Wednesday 17 April 2013

kandungan dee sudah 35 minggu

Salam semua,

Korang dah daftar untuk mengundi belum? Dee dah, suami dee pon dah. Tapi tempat mengundi dee di n9 manakala tempat mengundi suami di perak. So, achaner tu? Hihi....mak buyong nak balik sorang2 memang tak la kan :) 

Malam tadi dee tak boleh tidur sebab sakit kepala. Nak makan ubat tak boleh. So, dee minum air zam zam dan letak minyak cap kapak kat kepala. Mula2 tu lega juga, pastu jadi balik. Puas pusing kiri, kanan, kejap2 bangun buang air, serba tak kena. Suami dee dah sampai london. Dee tak nak kejutkan die sebab kesian suami dee penat. Dee tertidur sekejap dan bangun pukul 6am tu still sakit lagi. Pastu suami dee dah risau...tengah die siap2 nak pergi kerja tu sempat die picitkan kepala dee. Tq papa!

lepas suami dee pergi kerja dalam pukul 7.10am. Mulanya ingat nak sambung tidur sebab kepala still sakit. Tapi, baby dee dah bangun awal kejut solat subuh. Hehe...kompom2 si comel lapar. Tu yang dee breakfast dulu. Simple je roti, kurma dan soya. Then terus tidur dengan si comel sekali tidur :) Hambik! Sedar2 je dah pukul 12.30pm. 

Bangun mandi, masak bubur untuk lunch. Kesian comel mama lapa ye. Maaf sayang, mama terlebih tidur. Tapi die anak yang baik....sangat memahami mama tak sihat kan. Papa pon kol mama duk risau sakit kepala dah ok ke belum. Alhamdulillah sakit hilang cuma kondisi badan dee lemah je. Nak buat kerja tak larat. Ape2 pun tq Allah sembuhkan penyakit hambaMu ini.


Bila masuk kandungan 35 minggu ni. Tangan dan kaki membengkak. Sampaikan nak genggam pon tak boleh. Tapi bengkak yang masih diperingkat awal. Maksud dee, tak teruk sangat. Bengkak manje gitu! 

Menurut sumber dari http://www.babycenter.com.my/a1042750/bengkak-pada-tangan-dan-kaki-oedema bengkak tangan dan kaki ni dipanggil oedema. Ia terjadi kerana badan mommies mengandungi kandungan cecair berlebihan. Untuk keterangan lanjut, boleh la refer kat laman web tu ye.

selain tu, simptom yang berlaku pada mak buyong setelah kandungan mencecah 35 minggu ni seperti :

*baby kurang bergerak berbanding sebelum ni. rasanya baby lebih banyak tidur
*punggung dan pinggang dee selalu sakit. kadang2 nak berjalan pon tak boleh. nak duduk lama2 sakit dan nak tidur pon tak selesa. nasib baik suami tolong urutkan..lega sikit. hehe tq papa mucuk!
*berjalan sangat perlahan. nak bawak diri sendiri pon dah tak larat hehe
*cepat penat. berpeluh2 macam mendaki gunung kinabalu
*terlalu kerap ke toilet buang air kecil. tak kira masa siang atau malam.
*kadang2 sesak nafas.
*kulit dee menjadi agak gelap. bak kata suami dee : baby ambik semua seri mama ni. hehe...almaklum lah baby girl :)

22hb ni dee check up lagi. Harap2 semuanya ok. Dee nak drive pon dah tak larat. walaupon kereta auto tapi memerlukan pemerhatian yang lebih. dee bawak kereta sekarang memang tak fokus. kenapa entah! Tapi nasib baik check up dekat kk selayang baru ni je. Dekat dengan rumah. Check up dengan my gynae di pmc pon 22hb ni. Tapi dee tak pergi sebab suami kerja dan jauh dari rumah. Kena postpone la nampaknya. Tunggu suami dee free. 

Okey la korang, macam lapar lagi pulak. Dee nak makan jap k. Ape2 pon, dee doa semoga korang semya sihat hendaknya. Daaaaa

0 comments: