Monday 8 July 2013

Ratu Alana progress

salam and hi everyone!

sebelum dee celoteh panjang lebar, dee nak jamu mata korang dengan gambar dua insan kecintaan dee. taraaaa~
dua insan kecintaan hamba
ratu alana with papa

lain betul wajah my baby masa lahir dengan sekarang. masa lahir, mata die sepet dan hidung kembang. sekarang, mata die bulat dan hidung mancung. betullah kata mak dee. baby akan berubah2 wajah die sebanyak 7 kali. ohoho....cuma rambut die je sama. ekeke....kerinting hihi

alana demam harini. tapi tak panas sangat. so, dee tampalkan cool fever dekat dahi alana. mak dee cakap, baby kalau nak pandai buat sesuatu die akan demam. mungkin alana demam sebab tu coz banyak benda yang alana dah pandai....teruskan membaca ye :)

lagi 2 hari Ratu Alana akan masuk 2 bulan. sama tarikh dengan first ramadhan pulak tu. sekejap je masa berlalu kan. sedar tak sedar my little angle dah semakin membesar dan yang paling best perkembangan yang sangat memberangsangkan. very good girl anak mama ni. love you sayang :)

okey, dee nak share perkembangan my little angle Ratu Alana setakat ini :

- masa alana 1 bulan lebih, alana dah pandai angkat kepala dan pusing dari kanan ke kiri dan dari kiri ke kanan kalau mama meniarap kan die. dan kaki die yang kuat melonjak, buatkan die bergerak sedikit kehadapan. first time mama tengok, mengalir air mata mama kegembiraan. dee siap tepuk tangan dan die seolah2 faham yang mama sangat happy. so, alana hadiahkan mama senyuman yang sangat manis. anak mama memang sangat pandai! actually, keluar saja alana dari perut mama. bila mak dan akak dee dukung alana. die dah boleh angkat kepala die tau. mak dan akak dee terkejut coz baby baru lahir dah boleh buat macam tu. mungkin sebab masa dee mengandung, dee amalkan makan calcium tablet. sebab tu tulang alana kuat. dan masa dee dalam pantang, masa mak dee mandikan alana. kaki die dah melonjak2 dalam besen. hihi....tulang alana memang snagat sihat dan kuat. alhamdulillah!

- masa tidur alana juga berubah. biasanya dari pukul 8pm ke 11pm tu die tak tidur. dia akan tengok tv uols. seyes! my little angle pandai tengok tv. pastu die akan bangun pukul 6am. tak nak tidur dah. ni ape maknanye? haha...kejut mama dan papa solat ubuh la tu :) so, alana akan bunyi2 macam dah penat duduk dalam bilik dan puas tidur. sampailah mama bangun dan bawak die atas sofa. bukak langsir dan tv. so, die akan relax2 je atas sofa sambil tengok tv. hihi......alana akan tidur balik selepas dee mandikan dan bagi die susu. seyes! alana punya waktu tidur agak teratur macam orang besar pulak :)

- senyuman alana selalu membuatkan mama dan papa rasa nak gigit2 je die. actually, masa alana sebulan setengah lagi die dah pandai senyum bila di agah. bila dee borak2 dengan die atau agah2 die. so, die mesti akan menampakkan gusinya yang comel tu. senyuman alana sangat menawan hati mama. gugur jantung dibuanya! hihi....yang paling best. masa alana tidur dan mama tengah tenung die. mesti die akan senyum. bukan sekali je macam tu. dah banyak kali tau. macam tau2 je yang mama tengah menatap wajah comelnye. hai la anak......awak buat mama gile kalau tak menatap wajahmu walau seminit. :)

- alana pandai berborak jugak. kalau mama borak2 dengan die. die akan bagi respond tapi dengan bahasa die lah kan..hihi. soalan2 dee untuk alana bila die bangun tidur ialah : good morning my angle! how are you today? what is your name? what is your mother's name? what is your father's name? show me your fingers, count with me. then mula la dee ajar alana mengira one - ten sambil kira jari2 die. pastu goyangkan tangan dan kaki die. means sambil bersenam, sambil belajar. hihi. btw, soalan2 yang dee ajukan untuk alana tu. dee akan tolong jawapkan bagi pihak alana. supaya die tahu jawapan kepada soalan2 dee. 

- penglihatan dan pendengaran semakin tajam. dee selalu ajar alana mengira 1 - 10. dari sejak lahir lagi sebenarnya. almaklum lah, cita2 mama nak jadi cikgu atau pensyarah matematik. tapi tak kesampaian. oleh kerana minat yang mendalam tentang ilmu matematik ni. so, jadi cikgu untuk anak sendiri pon kire ok lah kan..hihi. bila dee pasangkan video twinkle2 little star. die akan pandang video tu sambil senyum dan gerak2kan kaki die. bila dee alihkan video ke kanan, die kanan pandang ke kanan dan sebaliknya. yes! anak mama pantas. dan buat pengetahuan korang. die dah boleh buat macam ni masa umur sebulan setengah lagi tau. 

- dan harini dee nampak satu lagi perkembangan alana. Die dah pandai nak mengiring ke kiri. tapi belum boleh mengiring sepenuhnya. tokojut mama tengok....belum masuk 2 bulan lagi. Apa2 pon...good luck sayang!

dee rasa ini je kot setakat ni. mungkin ada yang dee tertinggal. tapi, bila tengok perkembagan alana yang begitu pantas. mungkinkah sebab susu yang alana minum? atau mungkin kah alana memang dilahirkan bijak? atau memang baby semua macam tu? tak kisah lah....apa yang penting, mama dan papa yang sangat happy dengan perkembangan Ratu Alana. 

Sepanjang pemerhatian dee. gelagat alana ni kelakar. Hamboi......! Dah ikut perangai papa pulak ke? Huhu.....habeslah mama, kalu mereka bersatu. Ekeke. Tapi papa cakap : alana ni garang macam mama. Huhu. Garang takpe, jangan ikut baran mama dah. 

tak sabar nak check up alana untuk 2 bulan coz boleh tahu berapa kg dah anak mama ni. pipi die dah dobot, peha dah ketul2. kita tunggu jelah nanti ye.....

okey lah, mata dah ngantuk ni. alana sedang lena dibuai mimpi indah...kesian die demam, mood pon macam tak baik sangat je die harini. cepat sihat ye sayang. mama sayang dan cintakan awak! love u so much...

0 comments: