Monday 29 April 2013

yeah! home...im coming

Salam semua,

Alhamdulillah 29.4.2013, pukul 6pm dee keluar hospital. Selama lebih kurang 8 hari betapa di pmc bangsar, finally dapat juga pulang ke rumah. Seronok betul rasa...macam dunia ini ana yang punya. Mana taknya, rindu sangat dengan bantal busuk! Pastu rindu sangat dengan moment2 sebelum tidur dengan suami. Sebab sebelum tidur, kami akan spend time 10-15 minit borak2 tentang sepanjang 1 hari tu apa yang berlaku, sesi luahan, maaf bermaafan dan sebagainya. Melihat wajah suami sebelum dan selepas bangun tidur, satu nikmat yang tak terhingga bagi dee. Tu yang dee excited sangat nak balik :) walaupon service di pmc memang terbaik tapi, di rumah juga yang paling terbaik. Rumahku, syurgaku lah katakan...hihi

Actually, semalam suami dee kerja 16jam. Dari pagi sampai malam. So, die tak dapat ambik dee. Alhamdulillah kebetulan akak dee cuti dan mak dan adik dee datang melawat dari kampung. Seronok betul bila dapat tengok wajah mak. Tenang sungguh....terus rasa sihat. Ayah tak dapat datang, cuma kirim salam je....alaaaa ayah ni, kirim salam je ke? Duit tak kirim? Hehe.....just kidding. Dee faham ayah sibuk dekat kedai. Terima kasih mak datang dari jauh...kesian mak dah tua masih juga nak datang tengok anak menantu. Sebab tu mulanya tak bagitahu mak....tapi dah lama sangat dee kat hospital tu, so suami cakap bagitahu lah....bukan apa, tak nak mak susah hati. Faham keadaan mak jalan jauh sikit lutut dah sakit2. Apa2 pon, love you mak!

Adik dan anak buah

Pesan doctor idris : you boleh balik, tapi dengan syarat....jangan buat kerja rumah, jangan keluar jalan2, no shopping, cuma makan tidur dan rehat secukupnya. 2 minggu je lagi....dalam hati dee, 2 tahun tunggu baby, takkan dalam 2 minggu ni dee tak boleh ikut cakap doctor kan! Okey doctor.....terima kasih.

Tapi bila sampai je rumah, ya ampun! Ini rumah ke tongkang pecah??? Huhu.....dalam hati ni rasa nak marah ade, tapi bila fikir2 balik. Suami dee terlalu busy. Mana taknye, kerja 16jam...lepastu habis kerja terus datang hospital teman dee sampai 10.30 malam. Pastu balik rumah terus tidur, esok paginya nak bangun pergi kerja. Bil2 rumah pon tak sempat bayar lagi. Kelam kabut suami. Kesian suami dee.....keletihan dan tak cukup tidur. Terima kasih papa, pengorbananmu akan mama ingat seumur hidup. Semoga Allah merahmati hidupmu sayang......Amin!

Kadang dee cakap dengan suami, tak yah datang la kalau tak sempat. Papa tidur la rehat kat rumah. Tapi die cakap : mama tanggungjawab papa...dah! Jangan banyak fikir...papa nak mama tenang dan relax supaya cepat sihat. Baiklah!

Buat masa ni, bila suami dee kerja. Mak dan akak suruh suami hantar dee kat rumah akak. Bibik akak ade untuk jaga dee. Bila suami balik kerja, die akan ambik dee. Macam tu la sampai dee betul2 dah stabil. Sebab sekarang ni pon, badan lemah2. Pandang rumah pon tak mampu nak kemas. Suami dee tak bagi dee mengemas...biar je nanti die free, die akan buat....

Okey la korang, dee nak makan jap dengan suami tercinta. Tata

0 comments: