Tuesday 9 April 2013

buat apa nak ambik kisah kata orang

di keboringan ini aku tuliskan sebuah pantun khas untukmu lappyku!

hari ini malas masak,
esok pulak ke pasar selayang,
baru beli sudah rosak,
nak ku campak terasa sayang.

*nasib baik ade warranty lagi. huhu...

entry kali ni agak berbeza sikit. dee mendengar luahan kawan dee. die mengadu pada dee : buat baik salah, buat jahat salah. kenapa ada je orang tak puas hati.

jawapan dee senang je : ignore cakap orang. buat apa nak ambik pusing dengan kata2 orang. die bukan boleh bantu ko dapat duit, kebahagian, rumah yang besar pon. so, just ignore! buat la apa yang ko nak buat kerana hanya ko sahaja yang tahu siapa diri ko dan ke mana hala tuju hidup ko. as long as ko tak ganggu hak orang lain. itu je! simple kan....

Tapi ye la, dee tahu bukan semua orang macam dee ni yang memang jenis tak pernah ambik kisah dengan kata2 orang. kecuali dengan 3 orang dee kalah iaitu mak, ayah dan suami dee.

dee tanya kawan dee tu, mana die tahu perkhabaran yang mengguris hati die tu? sumber dari internet ke, kawan2 ke dan sebagainya? then die bagitahu dari fb. kawan die suka update status macam baik sangat tapi sebenarnya perli dan cemburu dengan die.

ya ampun! hal macam ni pon nak serabut2. so, dee cakap dekat die : kalau ko unfriend orang tu, nampak macam kejam sangat kan sebab musuh ko tu pon pernah jadi kawan. so, dee suggest kat kawan dee supaya unfollow je status2 die. tak perlu baca atau tengok pon profile die. so, ko tak kan tahu apa2 dari die dan hati pon tak sakit. mudahkan? Tapi yang dee pelik, dah tahu member tu musuh kenapa la sibuk nak jengah profile die??? itu namanya saja cari masalah. dah tahu anda tu sensitif...huh!

macam pengalaman dee. dee memang tak tahu samada friendlist fb dee tu semua suka dee atau tidak. tapi dee tak pernah rasa apa2 pon. bagi dee semuanya ikhlas nak kawan dengan dee sebab tu mereka still follow fb dee. tiba2 one day, ada sorang kawan lama, my schoolmate inbox dee kat fb bagitahu yang ade some friend dari sekolah lama dee sibuk talking bad tentang dee. ha! biar betul? mula2 baca msg kawan dee tu, dee senyum je sebab apa tau?? sebab rupanya dee ni sedang dicemburui oleh kawan2 sekolah lama dee. hahaha.....pendek cerita, kira dee ni kategori wanita anggun yang femes gitu! ahaks :) (puji diri sendiri)

Dee bagitahu suami dee dan suami dee cakap "you are my princess, my wife. so, just ignore them. dorg jeles la tu" suami dee pon jenis yang tak suka semak2 kan kepala dengan benda2 remeh macam ni. dan sampai sekarang, dee tak tanya pon kawan dee tu siapa mereka2 yang buat ketupat pasal dee. sebab bagi dee, itu langsung tak penting dan buat apa dee nak semakkan kepala dengan benda2 macam tu.

yes! dee memang jenis yang tak pernah kisah apa tanggapan orang terhadap dee samada baik atau buruk. sebab bagi dee, manusia ni semua nya tak sempurna. setiap orang pon mesti ada buat salah. kalau ada yang menilai kita dengan sesuatu perkara yang buruk atau negatif. biarkan je la sebab mereka hanya menilai melalui nafsu dan akal. mereka tidak berada di tempat kita. perjalanan setiap orang tidak akan sama.

dan dee sangat tenang dan bahagia dengan kehidupan dee sekarang bersama suami yang sangat penyayang dan bakal cahaya mata yang comel ni :) sebab tu status dee kat fb semua hanya berkaitan dengan dee, suami dan kehidupan kami seharian. sebab hanya itu yang sentiasa bermain di fikiran dee. soal kebaikan, agama, spirit dan sebagainya yang berkaitan dee tak pernah nak bagitahu orang. sebab bagi dee kalau bagitahu orang, dah jadi dee tak ikhlas......biarlah hanya Allah saja yang tahu.

btw, ada satu lagi kisah, dee cerita ni sekadar nak share pengalaman dee. sebab ramai manusia yang terlalu ambik pusing dengan tanggapan dan kata2 orang terhadap diri die. takut nanti orang cakap "aku jahat, aku tak baik, aku ini, aku itu. for what? merugikan diri sendiri je kan sebab hanya Allah saja yang boleh menilai siapa hambaNya.

pernah ade sorang hamba Allah ni, kawan sekolah lama pon. die cakap kat dee yang dee ni banyak dosa. dee cakap : yela ustaz memang banyak pahala dan confirm masuk syurga. senang je jawapan dee kan...hmmmm buat apa la nak ambik kisah penilaian orang.

satu lagi, dee dan suami lambat dapat anak. 2 tahun kahwin baru dee mengandung. insya Allah tahun ni dee dan suami bakal menjadi mama dan papa. alhamdulillah!

Ada seorang makcik sebelah suami, memerli dee tak subur sebab masih belum mengandung. sedangkan kami dah pergi jumpa doktor pakar di kpj. check serba serbi dee dan suami dan yes! resultnya memang dee tiada masalah dan subur begitu juga suami. period dee regular, dee tiada masalah period pain dan sebagainya. semuanya normal. alhamdulillah!

tapi, adakah makcik tu tahu yang dee dan suami disahkan subur dan normal? tentunya tidak tapi die bercakap menggunakan nafsu dan fikiran yang negatif. betul tak? orang macam ni jenis yang suka menilai sesuatu perkara dari sudut yang negatif berbanding positif. dari mana datangnya fikiran ini? tentunya dari hati. ini bermakna, hatinya bersih ke kotor? hehe....walaupon bertudung labuh dan bergelar hajjah. die terlupa bahawa rezeki, jodoh, ajal semua atas kehendak Allah.

dan untuk pengetahuan korang, masa dengar live makcik tu cakap depan orang ramai. dee tak terguris pon malah dee tetap layan die dengan baik memandangkan die tetamu hari raya kami. bila dee cerita dekat kawan dee, die cakap kenapa tak sound je makcik tu? dee jawap : mula2 terkejut juga tapi atas sokongan suami dee terus okey. buat apa nak buat benda yang menunjukkan sikap tidak bermoral kan. mereka hanya melihat atau berfikir tentang kekurangan atau keburukan dee tapi hanya dee yang merasa ketenangan dan kebahagian! korang faham tak maksud dee? :) sebab tu dee tak pernah kisah dengan kata2 orang. bukan senang nak rasa tenang dan bahagia. inilah nikmat yang tidak semua orang dapat. syukur alhamdulillah!

entry dee ni sekadar memberi pandangan atau pendapat dari fikiran dan pengalaman dee sendiri. bukankah setiap orang punya pendapat masing2. so,terpulang lah kepada korang. kepada kawan dee yang tengah sentap tu hehe... : relax la yunk....enjoy with your life k! (nasib baik die tak de blog, haha)

simple kan ^_^ sekian.........

0 comments: