Tuesday 30 April 2013

dee kuat menangis..huhu

Hi everyone....

Dah pukul 12.40am, sekarang dekat rumah akak di sri gombak. Tumpang tidur sini sebab suami kerja. Esok pukul 8am baru balik.....huhu

Kenapa lah kan time2 dee tak sihat ni suami dee sangat busy. 16jam dah tentu kat tempat kerja. Kadang2 bila duduk sorang2 mengalir air mata ni....dee tahu, suami dee kerja cari rezeki tapi entah lah....dee ni tak kuat semangat. Dee perlukan lebih banyak masa bersama suami. tambahan pulak dalam keadaan dee yang kurang sihat.  Tapi, nak buat macam mana, kerja die dah ghupe itu!

Tadi menyembang dengan akak dee sambil layan masterchef selebriti dan meletop. Pastu akak buat kerja opis die...hai akak! sampai ke rumah ko buat kerja opis eh? Huhu...actually die kena siapkan segera coz next week die kena outstation ke indonesia. Anak buah dee 3 heroes ni dah lena dibuai mimpi indah. Adib bibik akak tidurkan. Adam dan ally tengok la tu :

Handsome boys

Btw, harini dee dah 37 minggu. Khamis ni check up di kk selayang baru dan 8hb check up di pmc. Atoiiii! Berapa banyak check up la.....Tak larat dah nak ke sana ke sini. Baby dah betul2 dee rasa berada di bawah. Tunggu masa je ni....rasanya pergi salah satu je la. Oppssss! Baby mama kick mama la....si comel belum tidur lagi rupanya...ke bermimpi. Hehe....

Bila teringat baby nak lahir ni. Baru dee boleh positifkan diri dee. Bak kata suami : mama kena kuat semangat! Tak de siapa boleh tolong kite. Hanya kite je yang tolong sesama kite. Papa busy kerja untuk anak jugak. Nanti nak buat kenduri potong rambut dan aqiqah memerlukan duit. So, kuatkan semangat ye papa busy ni sebab kerja bukan sebab lain. 

Tula kan kalau suami terlalu manjakan isteri. Suami busy pon menangis. Suami pergi kerja pon rindu. Ermmmmm....ape lah dee ni! Kena matang sikit. Nanti dah ada anak lagi macam2 kan.....dee ni sensitif dengan suami je. Dengan orang lain sikit tak heran....lantak pi la...

Agaknya mula2 tu mesti huru hara sikit kan bila ada anak. Almaklum lah, pengalaman pertama bergelar papa dan mama. Nanti lama2 okey la kan....hihi. so sweet....yang penting! seronok sama2, jaga pon sama2 ye papa. Ni warning awal2 ni...ekekeke...

Okey la korang, dee nak tidur dulu. Sebelum tu nak dengar suara mr.mucuk dulu. Hehe...buat ubat tidur. Tata and good nite! 

0 comments: