Sunday 6 January 2013

bila boleh pindah?

Salam dan selamat petang....

Dee boring la...seyes sangat lah boring. Suami dee ke kl sebab die ada exam. Kat sini dee xde kawan. Al maklum la x keje. Mana nk dpt kwn. Kwn2 rapat pon sume area seremban dan kl. Bila la agaknya suami dee dpt pindah kl semula kan??? Dari bulan 6 tahun lepas die mtk, sampai skrg xde keputusan.

Kalau x dpt jugak pindah sebelum baby lahir. Masak lah dee! Mana dee nak bersalin nnt? Mcm mana nak berpantang? Dah la ini pengalaman pertama dee bergelar mama. So macam2 perkara yg dee x tahu dan perlukan bantuan org yg lebih berpengalaman. Bukan ape, kalu dee bersalin dekat penang, mana boleh dee terus gerak balik ke kg dee di n9. Sangat la jauh.....mak dan ayah dee x boleh jaga dee kat sini coz sape nak uruskan kedai. Dlm keluarga dee, dee dan akak je perempuan. Yg lain sume lelaki. So masa akak bersalin x jadi mslh coz die menetap di kl. Kl ke n9 tu dekat. Lepas je bersalin di kl, terus suami akak hantar die blk kg. Tapi kalu dee x boleh buat mcm tu sbb penang-n9 terlalu jauh. Mak dan ayah mertua dee org perak. Tapi mereka dah xde. Pergi meninggalkan kita buat selamanya. Ya Allah, berilah petunjuk......dan apa yang penting, suami dee ade bersama masa dee melahirkan zuriat kami nnt.

Kat sini, samada dee dan suami. Msg2 xde kaum keluarga dan sedara mara yang menetap di penang. Memang selama 2 tahun lebih kat sini, kami survive. Memang agak mencabar merantau di tempat orang tanpa ada bantuan dr siapa2 pon. Segala susah senang kami sama2 ikhtiar. Sebab tu mana2 pergi, ade mr.ej ada lah dee. Ada dee adalah mr.ej. pernah suami dee kena out station di alor star dan kl selama seminggu lebih. Ya Allah hanya Tuhan je yg tahu keadaan dee sorg2 kat rumah. Mcm org gila. Menangis hari2. Kawan,keluarga, sedara mara xde nk teman dee. Dgn jiran2 pulak x baik sejak kes rumah kami di serbu kerana di syaki bersekedudukan, sedangkan kami tlh berkahwin. Ada dee ceritakan pada entry yang lepas. Sebab tu dee beriya sgt nak pindah kl supaya dekat dengan keluarga, sedara mara dan kwn2.

Manusia ni serba serbi yg kita buat ade je yg x kena. Suami bawak isteri kemana saja pergi, org kata isteri queen control. Pastu kalau suami selalu ada kat umah dan tolong isteri kat umah, org kata isteri dah gunakan2 suami. Mcm2 spekulasi org yang berfikiran -ve dan bad attitude ni akan pk. Org2 mcm ni bagi dee taraf pendidikan die sgt rendah, berfikiran cetek dan mempunyai sikap tidak baik dlm diri die. Sbb die membuat penilaian menggunakan nafsu, tidak menggunakan akal fikiran. kalau hati dah busuk, pasti semuanya akan busuk dan nafsu lah sebagai petunjuk. Nauzubillah!

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti ada cara mereka mencorakkan rumah tangga mereka. Hanya die dan pasangan saja yg tahu, apa yg terbaik demi keharmonian dan kebahagian bersama. Jgn mudah terpedaya dgn kata2 org. Sesuatu yg baik yg kita lakukan, teruskan......kerana kebahagian itu hny kita,suami dan anak2 yg rasa :-)

Okey lah, tutup tazkirah ptg hehe..... Malam ni AJL. Rasa2 sape yg akan menang besar ye? Dee x kisah sape pon pemenangnya janji performance kena mantap ye. Tiba2 lapar lg la.....rasanya br je lepas mkn nasi tp dh lapar blk. So, dee nk tutup cite ptg ni dgn serangkap pantun. Eceh! Berpantun pulak ptg2 ni...hehe...

Kalau ade sumur di ladang,
Boleh dee menumpang mandi,
Kalau ade umur yg panjang,
Boleh dee pot pet lagi.

Daaaaaaa.....love!

0 comments: