Friday 4 January 2013

tahniah sayang !

baby comel mama dan papa dah 20 minggu. semakin besar perut mama ni, semakin aktif pulak si comel. time mama nak tdo, time tu la die aktif sangat2. tapi mama x kisah sayang, buatlah ape pon dalam tu ye janji anak mama dan papa sihat, sempurna sifatnya dan celik akalnya. dan tentu2lah comel kan ! hehe...amin...

x sabar pulak nak pergi scan sebab insya Allah boleh tahu jantina baby. bukan apa, mama dah x sabar nak shopping barang2 baby ni. bab stroller mama serahkan dekat papa je sebab papa yang  sangat beriya nak beli siap dah berangan nanti baby dah lahir nak tolak baby dalam stroller kat pavilion. eceh! papa ni lupa ke kite sekarang  dekat penang. kalu dapat pindah kl sebelum baby lahir x pe la...tapi yang lain2 keperluan serahkan pada mama ye pelis....hehe......

di bawah ni sedikit info dee ambil dari baby center :


Bayi anda berukuran lebih kurang 6.5 inci / 16.5 sentimeter dari mercu kepala hingga ke punggung dan terus-menerus menambahkan berat badannya. Satu lapisan bahan yang licik dan putih bergelar verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ianya juga akan menyenangkan pelahiran. Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerapkan air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar. 

Anda mungkin mahu mengikuti kelas antenatal jika anda belum lagi berbuat demikian. Samada anda ibu buat pertama kali atau hanya mahu mengulang kaji, anda akan mendapat manfaat apabila mengikuti kelas berstruktur. Apapun falsafah di sebaliknya, kelas antenatal boleh menyediakan anda bagi menghadapi semua kesukaran dan kesakitan kelahiran. Anda harus merancang untuk menamatkan kelas menjelang 37 minggu kehamilan, sebab pada masa itu anda dianggap sudah cukup bulan dan pelahiran boleh bermula bila-bila masa. 

Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukannya bagi pembuatan sel-sel darah merah, antara lain. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan jumlah yang terlalu banyak dari makanan semata-mata, kecuali dengan memakan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah antara lain, daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuatkan dengan zat besi. 

0 comments: