Thursday 30 May 2013

part 1 - labour room experience

Beautiful life, precious, thankful

Kandungan dee pada usia 38 minggu 3 hari.

9 May 2013, khamis. Malam tu dalam pukul 9, dee dan suami makan bihun dan mee sup yang kami tapau dari kedai. Lepas makan, kami layan tv. Dee pon tak ingat cerita apa masatu. Tapi, yang paling dee ingat. Suami dee asik la pegang perut dee dan cakap2 dengan si comel supaya cepat keluar coz papa dah tak sabar nak jumpa si comel. Dengan nada memujuk sambil cium2 si comel, papa cakap : cepat lah sayang jumpa papa. Nanti papa bawak sayang jalan2. Papa dah tak sabar nak jumpa anak papa....

Dalam hati mama : papa ni! Biarlah si comel berada dalam rahim mama sampai 40 minggu. Due date pon cantik 22 May 2013. Sama tarikh dengan papa 22 Februari.

Suami dee kerja pada malam tu. Masuk pukul 12am dan balik pukul 8am. Actually, petang lagi dee dah ada rasa sakit perut tapi pada tahap yang sangat minima. So, relax je lah....siap boleh keluar jalan2 cari makan. Tengah suami dee bersiap2 nak pergi kerja. Suddenly, dee rasa sakit perut yang agak kuat tapi masih boleh bertahan. Dee keliru samada sakit perut disebabkan pemakanan tadi atau contraction. Sakit pun suam2 kuku. So, dee biarkan saja suami dee pergi kerja pada malam tu. Suami ada pesan, if sakit berlarutan, cepat2 kol die. Die akan segera balik. Mujurlah tempat kerja suami dan rumah tak jauh. 

Okey, bermulah detik2 indah itu........

2.00am - dee rasa sakit semakin kuat dan on off dalam jarak yang dekat. Tapi dee tak pasti selang berapa minit. So, dee decided untuk kol suami dan ajak pergi hospital segera. Dalam 15 minit suami dee sampai sebab malam jalan tak jammed. Kami terus ke pantai hospital kuala kumpur.

Setibanya di unit emergency, dee di tolak naik wheelchair ke wad bersalin di level 2 dan terus dimasukkan ke labour room. Staff nurse yang jaga dee masa dee admit 2 minggu lepas nampak dee terus cakap : you.....mardhiana rite? (Siap ingat nama lagi hokey! ^_^) Yeah...OMG! You still remember me? Haha.....siap pegang2 tangan lagi macam bff pulak. Nampak tak betapa famous nye dee kat wad bersalin tu. Bukan sorang je, majoriti nurse2 kat situ semua kenal dee. Bahkan cleaner jugak. Huhu....btw, majoriti nurse2 di wad bersalin ialah berbangsa cina dan india dan mereka sangat lah baik dan best....service tip top!


Naik atas katil dan ctg dipasang. Suami duduk di kerusi memerhatikan isteri tercinta sambil senyum kegembiraan mungkin sebab dapat mengagak anak kesayangan nya bakal dilahirkan dalam masa terdekat. Dalam 30 minit lepas tu, datang nurse dan bagitahu contraction dee kuat dan selang 4 minit. Tapi, dee tak rasa sakit sangat pon. Siap boleh borak2, gelak2 dengan suami. Then nurse masukkan ubat kat dubur untuk buang air besar. Sangatlah berkesan! Dalam beberapa saat je terus dee berlari ke toilet. Huhu.....

Bukaan di check. Sudah 3cm rupanya...so, nurse cakap maybe esok pagi puan akan bersalin. Then ctg di pasang kembali sampai ke pagi. Kerap juga nurse datang jengok  dee kat labour room tu siap cakap : you masih boleh bertahan? I tengok contraction you tinggi. Kuat semangat you, siap boleh senyum lagi.....huhu. memang dee tak rasa sakit sangat. Dee pon pelik jugak sebab akak dee cakap masa die nak bersalin anak first, bukaan baru 2cm die dah tak tahan siap mintak epidural. Dee yang jenis badan manja ni pon masih boleh bertahan...hairan bin ajaib!

6.30am, bukaan baru 4cm. Then dee sambung tido. Breakfast pon sampai. so, dengan perut yang kelaparan, dee habiskan wantan mee tu dengan jayanya. Haha....

9.00am dr. Idris ahmad iaitu my gynae datang untuk check bukaan. Masa doc nak check bukaan memang agak kelakar sikit coz  dee terkepit2. Susah doc nak check dan akhirnya dapat jugak doc seluk tapi tak dapat nak pastikan berapa bukaan coz keadaan dee yang masih lagi terkepit2. Sorry lah doc....saya ngilu! Huhu...Suami dee kat sebelah siap pegang tangan dee, bagi semangat lah konon, siap ajar teknik 'tarik nafas....hembus' huhu...then doc cakap saya tak rasa kepala baby. Terlalu jauh.....sepatutnya kepala baby dah dekat bawah dan you dah boleh bersalin. So, saya hantar you untuk buat MRI.

Actually, kena seluk tak sakit pon coz die dah letak jelly. Tapi tak tahu lah kan condition badan masing2. Dan mungkin dee bernasib baik coz tangan nurse dan doc tu ala tomei2 je. mungkin sebab tu tak rasa skit.

Sampai je di bilik x-ray untuk buat MRI. Tetiba rasa nak nangis. Kenapa entah...mujurlah suami bagi kata2 semangat. Nama dipanggil dan Fuhhh! Scary okey duduk dalam tu. Dah rasa macam duduk dalam kubur. Dee langsung tak bukak mata. Nasib baik sekejap je dalam 10minit.

40 minit kemudian, doc idris datang bagitahu yang dee tak boleh bersalin normal. Sebab tulang pelvis dee kecil, ini bermakna laluan untuk baby keluar sempit. Terkejut dee mengeletar lutut. Tak sangka dengan ketinggian dee 158cm dan punggung yang agak urmmppphhh tapi tak boleh bersalin normal. Even dee tunggu 3,4 hari sekalipun, tetap juga kena operate. Huhu......then doc cakap after solat jumaat dalam pukul 3 dee akan dibedah.

Doc suruh suami dee follow untuk tunjuk keputusan buat MRI tadi. Kembalinya suami ke labaour room. Die bagi kata2 semangat pada dee. Kata2 yang membuatkan dee berasa cukup tenang menghadapi situasi seperti itu. Itulah pentingnya suami sentiasa berada di sisi dan memberi kekuatan kepada kita dalam apa jua keadaan. Tq papa!

Tak lama lepas tu, datang pulak doc pakar bius menerangkan pada dee tentang suntikan epidural. Sebenarnya, dee memang tak berani nak lalui sesi pembedahan tu dalam keadaan sedar. Tapi, dee tahu...suami dee sudah lama menunggu untuk melihat sendiri detik2 indah menyambut kelahiran si comel. Dee dapat melihat keterujaan suami dee sejak di awal kehamilan dee. So, demi suami tercinta. dee decided untuk ambik epidural separuh. Walaupon dalam hati ni hanya Tuhan je yang tahu betapa takutnya dee....

to be continue....

0 comments: