Friday 19 April 2013

video baby dee & ej

salam and hi everyone!

apa khabar? dee sihat alhamdulillah. tengahari tadi keluar dengan suami dee pergi ssm kat mall pwtc tu. ada hal sikit. mall tu tengah renovate rupanya, so kosong je. yang ada pon cuma beberapa kedai yang boleh di kira dengan jari. nasib baik ssm tu still bukak. kalau tak kena la cari tempat lain.

2 hari lepas, dee sangat teringin nak minum ice blended kan. dan suami dee sangat busy. so, tak sempat nak belikan untuk dee. balik kerja pon dah pukul 12 malam. esok pagi bangun pergi kerja. kesian suami dee. so, harini die off satu hari. tu yang kami keluar uruskan apa yang patut. 

kebetulan pulak, kat mall tu ada starbuck. apa lagi, terus suami dee belikan mocha ice blended sebab dee dah teringin sangat. terliur betul dibuatnya. bila satu sedut je...pergghhhh! nikmat betul rasa masuk ke tekak :)


eh! mama yang teringin ke, baby ni? hihi...baby mama suka ice blended ye? tak mahu yang kat tepi jalan lak tu. nak yang mahal je. habis la mama dan papa cani. hihi...

btw, dee nak share dengan korang video anak dee dan ej. video ni di ambil masa kandungan dee 32 minggu di klinik fauziah, ampang. ada 4 tapi dee share satu je ye :)



comel kan saya? hihi.....masa ni saya tegah tidur dengan nyenyak sekali. berbantalkan lengan uols! 

dee dan suami selalu tengok video baby kami. rasa rindu yang teramat sangat. bila tengok die gerak2 sambil buat memek muka tu rasa nak gigit2 je pipi die yang gebu tu. hehe.... love u anak! muah...:)

0 comments: