Tuesday 23 April 2013

admitted pmc bangsar 35 minggu 6 hari

Salam semua,

24 april 2013, 2.07am. Tapi dee masih belum tidur coz waktu siang dee tidur tak hengat! Lepas breakfast tidur pastu bangun lunch. Sudah kenyang sambung balik tidur. Huhu...macam mana la nak tidur malam kan! Dah la dee ni jenis yang susah tidur kalau bertukar tempat. 

Nyawaku, cintaku

Actually, harini hari rabu merupakan hari ke4 dee admit. Ahad lepas dalam pukul 1.00pm macam tu setelah pekena nasi goreng yang dee masak sendiri. Perut tiba2 sakit. Dee syak sebab masakan dee tu. Almaklum lah, nasi yang dee gunakan nasi semalam. Tapi biasalah kan buat nasi goreng guna nasi yang dah sejuk. Cuma, maybe sebab dee mengandung. So, jadi sensitif. 

Suami dee pulak kerja dan balik pukul 4pm. Dee tahu suami sangat letih sebab kebetulan die kena kerja 16jam dan hari sebelumnya die hanya tidur beberapa jam je. Tapi, sakit perut ni dah tak boleh dibendung. Takut apa2 terjadi. Tambahan pulak, pertama kali mengandung. Bukan tahu apa2 kan. Tapi, di atas sikap bertanggungjawab suami dee terhadap keluargnya. Die ketepikan rasa penat dan mengantuk yang teramat tu. Terus siap2 bawak dee pergi pmc bangsar. Memandangkan monthly check up dee dekat pmc bersama dr.idris. dee bawak sekali buku pink, beg dee dan beg baby. In case kan.....

Sampai je pmc di bahagian kecemasan. Dee bagitahu yang dee sakit perut. Tapi tak tahu lah contraction or salah makan. So, die terus panggil nurse dan nurse tu suruh dee naik wheelchair. Hahaha....lawak pon ade coz first time dee naik wheelchair. Die tolak  ke tingkat 2 iaitu di wad bersalin.

Dee dimasukkan ke labour room sebab nak check ctg. sister terus buat pemeriksaan. Setelah ctg dibuat sister kol dr.idris then bagitahu dee yang die nak check bukaan. Oh My God! Dee takkkk nakkk...sebab melalui pembacaan dee di google. Check bukaan sakit. So, sister tu kol balik dr.idris dan bagitahu yang dee kena drip dan admit disebabkan terdapat contraction. Oh tidakkkk! Dee dah mula rasa macam nak menangis sebab dee baru 35minggu, pastu dee nak kena drip, dan buat pertama kalinya dee admit. Macam2 dalam kepala hotak ni. 

Suami dee ke bahagian pendaftaran masa dee kena drip tu. Ya Allah! Sakitnya.....dee ni dah la tak biasa kena cucuk2 ni. Dulu masa mula2 mengandung tu ambik darah, siap peluk suami lagi. Tapi kali ni suami pulak tak de kat labour room masa tu. Mana nak cari kekuatan. Tapi, dee sangat puji layanan nurse2 kat pmc ni. Sangat baik dan supportive. 3 orang tenangkan dee, bagi kata2 semangat la dan buat2 menyembang la. Tapi, dee tetap rasa sakit sampai mengeliang liuk badan dee. Badan dee ni dah sememangnya manja dan suami manjakan dee sangat. Menangis jugak lah dee masa kena cucuk tu. Bila suami sampai je, die tengok tangan dee kena drip die terus senyum dan cakap : sayang papa ni kelakar lah! Dee tanya kenapa papa? Haha...suami dee tahu sangat isteri die ni penakut jarum. Die membayangkan dee masa kena drip tu. Pastu terus die peluk dan cium dahi dee dan cakap : kuat semangat ye, tak sakit pon...papa kan ada. Ya Allah, syukur padaMu Ya Allah, dikurniakan suami yang sangat penyayang, prihatin dan bertanggungjawab. Alhamdulillah!

Malam tu, kami bermalam di labour room. Nurse asik datang je tengok sebab ada contraction. Sampai pagi ctg tu. Dee nak tidur pon susah. Dee sangat kesian tengok suami yang kepenatan dengan mata yang merah tak cukup tidur. Tapi, tak mengeluh pon. Masih tersenyum bagi semangat pada isteri. Dalam hati dee, kenapa aku perlu susahkan suami. So, dee suruh suami dee balik tidur di rumah lagipon esok die kena kerja 16jam lagi. Tapi suami dee tak nak. Die nak temankan dee. Dan terus kol kawan die untuk ambik cuti emergency 1 hari. kami tidur di labour room. Dee di atas katil dan suami di atas kerusi. Pandang wajah suami yang tengah tidur tu mengalir air mata ni. Mana nak cari suami macam ni??? Aku lah insan yang paling bertuah. Ya Allah, jangan pisahkan kami. Aku tidak mampu hidup tanpanya. Aku tidak mampu hidup tanpa kasih sayangnya. Ku memohon kepadaMu Ya Allah.

Btw, drip tu untuk tahan baby dari keluar sebelum pada masanya. Keesokannya dr.idris datang check dalam pukul 9.00am. dee dipindahkan ke wad biasa 2 katil. Sangat selesa macam duduk hotel uols. Tak rasa duduk hospital pon. Tapi sakit kena drip tu sangat terasa. Haha....bye!

0 comments: