Monday 4 February 2013

virgin coconut oil -tropika

Hola!

Hari yang bahagia ni dee nak ucapakan selamat hari isnin. Hehe.....bagi yang bekerja jangan malas2 ye..ekeke. 

Bangun je dari tidur tetiba macam teringin caramel puding. Dah lama tak makan dan misi mencari masih belum ketemu. Nak buat boleh tapi kalau dah banyak sangat nanti membazir sebab suami dee tak suka.

Sumber dari google

Suami dee ajak lunch mee kuah. Dee ikutkan aje. So kami pergi makan di omar mee kuah machang bubuk. Kat sini memang sedap gile! Tak caya, korang boleh try.


Lepas kekenyangan, suami dee tanya nak pergi mana lepas ni? Dee tak de idea. dalam hati nak ajak balik je sebab macam nak hujan. Tiba2 suami dee cakap, jom kita tengok wayang....dah lama tak tengok wayang. okey papa.....


Sementara nak tunggu lagi sejam. Kami pon pusing2 kat kulim landmark ni. Tengah duk pusing2, tetiba rasa macam perut dee ni gatal sesangat. So, ternampak la satu kedai jamu. Try tanya akak kat kedai tu ubat yang bagus untuk hilangkan gatal di perut. Then akak tu suggest ni...

Rm 29.90 - Perisa blackCurrant

Terdapat banyak khasiat minyak kelapa dara ni. Antaranya ialah : 

- menyembuhkan bakteria yang menyebabkan kurap, athletes foot dan ruam lampin bayi
- memberi sumber nutrisi untuk tenaga segera, meningkatkan tenaga dan stamina
- meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh dan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan
- mengurangkan kadar kolestrol dan ia adalah alternatif terbaik berbanding minyak-minyak lain yang mengandungi kadar kolestrol yang tinggi
- mengawal kencing manis, pankreas lebih efisen mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah dan keperluannya
- awet muda, antioksida semulajadi di dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas
- melebat dan mencantikkan rambut, menghilangkan kelemumur serta menguatkan akar rambut, sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan yang maksima
- kulit menjadi lebih lembut, licin dan halus kerana minyak kelapa dara mempercepatkan proses penggantian sel-sel kulit yang mati dengam sel yang baru selain melindungi kulit dari sinaran ultra violet
- merawat dan membantu menyembuh penyakit ekzema dan dermatitis

Dan macam2 lagi. So, jom la sama2 kita amalkan ye. Hehe....

Cara minum :

- Maksimum 1 sudu teh, 2 kali sehari iaitu pagi dan malam
- mesti menggunakan sudu plastik

Selamat mencuba! ^-*

0 comments: