Monday 11 February 2013

mengidam buah tembikai merah

salam and morning uols, selamat hari selasa.

sejak dapat tahu nak pindah ni, busy sikit mak buyong. tak sempat nak update blog hari2. operasi mengemas hampir 80% siap. dah packing cantik dalam kotak. tinggal barang yang besar2 je macam katil, almari dan sebagainya belum bukak lagi. iyelah kan....nanti mak buyong nak tidur kat mana pulak. ekeke

sebelum dee lupa, nak tahu tak perkembangan terkini baby dee? si comel dalam perut dee ni semakin bijak tau. die sekarang aktif sangat2. bergelombang perut dee tak kira masa. suami dee bukan main teruja lagi bila tengok perut dee bagaikan dilanda tsunami. hehe. alhamdulillah! baby mama growing well....:)

oh! actually dee nak cerita pasal buah tembikai. dah tiga hari dee teringin sangat nak makan tembikai. ya Allah! dee rasa ini betul2 dinamakan keinginan terlampau. haha (ayat tak boleh bla)....

sebab dee rasa macam terbayang2 setiap masa buah tembikai yang merah dan cantik. siap tengok kat google gambar2 tembikai merah pastu telan air liur. pergghhhh! sampai macam tu sekali.....

bukan suami dee tak cari. tapi raya cina ni mana ade kedai buah yang bukak. macam kita semua tahu, kebanyakan kedai buah orang cina yang jual. dee pulak, time diorang sibuk raya, time tu la teringin buah tembikai merah dan cantik sangat tu...(tangan letak kat bahu, mata pandang atas...hihi) 

dee memang suka makan buah. setiap hari dee mesti akan makan buah. ini bermakna kat rumah dee akan ade stok buah macam tembikai susu, jambu batu, epal, anggur, pelam, kiwi dan macam2 lagi la. tapi bukan semua ada dalam satu masa. selama dee preggy ni, baru dee perasan. belum pernah lagi dee beli buah tembikai merah buat stok kat rumah. patut la keinginan terlampau tiga hari lepas. haha...

so, semalam misi mencari buah tembikai secara besar2an pon bermula. suami dee free. kami pon survey dulu di beberapa kedai buah berdekatan rumah kami tapi memang sah tutup. suami dee pon ajak cari di tesco alma tapi hampa sebab clear. then suami ajak pergi jusco perda. dee cakap tak payah la sampai ke jusco. kita cari esok je sebab esok ada pasar malam. tapi bila dee tengok wajah kesayangan hamba tu, jelas di wajahnya yang die tak nak kecewa kan dee dan baby. suami dee tetap tekad nak cari jugak watermelon untuk baby die ni. kan dee dah cakap, untuk baby....lautan api sanggup direnangi. hehe....

otw nak ke jusco, tiba2 dee teringat mall yang berdekatan iaitu carrefour bukit minyak. dee ajak suami terus ke sana. dan yes! misi berjaya....tapi mulanya dee sedikit hampa sebab tembikai nampak macam dah tak elok dan tak banyak pilihan. lama dee fikir, nak beli atau cari di tempat lain sebab tengok tembikai yang dah belah pon isi2 semua tak elok. kecewa sikit di situ tapi akhirnya dee ambik jugak sebab dah teringin sangat. 

bila sampai je rumah, tak sempat nak tanggal tudung dan salin pakaian terus je belah buah tembikai. ya Allah! merahnya isi buah tembikai ni, cantik pulak tu, biji pon tak de. bila masuk ke mulut.....manisnyaaaaaaaaaaaaaaaa! sedap sangat2! inilah dikatakan nikmat dunia. hehe.....syukur alhamdulillah tertunai jugak hajat dee nak makan buah tembikai yang isinya merah, cantik, manis dan sedap macam ni. tiba2 dengar suami dee cakap : 

mr.ej : nasib baik buah ni elok dan macam yang mama nak. kalau tak, sekarang jugak kita pergi cari lain. papa sanggup demi mama dan baby.
dee : masa nak ambik buah ni, mama berserah je dan yakin dengan pilihan mama macam mama yakin menjadi isteri papa. eceh! ayat power...tak tahan...haha
mr.ej : yela tu....bukan dulu mula2 mama tak suka papa ke?
dee : Allah tentukan semuanya dan papa lah yang terbaik untuk mama. bertuah mama menjadi isteri papa. bersyukur pada Allah.
mr. ej : mama lah permaisuri hati papa dan baby kita adalah ratu papa....
dee : terima kasih papa! (terharu)

btw, gambar ni dee ambik dari google sebab semalam tak sempat nak snap. dah teruja sangat makan sorang2 sampai setengah suku biji. bak kata suami dee, macam ni rupa orang mengidam bila dapat apa yang die nak. tak pandang kiri kanan dah. haha....


hamboi! bukan main panjang lagi entry dee ni. padahal cerita pasal buah tembikai je. sebelum terlupa. masa nak bayar buah tembikai ni dekat kaunter. suami dee cakap kat dee :

mr. ej : mama, magnum! nampak tak?
dee : mana? (dah dapat tembikai, tak nampak ape dah...hehe)
mr. ej : cuba tengok ade tak magnum classic yang mama suka tu
dee : bukak peti ais dekat kaunter tu. cari punya cari yang ada perisa lain. act, dee sangat suka magnum classic. sumai dee pulak suka magnum almond.
mr. ej : cari magnum classic dekat ruangan khas barangan sejuk dan jumpa macam gambar kat bawah ni.

suami dee terus ambil dan bayar. khas untuk mama sebab mama suka magnum ni kata suami. ya Allah! suami dee ni memang suka buat dee terharu. dah la dapat buah tembikai, pastu dapat pulak magnum classic. terima kasih suami ku! semoga Allah sihatkan tubuh badanmu dan murahkan rezekimu. amin ya rabbal alamin!

dengan ini, habis la sudah cerita dee untuk kali ni. haha.....semoga kita semua sentiasa bahagia di samping insan2 yang kita sayang. bukan harta kekayaan yang menjadi ukuran. tapi kasih sayang dan kebahagiaan.

mrs ej...love!

0 comments: