Sunday 10 February 2013

selamat tinggal penang

salam and good evening...

korang dah minum petang? sempena raya cina ni nak wish selamat tahun baru cina. siapa yang tak tau nak bagi ang pau tu kat sape. boleh la hulur2 kan mak buyong ni. ekekeke.....

sunyi je taman dee ni. al maklum la raya cina. semua pon cuti. ada yang sambut tahun baru, ada yang ambik kesempatan ni pergi holiday, balik kampung dan macam2 la. btw, dengar kata psy gangnam style nak datang penang. ermmm....kompom2 sesak gile penang. so, jangan la cuba2 nak masuk island. nanti menyesal tak sudah tersadai tepi jambatan. hehe

almost 3 years dee dan suami merantau di penang. kami duduk di seberang prai selatan. selama hampir 3 tahun mencari pengalaman di sini memang tak dapat dinafikan makanan kat sini memang sedap2. sebab tu la berat badan dee dan suami semakin naik. hehe.....

selamat tinggal penang dan selamat datang kuala lumpur. pasti dee akan merindui :

- nasi kandaq
- laksa penang
- char kuew teaw
- mee kuah
- rojak tonggek

percayalah, pasti suatu hari nanti dee dan suami akan datang bercuti di sini. lepas tu nak makan semua makanan2 ni. hahaha.....*memang kuat makan

0 comments: