Monday 31 December 2012

keperluan mak buyong

hai everyone!

Macam mana harini sht ke? malam ni malam terakhir tahun 2012 sebab lagi beberapa jam je dah masuk 2013. so apa azam korang untuk tahun depan? ape2 pon doa dee semoga kalian semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan bahagia selalu bersama yang tersayang ye.

Dee nak share satu berita best ni, tetiba harini masa dee pegang perut terasa gerakan baby la dekat perut. sebelum ni, dee cuma rasa baby bergerak kat dalam perut je, tapi harini dee dapat rasa kat tangan dee. yeay! selonoknye mama...hehe. pasti itu juga pengalaman yang mengujakan buat kali pertama korang bergelar ibu/mak/mama/mummy dan ummi kan. syukur alhamdulillah....anak comel mama ni aktif bukan main lagi die.

Btw, sejak bergelar mak buyong ni. kemana2 pergi mesti bawak barang2 penting ni :

1.
ni buku pink yang wajib di bawa kemana-mana juga pergi. sebab mana la tau kan in case ade pape, so document paling penting ni sebagai rujukan. 

Kenapa ada 2? hehe.....sebab dee pergi check up di klinik kerajaan dan jugak doktor pakar. biasanya dee akan pergi doktor pakar dulu then baru pergi klinik kerajaan sebab tarikh temujanji dengan doc pakar biasanya awal. 

2.
ni ubat atau supplement yang doc pakar bagi. obimin dan juga calcium tablet.

Dulu di awal kehamilan dee makan ubat yang klinik kerajaan bagi coz doc pakar just bagi folic asid je. tapi klinik kerajaan bagi supplement tambahan seperti folic asid, vitamin c dan vitamin B complex. selepas 3 bulan kehamilan, doc pakar bagi seperti gambar yang kat atas tu. so dee follow supplement doc pakar je la kan. semua vitamin yang diperlukan ade dalam obimin tu. so, sekali ngap je la kan.....senang! hehe.....tapi dee mintak calcium tab coz pinggang ni dah macam nak patah rasa. sakit sangat terutama time tido. almaklum la....sebelum preggy dee memang x pernah minum susu. sebab tu la badan dee kurang calcium. so dee perlukan calcium yang secukupnya.  

3.
ape ni? hehe.....ni lotion. oppppss! comel kan baby botak tu? haha.....

Dee kena jerawat banyak kat muka dan alahan gatal2 di belakang badan, tengkuk dan kepala. habis keluar bintik2 merah yang teramat gatal. hari2 mintak tolong suami garu kan. tapi slow2 la kan sebab takut pulak terkena baby comel ni... so, di sebabkan kegatalan yang terlampau. doc pakar bagi dee lotion ni. sapu kat blakang badan. sebelum tido je suami dee akan tolong sapukan, baru lena...hehe sejuk je....

4.
anmum materna perisa coklat memang sedap!

Dee pernah tersalah beli anmum materna yang bukan perisa coklat. ya ampun! memang termuntah. baru bau belum minum. x boleh langsung diterima tekak. bau lembu tu sangat kuat. dah la dee ni baru nak jinak2 minum susu. so, suami dee belikan dee perisa coklat. baru lah tekak dee dengan suka rela menerima. hehe.... untuk pengetahuan semua, dee x pernah bancuh susu ni bila nak minum tau. sebab suami dee yang tolong bancuhkan untuk dee dan baby comel ni. baby ni manja papa sungguh! bila mama bancuh die x mo minum. tapi bila papa bancuh bukan main selera lagi. hehe......

0 comments: