Tuesday 29 January 2013

keliru dengan EDD private vs gov

> 2.30am,

okey, dee masih belum tidur lagi. mungkin sebab kepuasan tidur malam dan pagi tadi. mana tak nye, malam semalam dee tidur kol 3am sampai 6am. pastu kemas2 rumah sambil tunggu suami balik kerja. disebabkan suami kena kerja 16jam. dia tersangat mengantuk dan kepenatan. so, pukul 10am suami pon nak tidur. dee? dee pon follow la mr.mucuk...haha. dee bangun pada pukul 1.30pm. memang kuat tidur betul mak buyong ni! hehe....mana la x bam bam.

actually, dee tengah baca pengalaman2 mommies bersalin normal. dan tengah duk syok membaca tiba2 terdetik "bilakah EDD sebenar dee?" sebab EDD yang klinik kesihatan kerajaan bagi dengan specialist hospital tak sama. dee pon dah confuse. so, dee belek2 semula buku pink dee. lol! dah 5 bulan, selama ni tak habis belek ke? padahal asik la duk bukak buku pink tu. haha....

dimuka surat hadapan buku pink, gov letak EDD dee pada 22 may 2013. disebabkan dee tak pernah buat scan ultrasound di gov so, dee sangat yakin yang EDD yang gov letak adalah dikira dari tarikh terakhir dee period. Bukan berdasarkan ukuran janin melalui ultrasound. Dan sebenarnya, masa nurse tanya tarikh last period dee ingat2 lupa. Dee pulak kadang catit kadang tak. So, dee main agak2 je la. manakala, tarikh yang doc specialist beri adalah berdasarkan ukuran janin.

dipendekkan cerita, pada 23.1.2013 yang lepas tempoh hamil dee yang ditulis oleh nurse di klinik kesihatan adalah 22weeks. manakala tempoh hamil yang ditulis oleh doc specialist adalah 21weeks. so, ini bermakna EDD dee jatuh pada 2 jun 2013. 

tapi dee tahu, kadang2 masa baby lahir tak sama dengan EDD. ada yang cepat dan ada yang lambat. dah nama pon tarikh jangka kan....cuma yang dee ni beriya sangat nak confirmkan EDD ni sebab bila orang tanya nanti tak de lah dee salah jawab. tak ke gitu? :) nak tahu yang sebenar kandungan dee ni dah berapa minggu. Kita tunggu next check up iaitu pada 20.2.2013. Dee dan suami pon dah tak sabar nak buat 4D scan hihi....

btw, ini gambar mak buyong pada 26hb lalu. sempat lagi posing depan cermin tu! suami dah keluarkan kereta, tutup pintu pagar bagai sebab kami nak pergi kenduri kahwin anak sepupu suami dee di ipoh. 

taraaaa~

ermmmm....baby pon dah kick mama bertubi2. so,mama berundur dulu la ye. mahu beradu bersama si comel. nite korang! < 3.00am


0 comments: