Friday 3 May 2013

sedih tak dapat balik mengundi

Sob sob....hi everybody!

Korang mesti dah sampai kampung halaman masing2 kan? Atau masih dalam perjalanan menuju ke destinasi? Al maklum lah! Esok 5.5.2013 kan hari mengundi pru13 bagi rakyat malaysia.

Korang ni dah daftar ke belum sebenarnya? Huhu.....rugi lah pada siapa yang masih belum berdaftar dan lagi rugi pada mereka yang sudah berdaftar tapi tak dapat tunaikan kewajipan macam dee ni. Huhu....sob sob

Dee daftar di kampung dee iaitu di jempol n9, manakala suami pulak di langkap perak. Achaner tu? Nak balik mana satu? Heeee.....malam tadi suami dee cakap : mama, kita tukar tempat mengundi kat sini nak tak? Supaya lain kali dua2 pon boleh mengundi. Errmmmm....bukan tak setuju cadangan papa tu. tapi......rasanya lebih baik kita bantu kampung kita kan dan sekaligus dapat jumpa family tersayang. Kiranya menyelam sambil minum air la. Kat kampung dee time pilihanraya ni memang sangat meriah. Family dee antara yang aktif juga dalam berkempen. Kalau papa nak rasa pengalaman berkempen, jom ke kampung mama. Hihihi.....(goda suami supaya balik kampung dee)

Btw, kami tak balik mengundi bukan sebab sorang n9, sorang perak. Tapi sebab suami dee tak boleh cuti. Die kena kerja dan dee pulak tengah tunggu hari je ni nak deliver. Buatnya tersadai tepi highway kang, tak ke 'nur highway' pulak nanti :) Opppsss! Nauzubillah.....

Pagi2 lagi akak dee dah msg tanya balik kampung ke tak? Akak dee pon tak balik coz suami die berdaftar di kl dan akak dee punya nama tiada dalam senarai mengundi. Huhu.....sangat pelik! Sedangkan die daftar sama dengan dee. Sentap je akak tak dapat balik mengundi. Die suami isteri dah la kuat politik. Nampaknya kena tunggu next election la ye.....

Rindunya suasana di kampung. Mesti meriah gile dengan bendera dan sepanduk parti masing2. Tahun ni, angah dee tak tercalon dalam partinya. Tahun2 sebelum ni, angah dee pernah menjadi calon adun dan parlimen pas. Die ketua pemuda pas dan isteri ketua muslimat pas tapi di dun yang berbeza. Alaaa...kenal masa election ni la. Huhu....Tapi angah dee tak berjaya dalam pilihanraya. Memandangkan bn sangat berkuasa di n9. Bagaimana pula tahun ini? Kita tunggu saja keputusannya nanti....

Sebab tu dee cakap family dee sangat aktif berpolitik dan berkempen. Setiap hari akan ke markas. Kadang kala pergi merayu undi. Pernah dulu ayah ajak kami sekeluarga berarak memegang sepanduk dan pergi mendengar ceramah politik. Huhu.....seronok!

Apa2 pon, siapa pon pilihan anda, berbeza idealogi sekalipon. Kita tetap bersaudara. Jangan pula menjadi musuh sesama kita selepas ini. Undi kan adalah rahsia! Buatlah pilihan yang tepat. Selamat mengundi uols......

0 comments: