Friday 19 April 2013

tak suka orang masuk bilik tidur utama

Salan and hi everyone....

Tadi berborak dengan suami macam mana time dee berpantang nanti. Pasti dee akan rindukan suami selama masa  berpantang 44 hari di kampung dee. Almaklum lah, kami ni asik berkepit je ke sana ke sini. Time suami kerja je terpisah kejap. Lain2 masa kebanyakan kami bersama. Tapi, suami dee cakap setiap kali die off day, die akan balik tengok baby dan mama. Heeee....maknanya seminggu 2 hari sudah pasti. Bak kata suami : time bekerja kompom suami dee busy dengan kerja, ot dan side income yang baru nak mula ni. Dan time off day adalah masa bersama isteri dan anak. Alhamdulillah! Itulah yang sepatutnya...(untung dapat suami yang penyayang dan bertanggungjawab) hihi...

Alaaaa papa, mama tau.....rindu dekat anak dulu kan pastu baru mama. cian mama dah jadi no.2 ekeke....apa yang penting, macam mana papa manjakan mama sebelum ni, dah ada anak pon nak sama jugak tau! Kami kan 2 ratu papa. So, kena adil dan saksama. Haha...barulah dikatakan king yang awesome!

So, tengah bincang2 pasal saat2 berpantang tu. Dee terpandang sesuatu yang terbengkalai kat rumah ni. Frame2, cermin, almari baju baby dan buaian baby yang belum pasang. dee mintak jasa baik suami dee untuk pasang semua yang berkenaan semasa dee berpantang nanti. 

Actually, buaian dan almari baju baby tu dee yakin suami dee boleh buat sendiri. Tapi yang bab drill untuk pasang frame2 dan cermin dee tahu suami dee takkan mampu lakukannya tanpa pertolongan kawan die. Hehe....sebab apa? Sebab die pernah buat sebelum ni, tapi usaha suami dee gagal coz die memang tak de bakat langsung untuk drill mendrill ni. So, dee cadangkan agar suami mintak tolong kawan die drill kan cermin dan frame2 tu. Dee nak semua siap sebelum baby balik ke rumah.

Suami dee cakap : okey, nanti papa mintak tolong kawan. Lagipon, diorang tak de lah segan nak datang rumah bila mama tak de dekat rumah. Almaklum lah! Orang bujang. 

Okey papa but Mans only! Women not allowed! Dee faham sangat yang kawan2 bujang die susah sikit nak datang rumah orang dah berkahwin sebab segan. So, boleh la datang rumah time dee berpantang nanti dan kalau nak tidur kat rumah pon tak pe. Asalkan tak menyepah atau kalau dah termenyepah tu, sila la rajin2kan tangan bersihkan balik ye. Kang, hijau pulak jadinya dee ni! hihi dan yang paling penting jangan sesekali bagi orang masuk bilik tidur utama kita sesuka hati dan  kepantangan dee kalau orang landing atas katil. Bukan dee tak sediakan bilik tetamu kan......

Ha! Yang ni mintak maaf ye dee memang tak suka dan no kompromi. hanya dee dan suami sahaja yang berhak ke atas bilik utama kami. Sebab bagi dee, bilik utama atau lebih tepat lagi katil di bilik utama adalah sangat privacy. Tempat kita suami isteri bersama, bermanja, bermesra, dan sebagainya. Segalanya bermula di sini. Lain orang, lain pantangnya. Tapi, bagi dee...ini adalah sangat kepantangan dee! 

So, tolong HORMAT perkara ni. Ada orang jenis yang tak ambik kisah. Tapi dee sangat kisah. Sedangkan mak dee masa datang rumah dee. Dee suruh mak tidur atas katil dee (sebab mak dan ayah kan...yang dah melahirkan dan menjaga kita). Mak tolak sekerasnya dan lebih rela tidur di bilik tetamu kerana menghormati bilik utama adalah privacy suami isteri. 

Mak dan ayah tak masuk sesuka hati bilik utama kami. Dee yang suruh masuk bila mak nak bersiap. Yela kan....bilik tetamu tak de cermin. Itupon, mak tak duduk atas katil. Nampak tak yang mak sangat menghormati. Walaupon dee ni anak die...sama juga kalau mak pergi rumah adik beradik dee yang lain. Dan adik beradik dee pon bukan jenis yang sibuk nak masuk bilik orang. Agaknya dah diajar dengan mak dan ayah macam tu.

Bila di fikir2 balik. Yes! Memang itu lah sepatutnya....lain lah kalau tuan rumah sendiri yang suruh. Lain orang, lain cara. Dan ini adalah salah satu sikap dee yang suami dee kena faham. Die mungkin jenis yang tak kisah. almaklum lah lelaki. Bukan ambik pusing sangat tapi dee sangat kisah. Cara die dididik dan dibesarkan dengan cara dee dididik dan dibesarkan tak sama. So,  kena la saling memahami. Apa yang dee tak suka dan apa yang die tak suka. Jangan nanti ajak kawan2 pulak tidur dalam bilik kami dan di atas katil kami. Bukan kawan2 jela, siapa2 pon. Oh tidak! Pelis papa....

Btw, kadang2 kena bebel jugak dengan dee sebab sepahkan rumah. Haha....tu yang die suka panggil dee pengawas. Sorry la papa, mama terima kekurangan dan pendirian papa, papa terima kekurangan dan pendirian mama ye. Penat la mama, hari2 nak mengemas walaupon duduk dua orang je. Dengan perut yang semakin memboyot ni. Tapi, walaupon suami dee kurang membantu membersih dan mengemas rumah. Die tahu tanggungjawab die membuang sampah dan mencuci bilik air. Hihi...ini memang tugasan suami dee yang budiman. Tq mr.mucuk! Love u! ^_^

Ah! Penat lah membebel. so, moral of the story is adab berkunjung ke rumah orang tu kena la jaga ye....kalau tak, orang pon tak suka. btw, bukan dee tak suka orang datang rumah. Dee sangat suka dan mengalu2kan kedatangan sebab setiap orang yang datang ke rumah tu membawa rezeki. pesan mak dee : kena layan tetamu dengan baik dan kena siapkan makan minum tetamu. Baiklah mak, anakmu selalu ingat....

Dee cakap dengan penuh keikhlasan dari hati. Apa yang terkandung dalam fikiran dee itulah yang dee tulis dalam diari cyber ni. Terpulang pada korang samada setuju atau tidak. Hak dan pendirian masing2. Cuma bagi dee, hormatilah hak dan pendirian orang lain. Sekian...

0 comments: