Saturday 2 February 2013

mak buyong sakit peha

Salam and morning,

Walaupon dah dah nak masuk tengahari...hik3.

Harini dee sorang kat rumah. Suami dee pergi KL ada kelas. Die naik bus pukul 11.30pm malam tadi. Dalam pukul 4.30am suami dee msg die bagitahu dah sampai. Alhamdulillah! Selamat sampai dan semoga selamat pulang. 

Kesian suami dee sampai awal, kelas start pukul 10am. Terpaksa lah menapak di pudu. Dee mintak jasa baik suami call kawan die yang dekat KL tu ajak teman. Tapi suami tak nak susahkan orang. So, die carilah mamak atau kfc sementara nak tunggu kelas start. Dalam hati dee ni, tak putus2 berdoa semoga suami dee selamat kat sana. Dan dipermudahkan segalanya. Amin! (Isteri mana yang tak risau kan...)

By the way, semalam dee pergi klinik. Sebab peha kanan dan kiri dee terasa sakit sangat. Bukan sebelah dalam peha, tapi sebelah luar. Sakit ni akan datang time dee tidur je. mungkinkah itu efek tidur mengiring? Tapi, bukan kah itu cara tidur yang terbaik bagi mommies yang mengandung. Bagus untuk bayi dalam kandungan terutama mengiring ke kiri sebab bayi akan mendapat lebih oksigen. 

Dee mula rasa sakit ni sejak seminggu ni je. Bila tidur ke kiri dalam sejam mula la peha terasa sakit. Pastu nak bergerak ke kanan. Ya Allah! Sakitnya rasa nak menangis. Ini ade kaitan dengan urat ke? Atau kaki dee cramp? Dee pon tak pasti. Begitu juga sebaliknya dalam sejam je tidur ke kanan peha akan mula rasa sakit. So, macam mana nak tidur? Kanan sakit, kiri sakit. Tidur melentang doc tak sarankan sebab kandungan dah semakin membesar. Tu yang dee selalu sukar tidur malam.

Disebabkan kesakitan semakin menjadi2. So, dee ajak suami pergi klinik. Suami dee ajak terus ke kpj jumpa pakar tapi dee tak nak dengan alasan mungkin ini masalah normal bagi ibu mengandung. Buat ape nak bazir duit kan....hehe. padahal takut kena admit. Faham2 je lah kalau dah admit kompom2 kena cucuk. Oh! Tidaakkkkkkkkk....

Haha.....suami dee dah faham sangat dah perangai mak buyong yang takut jarum ni. So, die pon ikutkan aje. Bila check, doc cakap tak de masalah yang serius. Cuma terdapat sedikit saja kencing kotor. Tapi itu bukan punca kenapa peha dee sakit. Sebab sakit ni bukan di sebelah dalam iaitu di kelengkang tapi di sebelah luar. Doc suggest dee tidur dengan lebih banyak bantal. Letak di kepala, belakang badan, perut dan tinggikan kaki. Hamboi! Bukan main banyak lagi bantal....kalau dah banyak camni. Agak2 mr.ej tidur jatuh katil tak? Hehe.....katil dah la queen size je :)

So, malam tadi di sebabkan suami dee ke KL. So, dee try buat macam yang doc cakap. Ini bermakna katil ini ana yang punya! Hihi....but then, sakit tetap datang hokey! Sampai nak menangis rasanya. Nampak gayanya ni nak kena jumpa doc pakar perbidanan jugak la.....

Pukul 10.30am pagi tadi mak dee kol. Risau agaknya....yela kan, kat sini kami tak de sape2 nak refer. maaf susahkan hati mak je. Insya Allah tak de pape. Cuma mintak mak doa untuk cucu mak yang ke-16 ni ye....:) 

Sebelum terlupa, act ada jual bantal khas untuk mommies yang preggy. Tapi mahal sikit la....nanti nak try survey. Kalau harga berpatutan boleh la sambar satu. Kalau mahal sangat pakai je la bantal yang ade. 

Panjang lebar dah ni. Sebelum mengakhiri pot pet dee untuk entry ni. Dee nak share ketam goreng kunyit yang superb. Sebab sebelum pergi jumpa doc. Sempat lagi singgah makan kat restaurant kari kepala ikan. Tapi kali ni tak order kari, dee cuma meratah ketam je. Isi yang banyak dan manis.

2 ekor - Rm27.70

ok, setakat ini saje ye. selamat makan tengahari semua! Jangan lupa doa makan....:)

0 comments: