Tuesday 5 February 2013

deep fried kai lan

salam and hye friends,

korang dah tidur ke? dee malam ni maybe tidur lewat sebab nak tolong mr.mucuk cari bahan untuk assignment die. harini suami dee kerja malam. so, why not dee gunakan masa ni untuk membantu suami dee kan. eh! bukan dee sorang je yang tolong tau, si comel pon tolong jugak. die siap kick mama lagi. mudah2an anak mama dan papa menjadi seorang yang sangat cintakan ilmu......amin! dee pon bercita2 nak sambung belajar lagi. tapi belum ade rezeki. insya Allah suatu hari nanti.

subject kali ni agak tuff jugak iaitu continuity and change in contemporary business. baca soalan je pon kepala dah fening. hehe...so, sebelum dee mula menelaah, dee update blog dulu. ekeke.. 

btw, sejak selera makan dee menjadi2 ni. asik fikir tentang makanan je. mula la teringin macam2. dan harini dee sangat teringin nak makan deep fried kai lan.

sumber dari google

last year, dee makan ni dekat sri gombak. masatu dee dan suami berkunjung ke rumah akak dee. akak ajak kami dinner kat luar. die bawak kami makan dekat sebuah restaurant muallaf yang terletak di sri gombak. perghhhhh.....! makanan kat situ memang sedap2. harga pon sedap jugak la kan....hihi. dan yang paling dee suka ialah deep fried kai lan ni. rangup je bila masuk dalam mulut. suami dee pon berselera je makan. 

habis je makan, masing2 kenyang perut suka hati. anak2 buah dee, 3 orang hero tu makan sampai nasi jatuh kat lantai. hehe....siap jamu meowww lagi. abi diorg cakap : ini perkara biasa waktu makan hehe....pastu, bila nak bayar, bertolak2 dengan akak dee. dee nak bayar, die ambik duit tu suruh dee simpan untuk baby. pastu dee nak bayar half2. die tetap tak nak. rupanya die memang niat nak belanja kami makan. ala akak ni, malu la kami. dah la tumpang tidur kat rumah. breakfast and lunch di taja, dinner pon nak taja jugak ke? ape2 pon terima kasih. mudah2an dimurahkan rezeki akakku sekeluarga. amin!

setakat ni belum pernah lagi dee jumpa restaurant melayu atau thai yang buat menu macam ni. biasanya hanya terdapat di restaurant cina. tapi, tak tahu lah kan, kalau2 dee yang tak tahu.

sekarang dee boleh control lagi la keinginan dee ni. tapi nanti bila dah tak boleh, kena ajak jugak mr.mucuk ke kl. lagipon boleh balik kampung dee terus di n9. yahooooo!.....rindu pulak masakan mak. emmmm....kena tunggu masa yang sesuai. sebab suami tengah sibuk sekarang. cuti pon nak kena simpan jugak sebab nanti baby nak lahir. dah tentu mr.mucuk nak spend time dengan si comel lama2 kan. 

okey la korang, dee akhiri entry dee ni dengan serangkap pantun :

gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati.

tata titi tutu.....mrs ej a.k.a dee ana

0 comments: