2 tu nak gelak pon ada tengok telatah diorg ni. Basikal parking tempat lain tapi orangnya entah mana2. Pastu bila pak cik eskem datang. Masing2 berlari tahan pak cik tu dan mintak duit kat mak diorg sebab nak beli eskem. Hehe......seronok tengok telatah diorg ni. Ada sepasang bff ni budak lelaki cina dan india umur dalam 6 tahun. Sangat comel dan very friendly. Diorg selalu main depan umah dee. Kadang tu dee tegur juga diorg dan diorg pon selalu tegur dee dan suami kalu nampak kami. pernah sekali tu dee tegur : Hye handsome boys! What r u doing? pastu diorg gelak2 dan jawab : hye auntie, fishing.....u c, i got fish, green fish.....(sambil gelak2). Diorg ni main mancing2 depan longkang rumah dee. Haha.....then dee panggil diorg masuk dalam pagar rumah sebab nak suruh diorg basuh tangan. Kotor kot main kat longkang. Nanti cepat kena penyakit. diorg memang bff sejati sebab sentiasa main bersama walaupon sorang india, sorang cina.

Okey la korang, dee nak log out dulu ye...baby pon dari tadi duk gerak2. Take care! :)


Sunday 13 January 2013

cari floral maternity maxi dress

salam semua,

dee tengah cari shop online yang ada jual floral maternity maxi dress. atau ada x orang penang yang tahu kat mana nak cari? maksud dee outlet yang jual dress macam ni. act, 26hb ni dee nak pergi kenduri kawen anak sepupu suami dee. mak buyong pon nak vogue jugak tau ! hehe....

ni antara yang dee suka :







so, kalu ada yang tahu pls let me know ye...much tq! :)

Saturday 12 January 2013

nak buat photoshoot

2011 in perak

Tengah duk godek2 gambar lama, tiba2 terjumpa pulak gambar ni. Ini gambar dee hampir setahun pernikahan kami. Sedang lalu kat kawasan sawah padi ni, dee mintak suami berhentikan kereta sebab dee nak ambik gambar kat sini. Cantikkan sawah padi yang terbentang luas tu.....sejuk mata memandang. Dee ni sangat suka photoshoot. Tambahan pulak bila nak posing tu. Hah! Sampai penat si tukang ambik gambar. Selagi boleh, selagi tu la dee akan try macam2 angel. Memang dee dan camera x dapat dipisahkan. Bila tengok gambar2 lama dee,  ya ampun! memang sah dee ni pantang depan camera. Hehe....bila dah kawen ni, suami dee la yang jadi mangsa jadi photographer x bertauliah. Hehe....nasib baik lah, suami dee memang  sangat suka ambik gambar isteri die ni. Sampai kan, kadang2 tu pendam jugak coz bila gambar candid dee yang memang selekeh gile tahap gaban pon die nak snap, boleh buat kes saman woooo. Hehehe....seni katanye!  

Dah lama x posing....sejak preggy memang jarang sangat dee ambik gambar. camera beli pon simpan je....bukan ape, keadaan dee yang pucat lesi dan jerawat penuh kat muka akibat alahan buatkan dee sendiri rasa x selesa dan rasa nak tampar diri sendiri je. hehe.....bila mengadu dengan suami, die cakap xpe la mama, hormon x stabil. Papa faham...nanti dah bersalin mesti okey balik macam dulu. Dont worry just enjoy your pregnancy journey. So, dee pon x stress sangat bila suami faham dan bagi moral support kat dee. Thank you mr.mucuk ^_*

Actually, dee cadang nak buat sesi photoshoot bila usia kandungan dah 8 bulan dan bila baby dah lahir nanti. Dee masih mencari2 tema dan lokasi untuk photoshoot nanti dan siapakah mangsa photographer sempoi yang akan dilantik. Hehe.....sebab dalam photoshoot tu mesti lah dee nak gambar dee dan suami bersama kandungan tu cantik dan terbaik sebagai memori terindah kami suami isteri yang dah 2 tahun menanti kehadiran cahaya mata. Camera  x pe boleh guna camera dee nikon D3100 hadiah dari suami buat si isteri yang gile bergambar.....hihi. 

Okey la korang, suami dee ajak pergi fear factor kat sunway carnival, penang. Eleh! Suami dee tu macam berani sangat...hihi labah2 tunjuk muka sikit dah lari. Tragedi masa kecik trauma sampai sekarang. Ekeke.....tata titi tutu korang....love!



Friday 11 January 2013

kek kukus coklat

Salam and evening ols.....

Tengah buat ape tu? Hari sabtu ni biasanya depan tv3 la ye layan hindustan...hehe... dee pon tengah layan hindustan sambil2 update blog kesayangan dee ni. Sejak preggy belum lagi pergi window shopping, tawaf satu mall. Hehe.....kalau dulu, hari sabtu time suami x keje memang tu je la keje kami. Bila dah preggy ni dee prefer duduk kat rumah coz x larat nak jalan lama2. Nanti mula la semua sakit datang :)

Mukadimah dee selalu panjang lebar kan. Sebab apa yang terfikir itu lah yang dee akan tulis...kadang2 x de kena mengena dengan tajuk. Haha....layan kan je..

Okey, semalam dee buat kek kukus coklat. Menu dee dapat dari akak ipar dee (kak ina). Dia lah sorang2nya family dee sebelah suami. Yang lain telah dahulu meninggalkan kita. Semoga di tempatkan di syurga...amin! 

Kek kukus coklat ni sangat mudah dan sangat sesuai untuk orang yang baru berjinak2 nak belajar buat kek macam dee. Alhamdulillah! Ianya menjadi....yihaaaaa...kebetulan pulak semalam kawan suami dee datang dari tapah. So dapat juga mereka merasa kek kukus coklat dee yang super duper lazat ni. Eceh! Pasan pulak tu, puji diri sendiri......hahaha...

Kek kukus coklat in progress

suami dee suka sangat kek coklat. So, bila dee buat je kek ni, die siap tolong tau sebab nak make sure dee letak serbuk koko tu lebih. Baru umpppphhh katanye. :) 

kat bawah ni dee share dengan korang menu kek kukus coklat yang simple : 

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak mazola
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat/cair/segar
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe (x letak pon xpe)
3 biji telur

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
-ayak bersama 3x

Cara memasak
Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Kemudian letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Topping 
1 cawan milo
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan air panas
-kacau rata semua bahan/masak dengan api perlahan dan tuang atas kek. Taburkan coklat rise koko. Siap! 

*selamat mencuba.....:)

Thursday 10 January 2013

kain batik

Petang everybody.....

Petang2 macam ni pekena cendol best jugak kan. Haritu dee dan suami ade makan cendol dekat tepi pantai pulau jerejak, penang. Sedap! dan best sangat coz suasana yang sangat santai di tepi laut......dee makan laksa, cendol pulut dan pisang goreng. Suami dee makan nasi lemak. Apa la petang2 makan nasi lemak, x style langsung.... hehe...act, macam2 lagi ada. So orang2 penang boleh la singgah selalu ye :)

Suami dee tengah sibuk buat assignment tajuk 'law equity diversity'. Die kena submit pada 20.1.2013 ni. So, pulun habis la. Dee tolong jugak, tolong tengok. Hehe......x la, just kidding...pasti dee akan tolong suami dee. Yela, kesian die sibuk kerja dan blaja. Dee x keje, so dee haruslah membantu suami dee. Lagipon secara x langsung, dee akan dapat juga tambah ilmu pengetahuan. Knowledge is power right? ^_*

Perghhh! Panjangnye mukadimah. Padahal kalu ikut tajuk entry ni pasal kain batik. Haha....terlebih sudah..okey la, back to basic. Dee dapat kain batik pemberian akak ipar dee. Thank you so much kak ina! really appreciate it....


Jujur dee x pernah pakai kain batik. Ada juga dulu mak bagi tapi dee x pernah jahit. So simpan je dalam almari kat kampung. Entah ada lagi ke x...huhu....kain batik ni akak ipar dee bagi supaya senang dalam pantang nanti. Yela kan, x kan dalam pantang nak pakai seluar...hehe...nanti dee nak hantar pergi jahit. 

Btw, harini ada pasar malam kat taman rumah dee ni. Dekat sangat dengan rumah. Jalan kaki je. So jap lagi nak ajak suami dee pergi memborong apa yang patut kat pasar malam. Baby pon bukan main kuat makan sekarang. asik lapar je dee....nanti dee pot pet lagi ye. Tata semua....have a great evening! :)




Wednesday 9 January 2013

si comel minggu ke 21

Salam semua,

Korang sht? Dee sihat alhamdulillah malah bertambah sihat. Hehe....lately dee banyak google pengalaman mommies bersalin. Seronok juga baca walaupun pada hakikatnya kadang2 tu dee rasa meremang bulu roma. Hehe....almaklum la, sakit melahirkan tu sakit yang paling sakit selepas sakit ketika di cabut nyawa. So sebab tu lah banyak ganjaran pahala yang Allah beri pada kita kaum hawa :) tapi at the same time dee rasa teruja dan semoga dee dapat bersalin normal. Rasakan sendiri pengalaman indah melahirkan anak sendiri walaupon dee ni sebenarnya bukan kuat sangat. Kena cucuk pon dah mengalir air mata. Kadang2 tu bila kena ambik darah, dee siap peluk suami dee dan mata pandang tempat lain. Hehe....punyalah penakot!

Btw, sebenarnya dee nak cerita tentang pergerakan baby comel dee ni pada minggu ke 21. Gerakan atau tendangan baby dee dah rasa sangat kuat. Sampai suami dee pon turut rasa. Semalam bila suami dee letak tangan die kat perut dee, tiba2 die terkejut sebab terasa dekat tangan tendangan baby comel ni. Apa lagi, punya lah suami dee excited sampaikan die x nak alihkan tangan die pastu siap post kat fb.  Hehe.....teruja sangat manja die tendang2 mama. yela kan....sejak tau dee preggy suami dee selalu sangat cakap dengan baby suruh cepat2 tendang perut mama. Pastu asik letak tangan dan telinga kat perut sebab nak rasa dan dengar pergerakan baby. Hihi....papa ni x sabar2 ye...tunggu la nanti baby lahir, baru tahu kena over time jaga baby...hehe..actually, ini tendangan pertama baby yang suami dee dapat rasa. Sebelum ni die x rasa apa2 walaupon dee dah rasa pada minggu ke 19. Tu yang teruja sangat.....^_*

Semakin bertambah usia kandungan, tendangan atau gerakan baby semakin kuat. Kadang2 dee rasa sakit pulak. Bila nak tidur dah mula rasa x selesa. Dee pelik, kenapa kalu dee mengiring ke kiri dee akan rasa penat dan sesak nafas? Tapi mengiring ke kanan ok cuma lenguh. So, dee x sabar nak pergi jupe doc 25hb ni sebab nak scan baby. Pastu nak tanya doc macam2..biasa lah kan, pengalaman pertama. Mesti banyak soalan.....lagipon dee ni memang suka bertanya.

Btw, dee nak tanya. Perut mommies minggu ke 21 ni besar x? Perut dee besar. Orang pon besar...hehe...dan dee rasa sangat berat nak berjalan. Mungkinkah baby dee besar or kulit perut dee tebal. Sebab ada dee baca di internet, kalu kita amalkan minum susu anmum setiap hari, baby akan besar. Betul ke? Tapi dee rasa memang kulit perut dee tebal sebab pengalaman akak dee mengandung 3x walaupon akak dee bersaiz xs tapi perut die tersangatlah besar. Kadang2 tengok die jalan, sangatlah kesian. Dulu terfikir juga, macam mana lah akak bawa perut die yang sangat besar tu??? Hehe.....sekarang baru dee tau....

Ouchh! Tetiba terasa tendangan yang sangat kuat. Aktifnya baby comel mama dan papa ni. Tengah malam memang time baby main ke? Mama pulak x boleh tidur....dan perut terasa tegang dan keras. Pastu sebelah kanan bawah perut terasa sakit. Tapi x pe sayang, biar lah mama x boleh tidur, janji baby mama cergas dan cerdas kan....:) mudah2an..amin!

Mama doakan semoga anak mama lahir tepat masanya pada tempoh 9 bulan, 10 hari dan dipermudahkan proses bersalin. Amin ya rabbal alamin......

Tuesday 8 January 2013

instagram !

salam and good evening uols !



macam mana nak masukkan widget 'follow me' instagram dalam blog ye. dee try buat asik x jadi je....

ada sape2 boleh tolong dee cara yang paling senang?

Actually, dee dah ada acc instagram sejak julai 2012.
Suami dee hadiahkan galaxy tab 2, 10.1.



Tapi, dee jarang bukak sebab simkad internet hanya ada satu. 
Sedangkan suami dee guna internet di lap top.
So bila nak guna tab, terpaksa ambik simkad masukkan ke tab, 
Dan sebaliknya....

Tapi semalam, suami dee dah beli satu lagi simkad. 
So, lepas ni boleh la aktif mengapload gambar di instagram
Hehehe....

Monday 7 January 2013

treadmill for me

salam dan selamat petang,

treadmill by takasima

suami dee belikan dee treadmill rm 2500.00. ini pon secara x disengakan. kami pergi beli barang2 dapur di tesco alma. dalam tesco alma ada kedai takasima. lepas habis memborong barang2 dapur, kami pon pusing2 la dalam tesco tu. pastu nampak kedai takasima. promoter kat situ macam boring je masing2 xde customer. so, dee pon masuk dalam kedai. saje nak usha2 alat2 sukan. sebab dee suka aktiviti sukan macam jogging, aerobic, bowling dan badminton. dulu masa kat kl, selalu pergi jogging, aerobic kat taman metropolitan, kepong dan taman tasek titiwangsa. 

niat hati cuma nak usha2 je dan tanya la sikit2 tentang senaman yang berkesan untuk membakar lemak sebab  berat badan dee dah bertambah. dulu masa sebelum kawen, 49kg je. pastu naik dan terus naik sampai lah yang terbaru 58kg. so, dee cuak gile coz banyak baju dan seluar yang dah x muat. dee selalu mengadu dengan suami yang cutting badan dee x secantik dulu. dee asik rasa rendah diri je. kadang2 bila suami ajak shopping, dee jadi xde mood coz saiz dah bertukar. bila dee ajak suami pergi jogging, die x nak dan x berminat. die prefer main badminton. dee faham kedaan kaki suami dee sejak kemalangan dulu. so kadang2 kalu suami pergi main badminton, dee akan follow main dan kadang2 dee jogging sorang2. 

so, tiba2 suami dee macam beminat pulak dengan treadmill ni. sebab kesihatan tu penting dan kalu ada treadmill kat rumah, maknanya x de alasan untuk tidak bersenam. senaman ni bukan untuk kurus semata2 tapi penting untuk kesihatan kita. dan dengan lalala suami dee tanya dee samada dee berminat x dengan treadmill ni. opkos lah kan, hehe....dee kan suka jogging. 

'okey kalu macam tu, papa hadiakan treadmill ni untuk mama'. terkejut juga masatu sebab suami dee terus je cakap nak booking. so, kami bayar duit pendahuluan dan selebihnya akan di bayar ketika barang dah sampai ke rumah. 

tiba2 bila barang sampai je kat rumah, dee disahkan hamil. ya ampun, nampak gayanya dee x dpt nak rasmikan hadiah suami ni kat dee. maka, suami dee lah yang rasmikan. hehe.....nak buat macam mana. mak buyong kena tunggu habis pantang ye :) 



Sunday 6 January 2013

bila boleh pindah?

Salam dan selamat petang....

Dee boring la...seyes sangat lah boring. Suami dee ke kl sebab die ada exam. Kat sini dee xde kawan. Al maklum la x keje. Mana nk dpt kwn. Kwn2 rapat pon sume area seremban dan kl. Bila la agaknya suami dee dpt pindah kl semula kan??? Dari bulan 6 tahun lepas die mtk, sampai skrg xde keputusan.

Kalau x dpt jugak pindah sebelum baby lahir. Masak lah dee! Mana dee nak bersalin nnt? Mcm mana nak berpantang? Dah la ini pengalaman pertama dee bergelar mama. So macam2 perkara yg dee x tahu dan perlukan bantuan org yg lebih berpengalaman. Bukan ape, kalu dee bersalin dekat penang, mana boleh dee terus gerak balik ke kg dee di n9. Sangat la jauh.....mak dan ayah dee x boleh jaga dee kat sini coz sape nak uruskan kedai. Dlm keluarga dee, dee dan akak je perempuan. Yg lain sume lelaki. So masa akak bersalin x jadi mslh coz die menetap di kl. Kl ke n9 tu dekat. Lepas je bersalin di kl, terus suami akak hantar die blk kg. Tapi kalu dee x boleh buat mcm tu sbb penang-n9 terlalu jauh. Mak dan ayah mertua dee org perak. Tapi mereka dah xde. Pergi meninggalkan kita buat selamanya. Ya Allah, berilah petunjuk......dan apa yang penting, suami dee ade bersama masa dee melahirkan zuriat kami nnt.

Kat sini, samada dee dan suami. Msg2 xde kaum keluarga dan sedara mara yang menetap di penang. Memang selama 2 tahun lebih kat sini, kami survive. Memang agak mencabar merantau di tempat orang tanpa ada bantuan dr siapa2 pon. Segala susah senang kami sama2 ikhtiar. Sebab tu mana2 pergi, ade mr.ej ada lah dee. Ada dee adalah mr.ej. pernah suami dee kena out station di alor star dan kl selama seminggu lebih. Ya Allah hanya Tuhan je yg tahu keadaan dee sorg2 kat rumah. Mcm org gila. Menangis hari2. Kawan,keluarga, sedara mara xde nk teman dee. Dgn jiran2 pulak x baik sejak kes rumah kami di serbu kerana di syaki bersekedudukan, sedangkan kami tlh berkahwin. Ada dee ceritakan pada entry yang lepas. Sebab tu dee beriya sgt nak pindah kl supaya dekat dengan keluarga, sedara mara dan kwn2.

Manusia ni serba serbi yg kita buat ade je yg x kena. Suami bawak isteri kemana saja pergi, org kata isteri queen control. Pastu kalau suami selalu ada kat umah dan tolong isteri kat umah, org kata isteri dah gunakan2 suami. Mcm2 spekulasi org yang berfikiran -ve dan bad attitude ni akan pk. Org2 mcm ni bagi dee taraf pendidikan die sgt rendah, berfikiran cetek dan mempunyai sikap tidak baik dlm diri die. Sbb die membuat penilaian menggunakan nafsu, tidak menggunakan akal fikiran. kalau hati dah busuk, pasti semuanya akan busuk dan nafsu lah sebagai petunjuk. Nauzubillah!

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti ada cara mereka mencorakkan rumah tangga mereka. Hanya die dan pasangan saja yg tahu, apa yg terbaik demi keharmonian dan kebahagian bersama. Jgn mudah terpedaya dgn kata2 org. Sesuatu yg baik yg kita lakukan, teruskan......kerana kebahagian itu hny kita,suami dan anak2 yg rasa :-)

Okey lah, tutup tazkirah ptg hehe..... Malam ni AJL. Rasa2 sape yg akan menang besar ye? Dee x kisah sape pon pemenangnya janji performance kena mantap ye. Tiba2 lapar lg la.....rasanya br je lepas mkn nasi tp dh lapar blk. So, dee nk tutup cite ptg ni dgn serangkap pantun. Eceh! Berpantun pulak ptg2 ni...hehe...

Kalau ade sumur di ladang,
Boleh dee menumpang mandi,
Kalau ade umur yg panjang,
Boleh dee pot pet lagi.

Daaaaaaa.....love!