Tuesday 2 April 2013

33 minggu kandunganku

Salam....

Dee dah masuk 33 minggu. Ini bermakna ada lagi 3 minggu untuk sampai ke 36 minggu iaitu 9 bulan, dan 7 minggu untuk sampai ke 40 minggu iaitu tarikh jangka lahir si comel (edd). 

Perasaan sangat nebes tapi sangat happy coz tak lama lagi dapat tengok, pegang, rasa anak yang di kandung ni. Ya Allah, terima kasih di atas nikmat dan rezeki kurniaanMu. Dee dan suami sangat bersyukur. Bulan 9 tahun ni, genap usia perkahwinan kami 3 tahun. 

Btw, raya ni kami bertiga la kan...hehehe. seronoknya! Macam mana la gaya dee dan suami bergelar mama dan papa. Kompom mula2 tu agak huru hara sikit sebab nak biasakan diri dengan sesuatu yang baru. Tq baby! Semoga menjadi insan yang penyayang macam papa dan comel...hihi. anak yang baik juga hamba Allah yang solehah. Aminnnn....

Bila dah masuk 3rd trimester ni, pergerakan baby semakin kuat dee rasa. Kadang tu rasa ngilu dan sakit. Maybe sebab siku baby duk gesel2 kat perut mama. Hihi...tapi, mama suka coz mama tahu si comel sihat dan kuat. Love u darling!

Persiapan pulak, dee dah siapkan semua keperluan baby. Cuma tilam yang dee order menerusi online belum dapat lagi. Dah lebih 3 minggu order rm 180. Harap boleh dapat cepat coz kita tak tahukan bila baby akan lahir. Sebab berpantang nanti, dee akan berpantang di kampung dee, n9. cian pulak baby mama tak de tilam...sob sob

Selain tu, tungku untuk dee belum sempat nak beli lagi. Ada yang kata pakai batu sungai btter. Tapi, mana pulak nak carikan time2 macam ni. Nak beli online senang tapi dee rasa kalu beli terus dekat kedai lagi senang kan. Tak de lah nk cas pos penghantaran. Cuma masalahnya, dee tak tahu kedai mana yang ada jual tungku herba untuk mama.

Yang lain2, semua settle. Doakan dee dan baby selamat. Kalau boleh dee nak bersalin normal. Tapi semua ketentuan Allah. Dee berdoa semoga Allah permudahkan. Amin!

0 comments: