Thursday 23 May 2013

i am officially a mama ^_^

Salam and hi !

Dah lama dee tak update blog. My baby boo baru je selesai menyusu dan tengah lena tidur. Sejak kelahiran si comel, hidup ini terasa sangat indah dan sempurna. Btw, dee masih lagi dalam tempoh berpantang, baru 13hari berpantang and sesi berpantang ni sangat lah syiokkkkkkk! Haha...(ayat sedapkan hati). Biasalah orang kuat makan, bila semua dah kena control...rasakan! Hihi..nasib baik sebelum bersalin suami dah penuhi semua permintaan. Tq mr.mucuk! :)

Pada 10 May 2013, tepat 3.47pm di Pantai Hospital Kuala Lumpur. Dee selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.88kg secara pembedahan. Dee tidak boleh bersalin secara normal kerana memiliki tulang pelvis yang kecil di mana laluan untuk bayi keluar adalah sempit. Walau bagaimanapun, dee dan suami sangat bersyukur di atas kurniaan ini dan semuanya selamat. Alhamdulilah!

kelahiran si comel mengingatkan dee akan perngorbanan mak dan ayah dee pada kami adik beradik. Baru tau ye....hehe. Nanti dee buat satu entry panjang berjela tentang moment2 indah melahirkan si comel... baca la sampai muntah! Hihi

Sesungguhnya, menjadi seorang mama kepada anak yang dikandung selama 38 minggu adalah sangat mengujakan. Dan dee yakin, korang pon tentu rasa perkara yang sama. Tapi perasaan kami mungkin terlebih sedikit kerana setelah hampir 3 tahun berkahwin, akhirnya lahirlah anak tercinta hasil semaian kasih antara kami  (dee & ej). Keterujaan inilah yang membuatkan dee lebih cerewet dan berhati2 dalam menjaga anak. 

Hidup ini indah bersamamu......

Ratu Alana binti Mohd Rizal


Our Queen Our Soul

0 comments: