Friday 1 February 2013

berangan rumah impianku

salam,

korang dah lunch? dee dah tapi makan biskut jacob's + air milo + jambu air cicah kicap. bukan tak nak makan nasi. tapi x best la makan sorang2. kalu suami ade baru syok. nasi putih berlauk ikan bilis pon menjadi sedap ya amat. hehe....

semi D double story -berangan tak salah..hehe

actually dah lama dee dan suami berangan nak ada rumah sendiri. rumah impian kami ialah semi D double story yang terletak di kuala lumpur atau selangor. untuk bercita2 memiliki sebuah rumah banglo tu. kalau setakat kerja makan gaji tak mungkin tercapai. lain lah kalau ada yang menyeponcer. tak ke gitu? hihi. ada 4 bilik tidur, 3 bilik air, 1 stor dan ada balcony. tepi rumah tu biarkan rumput menghijau sebab nanti boleh lakukan aktiviti petang besama suami dan anak2. parking pulak boleh letak 2 biji kereta. wah! berangan tak habis dee ni....:)

dee berminat juga kondominium tapi suami kurang berminat sebab maintainance yang tinggi katanye. tambahan pula, bila bukak pintu rumah tak nampak kereta dan motor. tapi bagi dee tak kisah la ape pon jenis kediaman kita macam apartment, single story, kondo, semi d, double story dan sebagainya as long as ia selesa, selamat dan environment yang bagus. dee dah bersyukur sangat. dalam keadaan ekonomi sekarang ni. suami dee sorang je yang bekerja. sebenarnya kami sudah mampu memiliki rumah sendiri tapi bukan rumah impian la. ia tidak mungkin akan tercapai. ia memerlukan usahasama kami suami isteri. 

setakat ni, apa yang kami miliki adalah hasil usaha suami dee seorang. ala....tak ade apa pon yang kami ada. cuma sebuah kereta honda civic dan sebuah motor lc. itu pon dee dah banyak bersyukur kepada Allah di atas rezeki ini. nak harapkan dee??? langsung tak de ape2. anyway, dee sangat kagum dengan suami dee. memiliki segala yang kami naiki, pakai, makan dan sebagainya dengan hasil usahanya sendiri. 

bagi dee, sesiapa yang memiliki sesuatu dengan bantuan pihak tertentu, itu dikira sangat beruntung. Allah telah memberi rezeki yang lebih kepadanya. memiliki sesuatu walaupon dengan usaha yang sedikit berbanding mereka yang memiliki sesuatu dengan usaha yang banyak. bersyukur lah! kamu adalah golongan yang bertuah. tapi, jangan takbur kerana semua yang kita miliki itu adalah dari Allah. bila2 masa sahaja Dia akan tarik. sama2lah kita berdoa semoga sentiasa dimurahkan rezeki. amin!

ermmmm...dah meleret pulak entry dee ni. haha. okey, back to basic. bila ada rumah sendiri, kita akan rasa puas walaupon kecil asalkan ianya selamat untuk didiami. pastu boleh la kita deco2 rumah dengan citarasa kita. biasalah kalu orang perempuan ni. kompom2 la excited sangat nak deco dapur dan bilik tidur. dee bercita2 nak deco dapur dengan cabinet yang moodern dan buat macam bar. dee ni, masak nya belum tentu lagi. tapi citarasa tinggi. haha...tak pelah kan, dah namanya angan2. jangan angan2 mat jenin dah la ye. dah la jatuh dari pokok, ditimpa pula buah kelapa....mintak dijauhkan. nauzubillah!

kat bawah ni contoh dapur impian dee : *sumber dari google

untuk ruang yang kecil

untuk ruang yang kecil

untuk ruang yang besar

untuk ruang yang besar

hai! kalau duk google semuanya nak, semuanya cantik. siapkan jelah duitnya. ada duit semua pon boleh dapat. :) cantik2 design cabinet dapur sekarang kan? buat kan dee rasa berkobar2 lepas habis pantang nanti nak kerja sambil berniaga. nak mintak nasihat ayah dee cara nak mulakan perniagaan. ayah dee tu walaupon businessman kampung tapi die lah yang paling hebat bagi dee. kami 7 beradik setakat ni belum ada sorang pon yang ikut jejak langkah ayah. insya Allah i will be....amin!

untuk bilik tidur pulak, dee nak make sure bilik tidur utama tampak simple but nice. maksud dee, tak serabut dengan perabut pakaian dan sebagainya. biar ada katil je. yang lain tu di letak di sebuah bilik khas. pastu bila bangun tidur je, selak langsir errmmm....nyaman je :) 



bedroom design pon sama memang semua cantik2 dan menenangkan. yang penting bilik air dalam bilik utama macam ni : *sumber dari google

transparent gitu! :)

kat bawah ni pulak, contoh ruang tamu yang dee suka : *sumber dari google

colour memainkan peranan yang penting

hamboi! bukan main panjang lagi entry dee ni. sekadar berkongsi angan2 dan impian. semua orang pon punya angan2 kan. tak salah nak berangan. tapi, tanpa usaha angan2 tidak akan tercapai. yang penting sumbernya mestilah halal. so, sama2lah kita berusaha agar segala impian menjadi kenyataan. amin ya rabbal alamin! ^_*

ikhlas,
dee ana a.k.a mrs ej

0 comments: