Saturday 29 December 2012

pregnancy journey

salam ahad semua, 

Hari ni 30 disember 2012, so apa yang korang plan? kompom2 la dating kan...esok 31hb dan seterusnya kita akan melangkah ke tahun baru iaitu 2013. dalam tahun 2012 ni penuh dengan suka duka bagi perjalanan hidup yang bernama dee. sekarang dee kat rumah je mengadap tv seharian sebab suami dee masih di KL. insya Allah malam ni sampai la sini. semoga selamat dalam perjalanan pulang. amin!

So, sambil2 layan konsert Awie dan Ella di astro fiesta ni, dee nak share pengalaman dee semasa preggy dari awal dee tahu dee mengandung sampai sekarang 19 mingggu ni. di awal kehamilan, dee x de alahan, makan pon selera. malah bukan main chubby lagi, suami dee selalu sakat dee cakap dee ni bolat la, O la,  cemok la...suami dee ni memang suka menyakat. kadang tu sampai dah malas nak layan tapi kadang2 sentap jugak. hehe....sampaikan arwah abah mertua dee penah pesan kat suami dee jangan sakat dee sangat, nanti nangis pulak dee. dee pon mengadu kat arwah abah, memang dah pernah menangis pon abah. heeee....arwah abah mertua dee ni sangat sporting dan caring. abah memang best lah! so, di sebabkan dee ni selera ya ampun, tapi suami dee pulak yang muntah2, demam dan pening. hehe...terbalikkan? ini bukan main2, ini betul2 tau...heee. kesian pon ade tengok morning sickness suami sampai terpaksa ambik MC. baby mama ni memang bijak, die kasi sama rata. kasi dua2 rasa...hehe. good kid!



Bila dah masuk minggu ke 10 dan seterusnya selera makan dee hilang dan kehilangan 3kg. doc pesan walaupon kurang selera makan tapi cuba makan juga mana yang mampu coz ibu perlukan tenaga. at least roti ke bisut ke. dee cuba untuk makan tapi selera dee memang tersekat sampaikan dengar je pasal makanan, tekak terus kembang. tapi dee x de muntah2. cuma selalu pening. mungkin sebab badan dee kurang vitamin, protein dan sebagainya yang diperlukan. tapi dee kuat makan buah. memang dari kecik dee sangat suka makan buah. x kira la apa jenis buah asalakan namanya buah. hehe....so suami dee akan make sure yang buah sentiasa ada dalam rumah dee. pernah suami cakap "rasa macam dah duk dalam dusun buah2an pulak rumah ni" haha.....sebab setiap kali beli memang banyak dan dalam masa x sampai seminggu habis. so faham2 la ye kenapa suami dee cakap macam tu....:)

Tapi sekarang selera makan dee semakin okey walaupon tak sepenuhnya. ada setengah2 makanan yang dee x tak boleh terima. pastu bau ayam, ikan, sotong dan sebagainya yang belum di masak tu dee rasa mual sangat. baru sekarang dee kerap terasa mual. tak kira masa, tempat dan apa juga yang dee buat selalu rasa nak muntah. pastu siap pening dan demam lagi. so keadaan memang x selesa. mood dee pon mula la asik moody je. sian suami dee, nasib baik lah suami dee faham keadaan dee ni yang sedang mengandungkan zuriat kami. so die layan kan je la kerenah mak buyong ni. tq mr.ej, love u!

Selalunya orang preggy akan kena morning sickness di awal kehamilan iaitu pada trimester pertama, tapi dee kena pada trimester kedua kehamilan. sejak mengandung ni dee memang banyak membaca tentang kehamilan. so dee akan selalu search google tentang isu2 yang berkaitan. ada juga yang mengalami keadaan sama seperti dee. ada juga yang dari awal kehamilan sehinggalah 9bulan pon still mengalami morning sickness. semua keadaan tidak sama pada setiap ibu mengandung. so kita kena redha dan terima dengan hati yang terbuka. as long as suami kita memahami keadaan kita yang sedang mengandungkan anaknya, semuanya tidak akan menjadi masalah kan. tambahan pula pada pertama kali mengandung, pasti macam2 pengalaman baru yang dialami oleh setiap pasangan. so just enjoy your pregnancy journey dear!

Setakat ni dulu ye dee share dengan korang tentang pengalaman dee. nanti masuk trimester ketiga insya Allah dee akan share lagi. 

0 comments: