Friday 17 June 2011

rumah kena rush !?

teringat tanggal 14 feb 2011 pada pukul 1.40am....seperti yg korang sedia maklum, 14 feb tu valentine's day and 15 feb Maulidur Rasul. di mana hari yg buat dee dan suami yakin dengan kebenaran pepatah melayu :

"masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang harimau mengaum"

kami baru berkahwin dan kebetulan suami dee kena transfer dr kl ke penang. di sini, kami tinggal di taman. kami ni bukan jenis yang peramah. tapi kalu ade yang menyapa kami pasti kami akan membalas sapaan mereka dengan senyuman yang sangat sweet. hehe....baru je nak mulakan hidup sebagai suami isteri dan biasakan diri dengan jiran2. kami dah pon difitnah.

jiran sebelah kanan dan kiri kami dah pon berkenalan tapi jiran sebelah kiri kami cina dan sebelah kanan pasangan melayu yang baru berkahwin juga. dorg selalu xde kat rumah coz rumah mak si isteri berdekatan dengan rumah mereka. yang lain2 kami x sempat lagi nak bertegur sapa. lagi pon, rumah dee samada suami ada atau tidak di rumah. tingkap dan pintu sentiasa tertutup. sebab cuaca yang panas dan pasang aircond. salah kami juga mungkin sebab kami terbawa2 cara kami masa hidup di kl dulu. di mana jiran sebelah rumah pon x kenal.

di pendekkan cerita, jiran kami entah yag mana satu buat report konon2 nya kami ni pasangan belum berkahwin dan bersekedudukan. x boleh mereka tegur atau tanya dee dulu sebelum buat report? lagipon, x kan lah dee berani sidai baju depan rumah dengan lalala.....

pada mlm hari kekasih... .jam menunjukkan pukul 1.40am, tiba2 kedengaran org memberi salam sambil mengetuk2 pagar rumah kami. kebetulan kami belum tidur lagi. suami mengintai dee tingkap dan tengok ade orang berjubah dan berserban putih bersama kuncu2nya.  so, suami dee pon pergi la kat pagar...ada 3 org. yang sorg lagi ni sibuk merakam video....nak masuk youtube agaknya. haha. dan terjadilah dialog seperti di bwh :-
suami : ada apa ye?
pak imam : saya dapat laporan, dlm rumah ada perempuan.
suami : (tercengang sambil berkata...) 
memang ada... isteri saya, x pelah masuk la dulu. 

mereka pon masuk dgn perasaan x sabar2 utk cekup kami..
dee pon dengan keadaan x ready almaklum la...duduk kat umah dgn suami je.
x kan nak bertutup likup kot...seksi meksi la masatu....:)
dengan sepantas  kilat dee sambar apa yang ada depan mata dan ambik semua dokumen pernikahan kami. dan dengan perasaan yang sangat bengang dee tunjukkan kat pak imam tu.
setelah diteliti pak imam pon berkata :-
pak imam : mintak maaf la ada salah faham
kami : erm...biasalah tu
pak imam : tapi mereka cakap haritu orang lain, skng org lain
dee : saya ni kdg2 on kdg2 off tudung.
haritu memang rambut saya panjang, tapi skng dah potong pendek....huh ! (difitnah lagi)
pak imam : o.....maaflah...blk dulu

ya Allah sakitnya hati masa tu. kalau di serbu tu dee x kisah lagi sebab mungkin salah kami juga x mesra alam. tapi yang di fitnah ada orang lain memang dee bengang gila. mana x nya, boleh buat gaduh besar suami isteri. buat pengetahuan korang, dee x bekerja so mana mungkin ada orang lain yang singgah di rumah dee selain dee. sebab dee sentiasa ada di rumah. so, moral of da story....mereka sangat concerned pada kami.

bila pak imam keluar je dr rumah kami, baru lah dee dan suami perasan, sebenarnya bukan 3 org sahaja yang nak terjah kami. rupanya ramai lagi kat luar tu !! gileeeee ramai....ade la dlm 10 org. 
pergghhh !! dorg ni prihatin sungguh kat kami, tapi sendiri yang malu.

pengalaman macam ni, bila di fikir2 balik sangat kelakar. tapi sakit ati juga. ape2 pon, pengalaman mendewasakan kita :) sekian.

0 comments: