Monday 7 January 2013

treadmill for me

salam dan selamat petang,

treadmill by takasima

suami dee belikan dee treadmill rm 2500.00. ini pon secara x disengakan. kami pergi beli barang2 dapur di tesco alma. dalam tesco alma ada kedai takasima. lepas habis memborong barang2 dapur, kami pon pusing2 la dalam tesco tu. pastu nampak kedai takasima. promoter kat situ macam boring je masing2 xde customer. so, dee pon masuk dalam kedai. saje nak usha2 alat2 sukan. sebab dee suka aktiviti sukan macam jogging, aerobic, bowling dan badminton. dulu masa kat kl, selalu pergi jogging, aerobic kat taman metropolitan, kepong dan taman tasek titiwangsa. 

niat hati cuma nak usha2 je dan tanya la sikit2 tentang senaman yang berkesan untuk membakar lemak sebab  berat badan dee dah bertambah. dulu masa sebelum kawen, 49kg je. pastu naik dan terus naik sampai lah yang terbaru 58kg. so, dee cuak gile coz banyak baju dan seluar yang dah x muat. dee selalu mengadu dengan suami yang cutting badan dee x secantik dulu. dee asik rasa rendah diri je. kadang2 bila suami ajak shopping, dee jadi xde mood coz saiz dah bertukar. bila dee ajak suami pergi jogging, die x nak dan x berminat. die prefer main badminton. dee faham kedaan kaki suami dee sejak kemalangan dulu. so kadang2 kalu suami pergi main badminton, dee akan follow main dan kadang2 dee jogging sorang2. 

so, tiba2 suami dee macam beminat pulak dengan treadmill ni. sebab kesihatan tu penting dan kalu ada treadmill kat rumah, maknanya x de alasan untuk tidak bersenam. senaman ni bukan untuk kurus semata2 tapi penting untuk kesihatan kita. dan dengan lalala suami dee tanya dee samada dee berminat x dengan treadmill ni. opkos lah kan, hehe....dee kan suka jogging. 

'okey kalu macam tu, papa hadiakan treadmill ni untuk mama'. terkejut juga masatu sebab suami dee terus je cakap nak booking. so, kami bayar duit pendahuluan dan selebihnya akan di bayar ketika barang dah sampai ke rumah. 

tiba2 bila barang sampai je kat rumah, dee disahkan hamil. ya ampun, nampak gayanya dee x dpt nak rasmikan hadiah suami ni kat dee. maka, suami dee lah yang rasmikan. hehe.....nak buat macam mana. mak buyong kena tunggu habis pantang ye :) 



0 comments: