Tuesday 7 May 2013

jalan2 cari makan

Heyloooo......

3.04am,

Terjaga dari tidur dan terus tak boleh tidur. Ini lah selalu menjadi masalah pada dee. Pastu pagi esok tidur tak hengat la kan....hihi. bila anak dah lahir nanti, tau la nasib ye.....kompom tak cukup tidur.

By the way, siang tadi suami dee ajak keluar. Almaklum lah, sejak keluar hospital haritu. Mana ada dee keluar kecuali ke klinik dan rumah akak. Suami dee mc 2 hari coz tak sihat. Musim hujan memang mudah kena selesema kan....

So, die ajak dee keluar ambik udara sikit katanya. Asik terperap je dekat rumah. Dan dee pon dah semakin bertenaga. Dah larat lah mengemas rumah....walaupon pagi tadi rasa sakit perut manja2 gitu....dee cakap dekat suami : kalau dah masanya pon takpe, barang dan buku pink dah ready dalam kereta. In case rasa contraction yang kuat masa keluar nanti, kita terus je lah ke hospital. Lagipon kandungan dee dah masuk 38minggu. Alhamdulillah!

Suami decided nak cuci mata sambil jalan2 cari makan di kl festival. 

Pak john yong tao foo

Kami ambik set ni rm6.90. Ada macam2 lagi. Tapi, di sebabkan hari hujan, so dee pilih yang sup ni. Memang sangat sedap.....! Nanti nak try yang lain pulak.

French butter croissant
Rm 4.50

Fav dee french butter croissant tu yang sebelah kiri. Manakala yang sebelah kanan pilihan mr.mucuk. lupa apa namanya....sedapppppp! Pekena pulak dengan horlick smoothie yang dee beli di chatime's....fuuuhhhh! Layan habes...ekeke

Bila perut sudah kenyang, teman suami cari white t-shirt. Die nak guna khamis ni. Then gunting rambut mr.mucuk di ground floor, kwik cut. Hoho...sampai sakit kaki mak buyong. Jalan pon dah macam siput. Cakap dengan suami : ini lah last mama ikut papa jalan2 sebelum bersalin. Memang dah tak larat tahap maksimum. After pantang, jeng jeng jeng.....tau lah nasib papa....hihi

Otw balik, suami teringin nak try makan dekat adam lai chinese food di sri gombak. Tapi disebabkan mak buyong dah kepenatan. So, suami tapau je bawak balik. Kami order nasi putih 2, air tembikai 1, two combination kailan small, fish asam small, salted egg crab small. Total : rm80.00. Huhu......ni 2 orang punya makan daaaa...

Salted egg crab small
Rm 36.00

Hambik ko! Godang lak ai...kus semangat. 3 ekor je pon. Tapi, memang sangat sedap! Korang boleh try....memang tak rugi. Makan hingga menjilat jari uols.....:)

Tq mr.mucuk bawak mama jalan2 cari makan. Bak kata suami : nak makan apa bagitahu je ye, nanti dah bersalin, kena pantang betul2 k. Baiklah papa! (Tau lah kita dah gebas gebus) huhu....

Perut kenyang, hati senang....sekian! *nak sambung tidur, 3.41am. 

0 comments: