Friday 3 May 2013

si comel sangat kurang bergerak

2.16am

Coretan mama ini untukmu anakku yang bernama RAMR (tak boleh bagitahu sekarang, tunggu sayang lahir ye....:)


Mama terjaga dari tidur yang lena. OMG! mama tertidur awal? Ajaibnya sebab selalu mama sangat sukar untuk tidur malam kerana anak yang di kandung ini sangat aktif di malam hari. 

Mama mula berfikir sejenak "anakku juga tidur?" Betul ke ni? Lalu mengusap2 perut dengan harapan dapat merasa gerakan si comel. 

Dengan pantas mama bangun melihat jam....huh! Rupanya baru pukul 1.50am. Ingatkan sudah pagi. Lantas bercakap2 dengan si comel : anak mama tidur ke sayang? Dari siang tadi sayang kurang bergerak. Ingatkan malam sayang akan aktif seperti selalu. Adakah anak mama keletihan sehingga tidur yang panjang. Walaupon, siang tadi papa mengganggumu tidur dengan memanggil2 namamu sambil mencium perut mama dan menggoncangkannya. Oh ye! Papa sangat suka bermain denganmu sayang. Di tepuk2 perlahan perut mama, di cium2 dengan penuh perasaan perut mama, di goncang2kannya perut mama sambil bercakap denganmu sayang....kerana papa sangat terhibur dengan respond yang akan sayang berikan kepada papa seperti menendang perut mama sehingga senget perut mama ke kanan dan ke kiri, mengeliang liukkan badanmu dan sebagainya. Tapi, kenapa sayang? Dari siang tadi sampai malam sayang tetap kurang bergerak tidak seperti selalu.

Ya Allah! Risaunya hati mama ni. Lalu menghantar pesanan ringkas kepada papa yang sedang berkhidmat mencari rezeki untuk kita. Sebenarnya papa kurang sihat hari ini...panadol sudah ditelan 2 biji tapi masih belum baik kemudian soluble. Kesian papa......Papa menenangkan mama agar berfikiran positif dan menunggu sehingga hari esok. Jika masih kurang gerakanmu, papa akan hantar ke hospital untuk check. Hati mama mana yang tak gelisah jika situasi sebegini berlaku. pulak tu, anak yang dikandung selama 37 minggu ini merupakan anugerah pertama dari Allah setelah hampir 3 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Mama memanggil2 mu lagi sayang sambil menggoncangkan perut mama. Tiba2, teringat mama akan bacaan mama di google. Pasangkan muzik kerana pendengaran baby sudah sempurna. Suluhkan cahaya kerana fungsi mata juga sudah sempurna. Baby akan bergerak apabila mendengar sesuatu yang kuat atau cahaya yang mengganggu dirinya.

Sepantas kilat mama memasang lagu 'rapuh' dan 'zikir terapi' dengan kuat, lalu meletakkannya dekat dengan perut mama. Alhamdulillah! Syukur padamu ya Allah, anak mama mungkin baru terjaga dari tidurnya yang panjang. Bergerak sangat aktif seperti selalu. Hati mama sangat gembira dan tenang. Biarlah mama tak boleh tidur kerana terganggu dengan gerakan2mu yang kuat sehingga kadang kala terasa sakit dan ngilu. Apa yang penting, mama tahu anak mama yang comel ini sihat seperti biasa. Alhamdulillah!

Tapi esok, mama tetap akan ajak papa ke klinik untuk mendengar heartbeat mu sayang. Baru puas rasa hati mama ni....

Mama dan papa sangat menyayangimu sayang......love!

0 comments: