Thursday 2 May 2013

check up 37 minggu

Salam and hi !

Okey, pagi tadi dee pergi check up di kk selayang baru. Sampai klinik pukul 10am dan habis segala urusan pukul 12.30pm. Dee dah tak larat nak drive, so suami dee hantar. 

Sampai je kk letak buku dalam bakul di kaunter. Then nurse suruh pergi kencing dulu untuk tengok urine samada okey atau tidak and alhamdulillah okey. Dalam 15minit lepas tu nurse panggil untuk timbang berat dan yes! Berat dee naik lagi 68.5kg. Sungguh bam bam nampaknye mak buyong :)

Nurse suruh dee masuk bilik mesyuarat untuk ambik darah. Nasib baik tak sakit....sebab leka duk berborak dengan nurse2 yang kat dalam bilik tu pasal isu "isteri peluk suami hapus dosa, suami peluk isteri dapat pahala" lebih kurang macam tu la...siap gelak2 lagi. Tu yang dee tak perasan bila masa nurse cucuk. Huhu....kalau tak, mesti bergenang je air mata....

Then kena hantar sendiri sample darah ke makmal. Berjalan la mak buyong ke makmal yang jauh nun di hujung klinik. Tunggu dalam 2 minit je sebab dee sorang je. Dapat result kembali semula ke klinik ibu dan anak. Huh! Berpeluh mak buyong....:) nurse bagi nombor, so tunggu jela nombor dipanggil untuk berjumpa dengan nurse di dalam bilik 1.

Lebih kurang 15minit, nombor dipanggil. nurse check blood pressure dee and heart beat baby serta ukur tinggi rahim then bagitahu result darah okey, hb 12. So, semuanya okey. Alhamdulillah! Dee tanya nurse tu, air ketuban tu macam mana? Nurse cakap : agak keruh tapi tak berbau. Kadang2 ada bunyi pop dan kadang2 tak sedar pon. Tiba2 je dah basah kain. So, segeralah ke hospital. Selain tu, bila ada tanda keluar darah atau contraction yang kerap bila baby mengeras. Details nurse bagitahu info dekat dee. Tq ye nurse yang comel :)

Keluar bilik 1, pergi kat kaunter ambik nombor untuk jumpa doctor pulak coz doc nak scan. Tunggu punya tunggu.....finally! Masuklah dee ke dalam bilik doctor. Bila scan, dee tanya samada baby dah engaged ke belum? Doc cakap sudah.....then dee tanya lagi. Girl ke boy? Air ketuban okey ke tak? Berat baby berapa? Haha.....bertalu2 soalan dee. Doc cakap....i boleh bagitahu baby you okey, semua okey but weight and gender, tak boleh bagitahu. 

Dalam hati dee...pulok??? Scan apakah ini? Doc cakap gov memang takkan bagitahu yang tu coz ada isu. Errmmmm....ok la doc tq so much :) As long as dee tahu baby dee sihat lega rasanya....:)

Next check up 8hb. Dah jadi seminggu sekali. Huhu...

Simptom di usia 37 minggu kandungan dee :

-perut rasa sangat berat dan penuh di bahagian bawah. Rasa macam nak jatuh
-baby kerap mengeras. Kadang2 rasa sakit bila baby mengeras
-terasa gerakan baby di kelengkang
-sakit di peha, betis, punggung dan pinggang
-berjalan sangat perlahan dan cepat penat. Nak kemas rumah pon dah tak larat
-selalu sesak nafas terutama bila nak tidur
-duduk terkangkang sebab tak boleh kepit2 lagi dah
-kerap sangat shi shi dan poo poo. Penat la asik nak berulang ke toilet je
-kerap buang angin. Nasib la ye orang sebelah...hihi
-tidur kanan tak selesa, kiri tak selesa, melentang lagi la kan...sob sob
-mood sangat tak stabil. Nasib baik suami faham. Tq ye :)

So, hope baby tunggu dulu ye sayang. Mama sanggup menahan segala sakit ni demi kebaikan anak mama. Dah 38 minggu ke atas, nak keluar silakan....tapi, kalau baby dah tak sabar sangat nak keluar....tak pe, mama dan papa terima  dengan gembira kehadiranmu sayang. Sebab doctor cakap kandungan dee dah 38 minggu ke atas baru boleh bersalin. Masatu baby dee dah matang. Apa pun, berserah saja pada Allah.

Doakan dee dan baby selamat dan dipermudahkan ye......amin! Papai uols....

0 comments: