Monday 14 January 2013

fresh flower dari mr.mucuk

Salam and hola!

Sekarang jam menunjukkan pukul 1.50am. Dee dan suami still belum tidur. Bak kate suami malam ni kite over night sebab nak pulun siapkan assignment. Masa dah suntuk so kena kerja keras sikit. So, suami tengah fokus 100% tu, dee pon fokus 100% pada blog dee. Boleh ke macam tu? Hehe......baby dalam perut ni dari tadi gerak2. Papa selalu kacau die. Tengah duk pulun buat keje pon sempat lagi duk pegang perut mama pastu cakap2 dengan baby. Baby pon bila dengar suara papa bukan main aktif ajak main la tu...hihi comel mama dan papa ni....geram mama dengan die :) 

By the way, tadi dee baca magazine pa&ma edisi februari 2013. Dee memang selalu beli sebab info dalam majalah ni sangat bermanfaat dan baby2 pon comel2. Geram je mama dee tengok tau. Rasa x sabar pulak nak tggu anak comel dalam perut mama ni. Dengan kusyuk dee meneliti setiap helaian tibalah di ms 13 iaitu di ruang komuniti digital. Ruangan ni di petik dari komen2 mommies di facebook. Dee tertarik dengan status pa&ma tentang suami membuat kejutan dengan memberi bunga. Hehe.....bila baca je status ni dee terus di awang-awangan teringat moment2 indah mendapat bunga dari suami dee. Selama 2 tahun 3 bulan perkahwinan kami, dah 3x dee dapat surprise fresh flower. Sangat terharu bila dapat sebab cara suami dee bagi tu penuh dengan kejutan dan bunga merupakan sentimental value yang sangat romantik bagi dee.

Pacific prai 2011

Kami ke pacific sebab nak repair hp suami. Masa tu samsung service centre paling dekat dengan rumah dee di pacific tapi sekarang dah berpindah ke sunway carnival. So, lepas hantar hp kami tengok di ground floor ramai sangat orang. Rupanya ada pertandingan nasyid. Dee dan suami pon tengok persembahan tu. Sedang duk tengok, suami cakap die nak pergi toilet. So, dee cakap okey papa pergi la mama tunggu kat sini je. Lama jugak suami dee pergi toilet masatu tapi dee x fikir ape2 pon sebab mungkin ramai orang dan toilet full. X lama lepas tu, suami dee kembali semula. Dee ajak suami balik coz kepenatan. Suami dee cakap okey tapi jap lagi boleh, sebab papa nak tengok persembahan ni sikit lagi. Lebih kurang 15 minit lepas tu baru lah suami dee ajak balik tp die cakap dekat dee yang die ada nampak baju baby yang cantik masa nak pergi toilet tadi. Sebab dee memang tengah cari dress baby untuk diberikan kepada anak buah suami dee yang baru lahir iaitu airis. So, tanpa berlengah dee pon ikut suami dee. Otw, nak pergi ke kedai baju baby tu dee terbau something yang wangi dekat baju suami dee. So, dee pon mula la fikir bukan2. dee tanya die toilet dalam pacific ni wangi sangat ke? Dan bla  bla bla....tiba2 tengah pot pet lalu depan kedai fresh flower ni, datang sorang amoi dengan sejambak bunga dekat kami dan yes bau yang sama dengan bau baju suami dee. Amoi tu pon bagi bunga tu kat dee dan cakap fresh flower from your husband. Ya Allah! Dee sangat terkejut dan terharu terus rasa sebak. Terasa nak lompat lebih tinggi dan peluk2 suami dee. Tapi cover sebab ramai orang. Sumpah! Dee sangat terharu padahal bukan tarikh yang istimewa pon. Suami dee saje buat surprise dekat dee tanda cinta dan kasih sayang setiap masa katanye. 

Kuala lumpur 2012

Ini pon sama, bukan tarikh istimewa. Kami check in di hotel sebab suami dee ada kelas pada hari sabtu dan ahad. Dee tunggu di hotel sementara suami ke kelas. Hari ahad seperti biasa lah kan kita kena check out paling lewat pukul 1pm. Sedangkan suami dee habis kelas pukul 4pm. So, dee akan tu tunggu di lobi hotel bersama barang2 sampai suami habis kelas. Nasib baik lah lobi hotel sangat selesa dengan sofa, wifi, tv, minuman dan sebagainya. sedang leka dee bermain facebook menggunakan tab. Tiba2 datang dari belakang sekuntum bunga. Terkejut dee dan toleh kebelakangan rupanya suami dee. Hehe.....papa ni memang romantik! Kembang kuncup dee masa dapat bunga ni. X sangka suami dee buat surprise macam tu. I love u so much mr.mucuk yang comel....^_*

My birthday 21 julai 2012

Ini merupakan jambangan bunga yang paling besar dan kejutan yang sangat2 bermakna bagi dee. Sumpah dee langsung x tahu plan suami dee dengan kejutan ni.  Selain bunga ni dee dapat kad birthday, kek dan jersey. Pukul 11.30pm suami dee pergi kerja kebetulan pulak shift malam. So, sebelum pergi kerja tu suami dee dah wish birthday kat dee. Die cakap esok kita pergi makan best ye. Dee pon x kisah sebab cukup lah sekadar suami dee ingat birthday dee dan wish. Itu dah sangat bermakna. Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Brip brip dee dapat msg dari suami wish birthday. Belum sempat dee habiskan ayat untuk membalas msg suami. Tiba2 dengar ketukan di pintu. Dee rasa cuak dan takut. dari jauh dee tanya siapa tu? 30 saat lepas tu baru suami dee jawab papa ni. Dee terkejut dan bila bukak je pintu, suami dah siap dengan kek bersama lilin yang sudah terpasang dan sejambak bunga rose beserta kad birthday. Ya Allah! X dapat dee bayangkan macam mana perasaan dee masatu. Dee menangis dan terus peluk suami. Terima kasih papa di atas moment indah ini. Suami dee nyanyi lagu happy birthday dan dee pon tiup lilin tu dan potong. Dee suapkan suami dee kek dan die suapkan dee. Kemudian suami cakap dekat dee, mama tolong tutup pintu lupa papa nak tutup. bila dee nak tutup je pintu, dee nampak satu paper beg yang cute. Dee tau, ni mesti kejutan papa lagi. So dee ambil dan tengok dalam tu ada jersey. Suami dee memang pandai buat kejutan. Sebenarnya, beberapa hari sebelum birthday dee, dee ada publish dekat facebook yang dee sedang cari jersey real madrid or chelsea. X sangka pulak suami dee concerned. Hehe......alhamdulillah ya Allah, ku bersyukur di temukan jodoh dengan seorang suami yang sangat penyayang dan romantik. I love u so much papa a.k.a mr.ej :)


Bukan nilai barang yang menjadi ukuran. Tapi moment2 indah seperti ini yang tidak ternilai harganya dan dee sangat hargai. Sentimental value dalam sebuat ikatan perkahwinan mengukuhkan lagi kasih sayang antara pasangan. Jangan sebelum kahwin je romantik tapi terapkan lah ia selalu dalam perkahwinan hingga ke akhir hayat kalian. Dee doakan yang terbaik untuk korang dan bercintalah selalu bersama suami isteri ^_* semoga ikatan perkahwinan ini sampai ke syurga. Amin ya rabbal alamin! 

0 comments: