Tuesday 1 January 2013

my experiences

salam and good morning everybody, happy 2nd day 2013. 

guys, 
everyone has a story of their own. so before you judge me, walk in my shoes then you can judge me. i'd learned something in my past. btw, i've never said this for almost 2 years. now, yeah! i miss that moment. 

speaking london pulak pagi2 subhi ni dah kenapa? haha....hokey back to 'that moment'. that moment means my life journey since kecil sampai besar. terlalu banyak suka duka kehidupan insan yang bernama dee ana ni. dee lahir pada 21 julai 1985. anak ke 5 dari 7 orang adik-beradik.

alam persekolahan dee bermula di sekolah tadika. dee seorang yang pasif masa tu sampaikan sukan tahunan tadika pon dee takut nak pergi sebab semua murid2 kena ambik bahagian dalam acara sukaneka. takut kalah punya pasal la ni. pada tahun 1992 dee melangkah ke satu step lagi iaitu ke sekolah rendah. selama 6 tahun menimba ilmu akhirnya dee mendapat keputusan UPSR yang membanggakan. dee dapat menyambung pelajaran ke sekolah berasrama dari 1998 sehingga 2002. sememangnya satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan, menjalani kehidupan seharian secara berdikari dan berjauhan dengan keluarga. alhamdulillah keputusan SPM melayakkan dee untuk menyambung pelajaran di udm atau dulu dikenali sebagai kusza dalam jurusan diploma bahasa arab dengan pendidikan selama 3 tahun dari 2003 hingga 2006. 

teringat pengalaman praktikal, mengajar bahasa arab di sekolah menengah agama. 3 bulan di observe oleh lecturer. akhirnya dee mendapat A- . wow! macam x caya je, i can teach, speak, write arabic. sebab masa lecturer observe, kami tidak boleh sepatah pon menggunakan bahasa melayu, hanya bahasa arab. bayangkan kita mengajar di depan dan lecturer observe di belakang kelas. alhamdulillah! walaupon pada hakikatnya dee sangat minat matematik. dee mendapat A untuk subjek matematik dan B untuk bahasa arab tinggi semasa SPM tapi dah rezeki dee lebih kepada bahasa arab ketika itu. so, dee terima je la....

selepas grad, kawan2 dee majoriti menyambung degree dalam bidang yang sama. ada yang ke al-azhar, uia, ukm, usim dan sebagainya tapi dee je yang belajar di unisel dalam bidang yang lain. kenapa?? long story dan terlalu peribadi untuk dee kongsikan dengan anda semua. bukan sebab result dee x bagus ye, tapi biarlah ia menjadi rahsia peribadi dee. 

Unisel 2008

pada dis 2006 hingga jun 2009 dee belajar di unisel. pengalaman dee di sini benar2 mencabar dan mengenalkan dee kepada dunia sebenar kehidupan. biarlah ia menjadi kenangan yang akan dijadikan pedoman hidup dee. dee tamat pengajian dengan cgpa yang cemerlang dan banyak kali dee tersenarai dalam 'dean list' alhamdulillah! syukur ya Allah walaupun cabarannya sangat menyakitkan.

then, dee bekerja di KL. di sebuah syarikat insurance broker iaitu Jardine Lloyd Thompson. kalau korang x pasti di mana. syarikat ni berhadapan dengan unikl. ala senang cerita kat jalan doraisamy tu la...dee keje contract kat sini sampai dis 2009. gaji yang diberi memang best! kawan2 kat situ pon best2 dan sangat lah sporting dan very open minded. act, semasa bekerja di sini, dee dapat interview gstt sebagai guru sekolah kerajaan. entah apa la yang mengong sangat dee ni sebab dee x pergi. ape lagi mengamuk la mak dan ayah dee. sampai sekarang pon mereka masih ungkit.huhu......

JLT 2009

btw, semasa di KL, di menyewa di keramat au3. so lepas habis contract di JLT. masuk tahun 2010 je dee dapat kerja di menara maybank, bangsar. disebabkan keramat dan bangsar jauh dan memang bercinta nak tempuh jammed pagi2, so dee akan park kete dekat lrt setiawangsa. begitulah kehidupan seharian dee sehinggalah dee berjumpa dengan suami dee. suami dee juga bekerja di KL. 

Menara Maybank 2010

jun 2010 kami bertunang dan sep 2010 kami berkahwin. kebetulan pulak suami kena transfer ke sini. so lepas kawen bermula la kehidupan dee di sini dan disebabkan itulah juga dee tidak bekerja. dee banyak dapat offer keje di KL seperti di sekolah rendah swasta cheras, pusat bahasa, cimb di plaza pantai dan sebagainya. tapi demi suami tercinta, dee x sanggup terpisah beribu2 batu dengan suami. insya Allah pasti ada rezeki nanti. 


semoga, 2013 ini membawa kami kembali ke KL.  amin!




3 comments:

Unknown said...

I unisel 2007 amik business ;)
Mai la follow i:)

Dee Ana said...

done follow u :)

Unknown said...

U amik apa time unisel?