Tuesday 16 July 2013

Ratu Alana check up 2 month

salm and hi!

harini Ratu Alana dah 2 bulan 7 hari. semalam alana kena cucuk, ukur lillit kepala, ketingian dan timbang berat. alhamdulillah semuanya ok. yang paling dee happy berat alana dah naik. sebab masa umur alana sebulan, berat die turun. lahir 2.88kg, berat 10hari 3.5kg, berat 20hari 3.5kg, berat sebulan 3.39kg dan now dua bulan 5kg uols....hihi naik dengan jayanya!

Before ke klinik
Cinta hati mama & papa

Merah padam muka alana masa kena cucuk. menangis bukan main kuat lagi. misi bagi ubat demam sebab die cakap cucuk ni akan menyebabkan demam. semalam lepas alana kena cucuk memang rasa badan die panas sikit. lepas makan ubat tu, alhamdulillah harini sihat seperti biasa. btw, semalam papa yang pegang alana masa kena cucuk tu sebab mama x sanggup tengok jarum tu singgah di peha gebu alana. tq papa alana! :)

apa yang dee perasan, sekarang alana dah pandai hisap2 jari die siap bunyi lagi. lepas tu kalau tidur suka cakap2 (bahasa die la)....hehe. alana jugak garang, dah pandai nak mengamuk2. bak kata papa : sebijik macam perangai mama. opppsss! papa ni saje je kan. nak cakap yang mama ni panas baran lettew. hokey! yang buruk mama, yang baik papa...haha

semakin hari, semakin sayang mama kat anak mama ni. tidak terungkap dengan perkataan bagaimana rasa kasih dan sayang seorang mama kepada anaknya. jangan sesekali pisahkan anak dengan ibu, begitu juga anak dengan ayah. semoga kami bertiga sentiasa di dalam kebahagian dan rahmatNya. wang ringgit bukan segala2nya tapi kebahagian dan kasih sayang. kerana ia merupakan nadi dalam ikatan kekeluargaan.

okeylah! alana dah bangun tu, nak susu lettew.....off dulu. daaa~

0 comments: