Wednesday 1 May 2013

ramli sarip....i lap u lah!

Hi everyone!

Petang ni dah pekena cendol lom? Hihi....dee makan kuih keria vs milo ais. Perghhhh sedapnya, nikmat dunia la katakan. Waktu sihat ni, nak makan apa....silakan! Nanti dah sakit semua pon tak selera. Kadang tu selera ada tapi tak boleh makan...huhu

Ramli sarip, papa rock

Sambil minum petang, dee layan konsert metro kat tv3. Actually dee memang sangat suka tengok konsert. Dulu sebelum kahwin, selalu tengok konsert live kat shah alam, istana budaya dan macam2 tempat la. Kebanyakan tiket di sponser..hahaha...so, memang tak lepaskan peluang la kan.....selain konsert, dee suka tengok teater muzikal. Pon sama juga, memanjang lah dapat tiket free. Tu kelebihan berkawan dengan ramai orang yang bermacam2 perangai. Ekeke...dee ada kawan penari di istana budaya tapi lelaki la. So, memang selalu info dan tiket dapat dari die. Tq lah eriq! Suami dee pon pernah jumpa die sekali, kebetulan terserempak di old town. 

Dalam banyak2 artis kat malaysia ni. Dee hanya suka pada sorang je iaitu Ramli Sarip, papa rock hokey! Dee memang minat gile dengan die. Suara die, lagu2 die, performance die memang mantap! Kalau tak tegak bulu roma dengar die menyanyi, memang tak sah. I lap u lah papa rock!

Suami dee cakap : ramli sarip tu dah tua la mama, pon minat ke? Pastu die orang singapore. Heyloooo papa, tak kisah lah tua ke muda janji mama suke gile dengan papa rock even though die berasal dari singapore tapi die menyanyi dan berkhidmat di malaysia. Hehehe....lain la papa, minat shahir...tak kelassss langsung.!  Bad taste....Muahahaha......puiiii! 

Tapi kan yang sedihnya, dee belum pernah lagi tengok live konsert ramli sarip. Dulu ada konsert ramli sarip di dataran merdeka. Tapi, suami dee tak minat dan kebetulan pulak die kerja. Ermmmm....terlepas peluang! Lain kali dee nak ajak kawan je. Huhu. papa tinggal kat rumah. Hihi....

Papa, cuba la papa tunaikan sekali hajat mama ni....pelis papa! Heeeee 

Okey lah korang! Dah nak masuk magrib ni. tata titi tutu...:)

0 comments: