Monday 31 December 2012

firman - kehilangan


ni antara lagu indonesia yang dee suka dengar. kalu ikutkan, dee kurang suka lagu2 indonesia. dee byk layan malay and english song. btw, lagu ni x de kena mengena pon antara hidup dan mati ye. cuma dee suka dengar muzik, lagu dan sore penyanyi ni. rock gitu! hehe....suami dee pon tahu dee suka lagu ni. so, layan....

lirik :

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

keperluan mak buyong

hai everyone!

Macam mana harini sht ke? malam ni malam terakhir tahun 2012 sebab lagi beberapa jam je dah masuk 2013. so apa azam korang untuk tahun depan? ape2 pon doa dee semoga kalian semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan bahagia selalu bersama yang tersayang ye.

Dee nak share satu berita best ni, tetiba harini masa dee pegang perut terasa gerakan baby la dekat perut. sebelum ni, dee cuma rasa baby bergerak kat dalam perut je, tapi harini dee dapat rasa kat tangan dee. yeay! selonoknye mama...hehe. pasti itu juga pengalaman yang mengujakan buat kali pertama korang bergelar ibu/mak/mama/mummy dan ummi kan. syukur alhamdulillah....anak comel mama ni aktif bukan main lagi die.

Btw, sejak bergelar mak buyong ni. kemana2 pergi mesti bawak barang2 penting ni :

1.
ni buku pink yang wajib di bawa kemana-mana juga pergi. sebab mana la tau kan in case ade pape, so document paling penting ni sebagai rujukan. 

Kenapa ada 2? hehe.....sebab dee pergi check up di klinik kerajaan dan jugak doktor pakar. biasanya dee akan pergi doktor pakar dulu then baru pergi klinik kerajaan sebab tarikh temujanji dengan doc pakar biasanya awal. 

2.
ni ubat atau supplement yang doc pakar bagi. obimin dan juga calcium tablet.

Dulu di awal kehamilan dee makan ubat yang klinik kerajaan bagi coz doc pakar just bagi folic asid je. tapi klinik kerajaan bagi supplement tambahan seperti folic asid, vitamin c dan vitamin B complex. selepas 3 bulan kehamilan, doc pakar bagi seperti gambar yang kat atas tu. so dee follow supplement doc pakar je la kan. semua vitamin yang diperlukan ade dalam obimin tu. so, sekali ngap je la kan.....senang! hehe.....tapi dee mintak calcium tab coz pinggang ni dah macam nak patah rasa. sakit sangat terutama time tido. almaklum la....sebelum preggy dee memang x pernah minum susu. sebab tu la badan dee kurang calcium. so dee perlukan calcium yang secukupnya.  

3.
ape ni? hehe.....ni lotion. oppppss! comel kan baby botak tu? haha.....

Dee kena jerawat banyak kat muka dan alahan gatal2 di belakang badan, tengkuk dan kepala. habis keluar bintik2 merah yang teramat gatal. hari2 mintak tolong suami garu kan. tapi slow2 la kan sebab takut pulak terkena baby comel ni... so, di sebabkan kegatalan yang terlampau. doc pakar bagi dee lotion ni. sapu kat blakang badan. sebelum tido je suami dee akan tolong sapukan, baru lena...hehe sejuk je....

4.
anmum materna perisa coklat memang sedap!

Dee pernah tersalah beli anmum materna yang bukan perisa coklat. ya ampun! memang termuntah. baru bau belum minum. x boleh langsung diterima tekak. bau lembu tu sangat kuat. dah la dee ni baru nak jinak2 minum susu. so, suami dee belikan dee perisa coklat. baru lah tekak dee dengan suka rela menerima. hehe.... untuk pengetahuan semua, dee x pernah bancuh susu ni bila nak minum tau. sebab suami dee yang tolong bancuhkan untuk dee dan baby comel ni. baby ni manja papa sungguh! bila mama bancuh die x mo minum. tapi bila papa bancuh bukan main selera lagi. hehe......

Saturday 29 December 2012

pregnancy journey

salam ahad semua, 

Hari ni 30 disember 2012, so apa yang korang plan? kompom2 la dating kan...esok 31hb dan seterusnya kita akan melangkah ke tahun baru iaitu 2013. dalam tahun 2012 ni penuh dengan suka duka bagi perjalanan hidup yang bernama dee. sekarang dee kat rumah je mengadap tv seharian sebab suami dee masih di KL. insya Allah malam ni sampai la sini. semoga selamat dalam perjalanan pulang. amin!

So, sambil2 layan konsert Awie dan Ella di astro fiesta ni, dee nak share pengalaman dee semasa preggy dari awal dee tahu dee mengandung sampai sekarang 19 mingggu ni. di awal kehamilan, dee x de alahan, makan pon selera. malah bukan main chubby lagi, suami dee selalu sakat dee cakap dee ni bolat la, O la,  cemok la...suami dee ni memang suka menyakat. kadang tu sampai dah malas nak layan tapi kadang2 sentap jugak. hehe....sampaikan arwah abah mertua dee penah pesan kat suami dee jangan sakat dee sangat, nanti nangis pulak dee. dee pon mengadu kat arwah abah, memang dah pernah menangis pon abah. heeee....arwah abah mertua dee ni sangat sporting dan caring. abah memang best lah! so, di sebabkan dee ni selera ya ampun, tapi suami dee pulak yang muntah2, demam dan pening. hehe...terbalikkan? ini bukan main2, ini betul2 tau...heee. kesian pon ade tengok morning sickness suami sampai terpaksa ambik MC. baby mama ni memang bijak, die kasi sama rata. kasi dua2 rasa...hehe. good kid!



Bila dah masuk minggu ke 10 dan seterusnya selera makan dee hilang dan kehilangan 3kg. doc pesan walaupon kurang selera makan tapi cuba makan juga mana yang mampu coz ibu perlukan tenaga. at least roti ke bisut ke. dee cuba untuk makan tapi selera dee memang tersekat sampaikan dengar je pasal makanan, tekak terus kembang. tapi dee x de muntah2. cuma selalu pening. mungkin sebab badan dee kurang vitamin, protein dan sebagainya yang diperlukan. tapi dee kuat makan buah. memang dari kecik dee sangat suka makan buah. x kira la apa jenis buah asalakan namanya buah. hehe....so suami dee akan make sure yang buah sentiasa ada dalam rumah dee. pernah suami cakap "rasa macam dah duk dalam dusun buah2an pulak rumah ni" haha.....sebab setiap kali beli memang banyak dan dalam masa x sampai seminggu habis. so faham2 la ye kenapa suami dee cakap macam tu....:)

Tapi sekarang selera makan dee semakin okey walaupon tak sepenuhnya. ada setengah2 makanan yang dee x tak boleh terima. pastu bau ayam, ikan, sotong dan sebagainya yang belum di masak tu dee rasa mual sangat. baru sekarang dee kerap terasa mual. tak kira masa, tempat dan apa juga yang dee buat selalu rasa nak muntah. pastu siap pening dan demam lagi. so keadaan memang x selesa. mood dee pon mula la asik moody je. sian suami dee, nasib baik lah suami dee faham keadaan dee ni yang sedang mengandungkan zuriat kami. so die layan kan je la kerenah mak buyong ni. tq mr.ej, love u!

Selalunya orang preggy akan kena morning sickness di awal kehamilan iaitu pada trimester pertama, tapi dee kena pada trimester kedua kehamilan. sejak mengandung ni dee memang banyak membaca tentang kehamilan. so dee akan selalu search google tentang isu2 yang berkaitan. ada juga yang mengalami keadaan sama seperti dee. ada juga yang dari awal kehamilan sehinggalah 9bulan pon still mengalami morning sickness. semua keadaan tidak sama pada setiap ibu mengandung. so kita kena redha dan terima dengan hati yang terbuka. as long as suami kita memahami keadaan kita yang sedang mengandungkan anaknya, semuanya tidak akan menjadi masalah kan. tambahan pula pada pertama kali mengandung, pasti macam2 pengalaman baru yang dialami oleh setiap pasangan. so just enjoy your pregnancy journey dear!

Setakat ni dulu ye dee share dengan korang tentang pengalaman dee. nanti masuk trimester ketiga insya Allah dee akan share lagi. 

cerita hari ini


salam semua, 

Harini dee tinggal sorang kt rumah. suami ke KL coz ade kelas...suami dee buat pjj sambung degree. die pergi naik bus coz x larat nak ulang alik ke kl drive sorg2. kalau sebelum dee pregnant dee selalu tukar2 drive dengan suami. dee pon dah biasa bawak kete jauh2, jalan KL pon dee dah biasa coz dulu belajar dan keje dekat sana. ayah dee belikan dee kete kancil masa dee belajar dulu. oh ye, macam2 jenis kete dee boleh bawak tau dari yang kecil sampai la yang besar gajah....relax je kan. suami dee pon terkojut dengan kehandalan dee bawak kete. eceh! pasan pulak tu, hehe.....tapi sejak mengandung ni mmg x larat nak ke sana ke sini, pastu nak drive lg dengan kesihatan yang x berapa baik ni. haritu blk kampung n9 pon lebih 10x berhenti. kesian suami duk melayan kerenah mak buyong ni. nasib baik lah suami dee ni penyayang ya rabb....so die pon dah set kan dekat mind die supaya sentiasa cool melayan kerenah mak buyong. hehe......<untung mak buyong dapat suami yang super duper penyayang ni>

By the way, ptg tadi dee g cuci rambut. sebenarnya x de niat pon nak cuci rambut sebab malas nk kuar rumah. sejak preggy lebih suka melepak dekat rumah dari keluar kena panas pastu asik pening dan nak muntah je bila naik kete. tapi disebabkan suami dee ni manja sgt. die nak juga dee ikut die mana die pergi. so, gagahkan juga lah diri ni demi mu sayang....eceh! hehe....tauke saloon tu nampak je mak buyong melangkah masuk teros ucap tahniah....u pregnant! wah...manyak happy sama u la sambil pegang perut mak buyong. hehe....kembang kempis hidung mak buyong masa tu. sambil tersengih2 manja mak buyong pon cakap tq2 after 2 years of marriage kan. tauke tu ckp lagi, i rasa ni mesti baby boy...then sorang amoi dtg dekat mak buyong dan ckp tahniah meh! i sudah cakap sama u mesti ada punya! u jaga2 first baby kena manyak pantang. i tgk u manyak lasak jalan tak da slow....laju semacam. dalam hati mak buyong, korang ni yang selonok sgt ni dah kenapa?? pastu siap jadi penasihat volunteer lagi haha....suami mak buyong kat sebelah sengih je mcm kerang busuk. ekekeke......

Opppsss! aktif nya baby comel mama ni. terasa die bergerak2 kat dalam perut ni. rindu papa ke syg? esok malam papa balik la ye. cian manja papa malam ni papa xde cakap dengan die ye sebelum tidur. selalu tiap2 malam papa bacakan surah alfatihah dan doa tidur sebelum tidur. harini suara mama ye.....kita sama2 doa supaya papa selamat pergi dan balik ye demi sebuah perjuangan hidup. kita x de siapa pon dekat sini, hanya ada papa, mama dan baby. susah senang pon haya ada kita je, keluarga yang lain semua jauh2. so kita bertiga kena sama2 kuat ye. chaiyok! 

Tetiba mama pulak yang rindu sangat dengan papa. hey la! sehari berjauhan rasa bagaikan setahun. siapa yang x sayang suami kan. tambahan pulak die lah kawan, lawan, ibu bapa, boyfie, dan semua lah. suami dee ni sangat2 manja kan dee. sejak kami kenal sampai lah sekarang die sangat manjakan dee. kalau ade yang x kena dengan cara dee die akan tegur dengan cara berhemah. die x pernah nak tinggi kan suara die pada dee. mungkin sifat penyayang die yang kuat sebab tu walaupun dah 2 tahun lebih berkahwin. die selalu cakap yang die sangat bahagia dengan dee dan rasa macam baru semalam kahwin. syukur alhamdulillah! jika itu perasaan seorang suami terhadap perkahwinannya. kami ni kadang2 tengok macam kawan2. suami dee sendiri bagitahu dee walaupun kita dah berkahwin tapi terapkan dalam perkahwinan ni nilai2 seorang kawan kepada kawannya maksudnya tak semestinya dah kahwin kena skema mcm org dah kahwin. tapi relax je buat mcm kita berkawan tapi dalam masa yang sama taat pada suami dan kasih pada isteri. baru lah kita akan  sentiasa di alam percintaan. sempoi kan suami dee? hehe....die memang best gile. untung dee...eceh! pasan lg :)

Eh! dapat msg la dr suami dee. hehe...macam tau2 je kita tengah ngumpat die. die risau mama dan baby sorang2 kat umah. dun wori papa, kami sihat dan dalam keadaan selamat. papa jaga diri kat sana k. kuatkan semangat. 

Alaaa rasa ngatuk yang teramat la pulak, okey la dee rasa memang dah ngantuk tahap gaban ni. x sabar nak tggu esok malam coz papa in the house! yeay...... almaklum la saya dan baby ni dua2 manja papa. bak kata papa 'mama manja papa, baby manja papa....habis lah papa' ekeke....kesian papa mucuk ni....u'r the best la papa! awesome husband! dats y la kami berdua syg kamooooo lebih. hehe.....

nite semua, salam from mrs. ej




Friday 28 December 2012

yeay...saya pregnant !



Kami selamat diijab kabulkan pada 24 September 2010. Selama 2 tahun lebih ini, berbagai dugaan dan pengalaman baru yang kami tempuh bersama dalam melayari bahtera perkahwinan ini. Antara yang paling terkesan ialah apabila ramai yang sering bertanya bilakah kami akan mendapat cahaya mata. macam2 spekulasi yang kami terima. walaubagaimana pun, kami terima dengan redha dan percaya pada Kebesaran Tuhan, Dia Yang Maha Kuasa di atas segala-galanya. 

Kami pernah berjumpa doktor pakar untuk membuat check up samada kami ada masalah atau tidak untuk mendapat zuriat. setelah membuat check up, alhamdulillah tiada sebarang masalah dari mana2 belah pihak samada saya dan suami. masing2 dalam keadaan normal dan boleh mendapat zuriat. doktor menasihati kami supaya jangan tertekan dan menikmati hari2 bahagia bersama suami dengan baik. enjoy hidup bersama dan mungkin ini masa untuk saya dan suami untuk lebih mengenali antara satu sama lain. 

Tanggal 25 september 2012, menjadi sejarah dalam ikatan perkahwinan kami. sebenarnya memang saya sudah lewat 10 hari pada bulan tersebut. tapi, disebabkan tidak mahu berharap sebab pernah terjadi sekali, jadi saya biarkan sahaja. tetapi, atas naluri kuat seorang suami yang sering berharap dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata, maka suami pergi membeli UTP di farmasi berdekatan rumah kami. 

Ya Allah, alangkah terkejutnya kami apabila melihat UTP menunjukkan 'double line'. saya seakan tidak percaya dan melihat suami yang sedang mengalirkan air matanya. saya peluk erat suami dan memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi. suami mencium dahi saya sambil menangis dan dengan tiba2 hujan turun dengan lebat. Ya Allah, hujan rahmat! syukur padaMu Ya Allah.

Bagi mendapatkan kepastian, suami mengajak saya segera untuk ke klinik. doktor juga mengesahkan saya pregnant. suami lah insan yang paling gembira ketika itu sehinggakan dia tidak sabar lagi untuk memberitahu ahli keluarga kami. tiada apa yang lebih membahagiakan hati seorang isteri melainkan melihat suami tersenyum gembira seperti itu. Ya Allah, sesungguhnya dia lah suami ku dunia dan akhirat.

Alhamdulillah akhirnya kami bakal menimang cahaya mata, insya Allah pada 22 Mei 2013, Anugerah yang paling bermakna dan terindah selama kami bergelar suami isteri. terima kasih Allah!



baby yang comel

selalu lah tengok baby yang comel2 ye semasa anda mengandung. mana tahu, terkenan akan kecomelannya. hehe.....memang geram mama tengok gambar baby2 ni. rasa nak cubit2 je pipi tu. 







amalan doa


Maksudnya:

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat. 

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puju bagi Allah Tuhan semesta alam.


anak comel minggu ke-19


salam semua,

minggu ni usia kandungan dee dah 19 minggu kalu ikut kiraan kinik kerajaan la kan, tp kalu ikut kiraan private hosp dee br 18 minggu sebab doc akan tolak seminggu. tapi x kisahlah kan mana2 pon okey janji anak dee sihat, sempurna sifatya dan celik akalnya serta comel. hehe. btw, dee demam pulak. kesian kat anak comel mama dan papa ni. mesti die pon demam. dah 2 hari demam dan dee pon dah g klinik. doktor bagi ubat yang boleh ibu mengandung makan. alhamdulillah hari ni sihat rasa badan dan dah tentu anak comel dee ni pon sihat kan.... masuk minggu ke 19 ni dee dah rasa gerakan baby comel ni. tapi seperti denyutan halus. belum betul2 rasa die menendang perut dee. papa die dah x sabar nak baby die tendang2 perut mama. hari2 duk cakap dengan anak comel ni suh cepat membesar dan tendang perut mama sebab papa xcted nak tgk perut mama kena tendang. hehehe.....mcm2 la papa ni kan, almaklum la 1st baby kami setelah 2 tahun mendirikan rumah tangga. syukur tidak terhingga kami panjatkan kepada Maha Pencipta di atas kurniaan ini. zuriat kami bersama.....

2 hari lepas dah pergi check up. dee pergi buat check up dekat klinik kesihatan BTM,penang dan jugak KPJ, penang. ade orang tanya dee knp pergi dua2 skali? sebenarnya niat ni nak pergi buat check up dekat KPJ je, tp atas nasihat kwn2 yang berpengalaman.....ade yang suruh dee pergi check up dekat kerajaan jgk. so disebabkan dee pon srt buat masa ni so dah tentulah banyak masa dee terluang. so why not dee isi masa tu untuk gunakan sebaiknya kan demi baby comel mama dan papa ni. 

okey lah! panjang pulak celoteh mama harini. hehe.....nanti dee update lg perkembangan anak comel ni ye. insya Allah 22 May 2013 lahir lah zuriat dee dan suami. mudah2an semuanya selamat dan sempurna. amen!

Wednesday 26 December 2012

perkembangan bayi dalam kandungan

Perkembangan Bayi Minggu 1
Lapan hari selepas persenyawaan,
blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Nota Hamil : Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari.
Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan
kecacatan janin seperti spina bifida.

Perkembangan Bayi Minggu 2
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari.
Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh
dengan kukuh pada endometrium.

Nota Hamil : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi
asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan
bayi yang sihat.

Perkembangan Bayi Minggu 3
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm.
Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Nota Hamil : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju atau susu.
Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria.
Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan. Digalakkan juga memakai stokin, serta baju panas. 

Perkembangan Bayi Minggu 4
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang.
Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)

Nota hamil : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan
ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan. 

Perkembangan Bayi Minggu 5
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya
masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan
bertukar menjadi jantung.

Nota Hamil : Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.
Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

Perkembangan Bayi Minggu 6
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut.
Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat.
Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng
dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Nota Hamil : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi.
Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas. dan kebiasaannya gatal-gatal akibat pengelupasan kulit seluruh badan. Nasihat saya jangan garu dengan kuku atau benda tajam sebaiknya sapukan losyen sepelas mandi atau ketika kulit terasa kering. Banyakkan minum air mineral.

Perkembangan Bayi Minggu 7
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.

Nota Hamil : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu,
jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini.
Anda juga mudah berasa letih. Banyakkan berehat bagi mencapai keselesaan.

Perkembangan Bayi Minggu 8
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk.
Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Nota Hamil : Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak. Digalakkan memakai pantyliner dan menggunakan pencuci khusus alat sulit untuk keselesaan. Serta kerap menukar seluar dalam yang bersih.

Perkembangan Bayi Minggu 9
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan.
Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Nota Hamil : Berat badan ibu mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan
berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Berhati-hati memilih makanan yang sesuai pada ketika ini, kurangkan makan karbohidrat kerana boleh menyebabkan badan si ibu meningkat. Sebaiknya ikut nasihat doktor cara bagaimana pemakanan yang sesuai untuk anda. 

Perkembangan Bayi Minggu 10
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari
yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Nota Hamil : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Perkembangan Bayi Minggu 11
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidak
normalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Nota Hamil : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Perkembangan Bayi Minggu 12
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Nota Hamil : Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

Perkembangan Bayi Minggu 13
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Nota Hamil : Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Perkembangan Bayi Minggu 14
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.

Nota Hamil : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

Perkembangan Bayi Minggu 15
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Nota Hamil : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Perkembangan Bayi Minggu 16
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Nota Hamil : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Perkembangan Bayi Minggu 17
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.

Nota Hamil : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa. Pemilihan baju serta seluar juga perlu ditukar. Jangan memakai pakaian yang ketat seperti jeans. Namun anda masih boleh bergaya kerana dipasaran terdapat banyak seluar untuk ibu hamil yang seakan sama dengan pakaian casual yang anda pakai sebelum mengandung. Begitu juga dengan bra, dan seluar dalam anda perlu menukar kepada saiz yang lebih besar atau yang selesa.

Perkembangan Bayi Minggu 18
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Nota Hamil : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sama seperti apa yang saya katakan tadi digalakkan menggunakan panty liner dan kerap menukar seluar dalam yang bersih.

Perkembangan Bayi Minggu 19 
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi.
Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Nota Hamil : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

Perkembangan Bayi Minggu 20
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.

Nota Hamil : Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.





Perkembangan Bayi Minggu 21
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.

Nota Hamil : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Perkembangan Bayi Minggu 22
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.

Nota Hamil : Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

Perkembangan Bayi Minggu 23
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.

Nota Hamil : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema. Untuk melegakan kaki yang bengkak cuba rendam dengan air panas 5 – 15 minit setiap hari sebelum tidur.

Perkembangan Bayi Minggu 24
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik, lagu atau bacaan Al-Quran.

Nota Hamil : Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini. Jadi kawal pemakan harian anda.

Perkembangan Bayi Minggu 25
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Nota Hamil : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan serta ayat-ayat Al-Quran.

Perkembangan Bayi Minggu 26
Bayi mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.

Nota Hamil : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru. Seperti nasihat saya sebelum ini anda perlu menukar saiz bra, seluar dalam dan elakkan memakai pakaian yang ketat.

Perkembangan Bayi Minggu 27
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa

Nota Hamil : Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.

Perkembangan Bayi Minggu 28
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.

Nota : Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.

Perkembangan Bayi Minggu 29
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.

Nota Hamil : Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal. Ingin tahu bagaimana memilih bantal khusus untuk ibu hamil serta cara posisi yang baik sila dapatkan Buku Dairi Hamil yang terdapat diruang Kedai Buku Onlinedalam page ini.


Perkembangan Bayi Minggu 30
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.

Nota Hamil : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

Perkembangan Bayi Minggu 31
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.

Nota Hamil : Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Perkembangan Bayi Minggu 32
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.

Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

Perkembangan Bayi Minggu 33
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.

Nota Hamil : Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Perkembangan Bayi Minggu 34
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.

Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.

Perkembangan Bayi Minggu 35
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.

Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Perkembangan Bayi Minggu 36
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.

Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Perkembangan Bayi Minggu 37
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.

Nota Hamil : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.

Perkembangan Bayi Minggu 38
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.

Nota Hamil : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Perkembangan Bayi Minggu 39
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.

Nota Hamil : Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital. Banyakkan berselawat nabi serta berzikir untuk membantu keresahan.

Perkembangan Bayi Minggu 40
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.

Nota Hamil : Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran. Pastikan suami anda menemani anda pada saat ini.