Friday 28 December 2012

yeay...saya pregnant !



Kami selamat diijab kabulkan pada 24 September 2010. Selama 2 tahun lebih ini, berbagai dugaan dan pengalaman baru yang kami tempuh bersama dalam melayari bahtera perkahwinan ini. Antara yang paling terkesan ialah apabila ramai yang sering bertanya bilakah kami akan mendapat cahaya mata. macam2 spekulasi yang kami terima. walaubagaimana pun, kami terima dengan redha dan percaya pada Kebesaran Tuhan, Dia Yang Maha Kuasa di atas segala-galanya. 

Kami pernah berjumpa doktor pakar untuk membuat check up samada kami ada masalah atau tidak untuk mendapat zuriat. setelah membuat check up, alhamdulillah tiada sebarang masalah dari mana2 belah pihak samada saya dan suami. masing2 dalam keadaan normal dan boleh mendapat zuriat. doktor menasihati kami supaya jangan tertekan dan menikmati hari2 bahagia bersama suami dengan baik. enjoy hidup bersama dan mungkin ini masa untuk saya dan suami untuk lebih mengenali antara satu sama lain. 

Tanggal 25 september 2012, menjadi sejarah dalam ikatan perkahwinan kami. sebenarnya memang saya sudah lewat 10 hari pada bulan tersebut. tapi, disebabkan tidak mahu berharap sebab pernah terjadi sekali, jadi saya biarkan sahaja. tetapi, atas naluri kuat seorang suami yang sering berharap dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata, maka suami pergi membeli UTP di farmasi berdekatan rumah kami. 

Ya Allah, alangkah terkejutnya kami apabila melihat UTP menunjukkan 'double line'. saya seakan tidak percaya dan melihat suami yang sedang mengalirkan air matanya. saya peluk erat suami dan memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi. suami mencium dahi saya sambil menangis dan dengan tiba2 hujan turun dengan lebat. Ya Allah, hujan rahmat! syukur padaMu Ya Allah.

Bagi mendapatkan kepastian, suami mengajak saya segera untuk ke klinik. doktor juga mengesahkan saya pregnant. suami lah insan yang paling gembira ketika itu sehinggakan dia tidak sabar lagi untuk memberitahu ahli keluarga kami. tiada apa yang lebih membahagiakan hati seorang isteri melainkan melihat suami tersenyum gembira seperti itu. Ya Allah, sesungguhnya dia lah suami ku dunia dan akhirat.

Alhamdulillah akhirnya kami bakal menimang cahaya mata, insya Allah pada 22 Mei 2013, Anugerah yang paling bermakna dan terindah selama kami bergelar suami isteri. terima kasih Allah!



0 comments: