Sunday 2 June 2013

part 2 - delivery in the operating room

2.00pm - sedang lena dibuai mimpi indah, tiba2 datang sister berbangsa cina dan agak tua, sedikit kelam kabut kejutkan dee supaya minum ubat yang diberi. Suami pulak pergi solat jumaat belum balik lagi. Then sister suruh dee baring atas katil coz dee akan di bawa segera untuk epidural. Dalam keadaan serabut tu...dee mintak jasa baik sister untuk tunggu suami dee balik. Tapi, die cakap nanti die akan call suami dee bagitahu di mana dee. Arghhhh! Serabutnya die ni......huhu

Okey, sampai je tempat nak cucuk epidural tu. Kena pindah katil. Tapi dee tak perlu bergerak. Nurse2 ada cara untuk pindahkan pesakit tanpa perlu turun dari katil. Then dee kena tunggu turn. Maka sampai lah suami di sisi siap berpakaian serba hijau. Dah macam doctor pulak.

Di ruang menunggu

Doctor mohd rizal

Muka dee sangat sembab dan nervous. Walaupon terukir senyuman di situ, tapi dalam hati.....Tuhan saja yang tahu. Doctor konon2 ni pulak punyalah excited nak jumpa anak kesayangan. Siap boleh peace di situ. Huhu.....

Tak lama lepas tu, dee di bawa masuk ke satu bilik khas untuk epidural. Manakala suami diminta untuk tunggu di ruang menunggu. Dalam 20 minit jugak lah dee terkebil2 sorang2 kat situ then datang 2 orang pembantu doc sorang lelaki dan sorang perempuan. Diorang siapkan apa yang patut. Kemudian datang doc pakar bius. Huh! Hati dee dah mula berdegup kencang. Ketakutan menguasai diri. Tapi nasib baik mereka bertiga sangat supportive. Dee di layan seperti adik manja....yehuuu!

Mulanya doc drip di tangan kiri. tak rasa sakit langsung! selalu kena drip merengek jugak dee. Sungguh halus kerja doc pakar bius ni....Then dee di suruh duduk. Arghhhh! Semakin berdegup kencang bila doc cakap dengan nada memujuk : mardhiana, saya nak masukkan ubat epidural ye. Tak sakit pon.....tarik nafas ye...huhu. pembantu perempuan tu berada di depan dee sambil memegang bahu dee. So, dee dengan selamber memeluk pinggang die untuk mencari kekuatan. Sebab suami masih belum dibenarkan masuk. Dengan bismillahirrahmanirrahim terasa something masuk di tulang belakang dee. Sakit jugak lah sampai merengek2 dee kat situ. Dengan tiba2 kaki terasa panas dan kebas. Kemudian, terus tak rasa apa2 dan dee dibaringkan....

Dalam 20 minit lepas tu......dee di tolak masuk ke bilik pembedahan.

Ya Allah, first time menghadapi situasi seperti ini bagaikan nak tercabut nyawa dari badan. Masuk je dalam bilik tu, perasaan bercampur baur. Ketakutan menguasai diri. Bilik itu sungguh luar biasa! Suhu bilik pembedahan yang sangat sejuk menyebabkan dee menggigil sampai tak boleh nak cakap. 

Dalam bilik tu ada dekat 5-6 orang. Siap berpakaian seperti zoro bewarna hijau. Tiub untuk saluran kencing dimasukkan. Tapi dee tak rasa apa2 pon. Cuma nervous yang melampau sampai monitor degupan jantung dee sangat lah kuat.

Semua sudah siap! Tapi dr. Idris masih belum sampai. Kelewatan sedikit nampaknya YB dun ijok ni...huhu dan dee pulak ada lah dekat 10x tanya, mana suami saya? Nampak tak kat situ. Suami sangat2 lah diperlukan ketika itu. Huhu.....

Bila dr. Idris sampai je, suami pon dibenarkan masuk. suami dee duduk di sebelah kiri dee. Kain di diletakkan betul2 hampir dengan muka bagi menghalang dee untuk direct nampak proses pembedahan tu. Then doc tanya : ada rasa apa2 tak? Yes! Epidural tu memang sangat berkesan. Suami di sebelah menyembang dengan dee. Entah apa lah tajuk perbualan kami. Yang penting, dee tak fokus pada pembedahan tu. Almaklum lah, dee ni kan penakot!

doctor bius yang standby dalam bilik tu pon cakap : dah mula ye mardhiana.....ada rasa apa2 tak? Tak doctor dengan nada suara yang penuh pengharapan agar segalanya berjalan lancar.

Tak lama lepas tu, suami dipanggil untuk melihat proses mengeluarkan si comel dari rahimku. Punyalah papa excited....terus meninggalkan mama terkebil2 di situ. Papa mengambil beberapa keping gambar kelahiran anak yang di tunggu2 selama ini. Dan mama dapat mendengar suara tangisan  si comel. Ya Allah! Nikmat pendengaran yang sangat luar biasa dee dengar selama 28 tahun bernafas di muka bumi ini. Suara tangisan yang membawa sinar kebahagiaan, kegembiraan, kesyukuran. Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah.....tidak dapat diungkapkan dengan kata2 betapa suara tangisan itu membawa 1001 makna dalam hidup kami suami isteri.

Si comel di bawa berjumpa mama....pertama kalinya, dee dapat melihat anak yang dikandung selama ini dan mencium, menyentuh kulit mulus mu sayang. Hati mama bagaikan terhenti kerana sangat teruja melihat kecomelan mu. Sungguh comel dan putih anak mama! Sempurna sifat mu....alhamdulillah (papa sibuk mengambil gambar)

Moment indah

Selepas 5 minit, si comel dan papa hilang dari pandangan. doc memulakan jahitan. Suddenly, dee terasa sakit dan merengek kesakitan. Bukan sakit di tempat yang dipotong, tapi di bahagian perut. Dr.bius menenangkan dee dan memasukkan ubat. 

Dee separuh sedar masa dee ditolak keluar dari bilik pembedahan dan di bawa ke satu tempat. perkataan pertama yang keluar dari mulut dee ialah 'pedih'. Mulut masih lemah berbicara, mata juga masih belum boleh bukak sepenuhnya. Tapi pedih yang dee rasa di perut sangat terasa. Maka, nurse yang jaga dee masatu bagi dee tambahan pain killer. 

Setelah dee sedar sepenuhnya, dee pon di tolak masuk ke dalam wad single room. Tecari2 mana anakku? Mana suamiku? Dalam 5 minit lepas tu, suami dee datang bersama mak dan adik. Ku cium tangan mak, dan mak cium dahiku. Alhamdulillah semuanya selamat kata mak. Ku pandang wajah suamiku, bergenang air matanya bersyukur di atas segalanya. Alhamdulillah!

Ward single room

Papa tido di atas sofa tepi tingkap tu

Ratu alana sedang lena tidur

Pukul 12.30am terdengar pintu bilik di buka, ya Allah! anakku sudah sampai....Barulah mama dapat melihat dengan jelas anak mama setelah terpisah beberapa jam. Si comel sedang lena tidur dengan badannya di bedung erat. Terus suami dee dukung dan peluk cium anak kami. Kemudian suami beri pada dee. Buat pertama kali dalam hidup dee mendukung bayi. Anak sendiri pulak tu......sangat indah detik itu! ^_^ ratuku, nyawaku.

Ratu alana fresh tak sampai sehari lagi
Pipi ratu lebam sebelah kanan kerana proses bersalin. Sekarang dah okey....:)

So, sampai di sini saja pengalaman dee melahirkan ratu alana. Semoga anak mama dah besar nanti, bila baca coretan mama ni. Anak mama akan sentiasa kasih dan sayang pada mama dan papa. We love u so much darling! Ourqueen, oursoul ^_^

Nanti dee share gambar2 ratu alana dari awal kelahiran sehingga 1 bulan ye.

Total semua bil hospital mama dan ratu alana ialah 11k lebih. Yahoooo!

Ikhlas,
Mama ratu alana

0 comments: