Monday 21 January 2013

kena injection kancing gigi / ATT

sumber dari google

Harini dee menyerah diri di klinik kesihatan BTM. 21 januari 2013 merupakan check up dee yang pertama bagi tahun 2013. 23 januari 2013 pula check up dee yang kedua iaitu di KPJ. usia kandungan dee sudah 22 minggu iaitu 5 bulan. melangkah masuk ke klinik kesihatan BTM terus letak buku pink untuk pendaftaran. bila nama di panggil, buku pink satu lagi akan di attach sekali. itu bermaksud, sesi check up akan bermula. okey, first dee kena urine test dulu nak tahu samada urine kita bersih atau tak. then, kena cucuk dekat hujung jari untuk check darah. alhamdulillah semuanya okey walaupon hb dee semakin menurun ke 11.1 tapi pen still warna biru :)

lepas tu, kena pergi ke klinik ibu dan anak. nurse suruh timbang dan berat dee naik 1kg je iaitu 59kg. then follow nurse masuk bilik. die check tekanan darah dee, 120/80. sementara nurse kira bacaan tu sempat juga dee tanya macam mana cara nak naikkan hb sebab risau jugak next check up akan lagi menurun. so, better prepare dari sekarang. hihi...so, nurse suruh makan iron tablet sambil minum dengan jus oren. bla bla bla....nurse suruh baring coz die nak check kedudukan rahim. tinggi rahim 21cm dan heartbeat baby comel dee 14.9. so, dee tanya lagi, normal bacaan heartbeat baby berapa? nurse cakap 12 hingga 16. so, lega dee rasa coz baby comel mama dan papa ni sihat dan kuat. hihi....alhamdulillah!

so, setakat 5x check up ni semua pen biru. harap2 dapat la dee kekalkan sampai bersalin nanti. dee tak risau tentang diri dee, tapi dee risau akan si comel ni. btw, cerita dee kat klinik belum habis lagi tau.....continue >

Tadi dee kena injection kancing gigi atau dalam bahasa saintifik nya ATT (anti tetanus toxoid). Tujuan injection ini adalah untuk mengelakkan terkena kancing gigi semasa bersalin nanti. For your information, untuk ibu yang first time pregnant akan dicucuk 2x iaitu pada bulan ke 5 dan ke 6, manakala bagi ibu yang pernah pregnant sebelum ni hanya dicucuk sekali sahaja. Kata nurse tadi, hanya klinik kerajaan sahaja yang amalkan suntikan kancing gigi ni. Nasib baik lah dee pergi dua2, so tak de la terlepas peluang untuk suntikan ni.

Tapi kan yang tak best nya, sampai sekarang dee still rasa sakit. Bukan saja sakit di tangan kiri, tapi di pinggang jugak dan rasa tak best kat perut. mungkinkah itu efek yang normal? harap2 macam tu la. Nasib baik tak demam.....alhamdulillah! dah la tadi dee pergi klinik drive sendiri, bila kena cucuk tu kebas tangan sebelah kiri sebab cucuk di tangan kiri. Nasib baik kereta auto boleh jugak la memandu walaupon guna sebelah tangan je. 

Sebelum nurse tu cucuk dee bagitahu kat nurse tu cucuk pelan2 ye sebab saya tak tahan sakit. Nurse cakap injection ni akan rasa sakit sikit. So, dee dah mula cuak. Dee langsung tak pandang jarum, muka pandang pintu, mulut baca bismillahirrahmanirrahim berulang2 kali. masa nurse cucuk memang tak sakit tapi bila ubat tu masuk, pergghhhhhh.....terus rasa pedih dan sakit. Menjerit la dee sampai nurse pon gelak. Agaknye x pernah ada patient macam dee ni. Takut sangat dengan jarum. Hehe.

Balik rumah, suami dee tak de pergi kursus di island. Dee makan dulu pastu terus tido sebab dah ngantuk tahap gaban malam tadi tak boleh tido. so, nak tido kena lah mengiring ke kanan je sebab tangan kiri kebas dan sakit. Dalam sejam je dee tido pastu tersentak terus bangun. Hamboi....kejap sangat tido! dah la malam tadi tak tdo.  Harap2 malam ni boleh tido awal dan lena. Top up balik tido malam tadi. Hehe....

Bila suami dee dah balik, terus mengadu dengan suami. Suami dee senyum dan cakap : cian manja papa. Manja sangat tu yang terasa sakit sangat. Xpe, nanti lama2 okey la. Yela papa...okey memang okey tapi mama nak kena mengadap lagi sekali injection tu next month...huhu (buat muka sedih). papa cakap : alolo....sedih sangat muka tu, tak pe la janji baby sihat. baiklah papa, mama akan kuatkan semangat mama demi anak kita tersayang ye :)

Mungkin mommies relax je kena inject kan. tapi dee je yang sakit sangat sampai jerit. Hehe....dee memang jarang sangat2 kena cucuk. Bila pregnant ni asik kena je...selalu kalau nak kena cucuk suami ada. ni suami tak dapat follow so, agak terasa la kesakitannya. dah 2x dee nangis kena cucuk sejak pregnant ni. nak buat macam mana. Terima je la...walaupon! Hehe...

panjang lebar pulak entry dee ni. saja berkongsi pengalaman dee yang sangat penakot dengan jarum ni. mudah2an selamat semuanya. amin!

yang ikhlas,
mama dee ^_*

0 comments: